Monday, June 11, 2012

kepuasan yang teramat sangat

syukur...alhamdullilah...aku masih diberi nyawa tuk terus bernafas di muka bumi ALLAH yang sangat luas ini...

aku rasa sangat puas semalam...sebabnya kumpulan aku menang `mock meeting competition`..ni macam preparation aku nak jadi setiausaha syarikat...bukan setiausaha yang duk buat kopi tuk bos tapi sebagai penasihat kanan pengarah-pengarah syarikat dan chairman...

"becoming company secretary is my ambition because i love it...most people don`t want to become company secretary because tense and a lot of paper work...but i love to take challenge...and one more thing is, most of company secretary is Chinese... Malay women??? rare...i admit this work is very tough and need a lot of sacrifices..but i take it as a challenge..."

macam takde kene mengene pun kan...hihi:-)

sebenarnya, sebelum mock meeting tu aku diperintahkan tuk jadi company secretary tuk company grup aku aku..DELISH BUENO (MALAYSIA) BERHAD...memang aku melalui fasa yang sangat memeritkan dan memenatkan..a lot of things that I have learnt...banyak masa, wang, tenaga yang dicurahkan tuk buat mock meeting...aku bertuah kerana ada rakan2 yang membantu tuk menyiapkan segala dokumen-dokumen penting tuk AGM...at first phase, mmg aku bahagikan tugas2 tuk disiapkan...tapi tuk next phase, aku yang lakukan semua dokumen tuk dapatkan konsistensi sebab ada amendment tuk saat2 akhir...dari aku serabut kepala orang lain, baik aku serabutkan kepala aku tuk buat semua amendment tu...pernah satu ketika, aku rasa macam nak nangis sebab penat sangat..nasib baik tak pengsan je... cuti seminggu tak bermakna untukku sebab kene buat semua amendment yang telah diarahkan oleh chairman aka Muaz...setiap kali aku dapat msg dari dia, jadi takut pun ada sebb setiap kali dia hantar email, mesti akan ada amendement...yg aku rasa mencabar bila nak buat calendar event...sebab kene tengok tarikh, kira berapa lama tuk dari satu tarikh ke satu tarikh..kene baca companies act, bursa malaysia...tapi rasanya pengetahuan aku bertambah dan boleh guna masa final exam nanti...yang paling sakit sekali bila nak edit semua dokumen...kene periksa satu persatu...tarikh,nama directors kene sama...memang berpinar mata aku nak periksa satu persatu...lagi satu masa nak print..nak hantr kat suruhanjaya syarikat (CCM) lain, bursa malaysia lain, dokumen tuk AGM lain...memang banyak masa, tenaga yang aku berikan tuk buat semua ni...

tapi semua ni berbaloi dan detik paling akan aku ingat sampai bila2 dimana  grup aku menang tempat pertama...rasa semuanya terbalas dan semuanya tak dijangka...aku memang dah niat tuk tak meletakkan sebarang tekanan buat aku khususnya dan nak have fun...tapi memang tak sangka boleh menang sebab grup lain pun hebat2...tapi alhmadulillah semuanya dipermudahkan...saat diumumkan grup aku juara, air mata tak dapat diseka lagi...aku rasa sangat puas bila penat lelah semua orang membuahkan hasil...apa yang buat aku terharu adalah sokongan dari semua kawan2...

terima kasih semua...terutamanya miss syarina & pm alicia sbb bagi banyak input dan bagi petunjuk agar tak tersesat....:-)











semangat:-)







aku n shareholders..:-)







senyuman puas with chairman n all boards of Delish Bueno(Malaysia) Berhad







Monday, May 14, 2012

ceritera silam

kadang-kadang kita takut dengan apa yang orang cakap pasal kita...

sebab tak sanggup nak dengar kritikan orang...

aku selalu juga dikritik dan aku tahu ada mulut-mulut yang bercakap belakang tanpa aku ketahui...

tapi biarkanlah...mulut orang, aku tak boleh tutup...:-)

aku mula berubah sikit demi sikit..

dulu...kalau pakai tudung, simpang je dan tak tutup dada pun..main sarung je..hihi
kalau pakai baju pun main tibai je, asal lengan baju..baju atas punggung pun belasah..asal cantik di mata pandangan aku...
kalau amik gambar pun, terover pulak dan selalu juga aku bergambar dengan lelaki...rapat juga la bila dah bergambar..
pergi kelas je pakai stoking..keluar pergi jalan-jalan, bukak...

tapi kini...alhamdulillah... aku mula berubah sedikit-sedikit..
aku bermula masa hari raya tahun lepas, bila nak kenduri kahwin sepupu aku..
mulanya, nak pakai stoking sebab aku pakai kasut tutup, takut berpeluh...
dan sepupu aku mula menegur

" akak pakai stoking.."


aku diam...

sejak dari hari tu, hati aku meronta-ronta...

aku pernah bereksperimen bila pakai stoking dan tak pakai stoking...perasaannya lain bila tak pakai stoking, rasa malu sangat..

tapi aku tak tahu nak mula macam mana bila aku keluar makan kat dataran cendekia (DC)..tapi bila makan kat luar, aku pakai...masalah aku lagi, bila pakai tudung, sebab tudung sekarang berfesyen-fesyen dan jarang...aku kena pandai cari jenis tudung supaya tak nampak bayang-bayang tengkuk aku...

aku harus istiqamah sebab ada orang ketiga yang akan menghasutku...
orang ke-3 tu syaitan laknatullah..
YA TUHAN TETAPKANLAH HATIKU DAN BIMBINGLAH HATIKU KE JALAN-MU..amin ya rabbal`a`lamin...

aku tak perlu takut sebab ALLAH ada..:-)

Monday, May 7, 2012

nukilan hati

tiada siapa yang tahu apa yang terbuku di hati...

hanya Dia yang mengetahui...

tiada siapa yang tahu isi hati seseorang jika seseorang itu tidak mengungkapkannya...

tapi Dia tahu isi hati manusia...

tiada siapa yang tahu apa yang bermain di fikiran manusia...

tapi Dia tahu apa yang manusia fikirkan...

tiada siapa tahu jodoh dan pertemuan antara dua insan (Adam dan Hawa)...

tapi Dia tahu siapa dan bila ia akan berlaku...

tiada siapa tahu perasaan sesama manusia..

tapi Allah Maha Mengetahui...

besarnya pengetahuan Allah..jangan mempersoalkan perancanganNya..pasti ada hikmah kenapa sehingga kini aku masih belum berperasaan untuk bercinta hanya suka dalam diam(hihi)...

mungkin akan tiba masanya satu hari nanti...ada hikmah di sebalik yang terjadi...

assgnmnt tak siap, tapi bernukilan bagai...hihi..^ _ ^

Wednesday, May 2, 2012

kedah-penang-perlis ^-^

 assalamualaikum semua...lama tak updatekan...

entry kali ni pasal bercuti..bukan dengan family tapi dengan kawan-kawan...seronok sangat..mulanya idea datang dari aku sendiri..hihihi:-)

kalau bercuti sorang2 tak syok,,,kene ramai2...adalah dalam 8 orang...best sangat la..nak cuti punye pasal, sampai skip klas..hihi...sori miss, lain kali tak ponteng lagi..:-p

kedah pegi rumah wan..tido semalam n pagi sabtu bertolak ke Penang...

kat Penang: Bukit Bendera destinasi yang dituju...cantik sangat pemandangan kat atas...macam kat luar negara...tak payah nak pegi jauh2 kan...Malaysia pun banyak tempat macam kat luar negara...yang paling best dapat walk in nature..
rasa nyaman sangat dan rasa bersyukur atas segala kurnian-Nya....rasa diri sangat kerdil di atas muka bumi Allah yang sangat luas...pegi Penang tak pekena nasi kandar memang tak sah la...tahu dah kenapa nasi kandar memang popular kat Penang...

saat yang dinantikan adalah makan malam...makan pasembor, ala macam rojak juga kalau kat johor...sotong bakar, kerang bakar...hm yummy...kenyang perut suka hati...
angin sepoi2 bahasa bila turun dari kereta bila naik feri..awalnya macam nak pitam juga, ye la kat laut...hihihi..

esoknya, pergi perlis pulak...malam tu tido rumah zai, sampai rumah dah pukul 2 pagi..hihi...kalau mak tahu aku balik pukul 2pagi, mahu diceramahnya...(kali ni je mak...:-O)..sampai terus tido...konon nye nk bertolak pagi tapi bertolak dari sana, pukul 12tgh...hahahaha

takde la jauh mana pun perlis dari rumah shida...sampai terus makan laksa kat rumah shida..huh sedap sangat...destinasi seterusnya padang besar...tapi on te way tu singgah jap kat ladang tebu...panasnya, hanya Tuhan je la yang tahu..tapi gigih juga nak amik gambar...

dah nama perempuan, gambar tu haruslah...seronok sangat...pergi kuala perlis, makan ikan bakar...senang cerita percutiaan kali ni, sangat seronok..gambar, makan, gambar dan gambar....:-)


bukit bendera:-)

macam model tak-)

batu feringgi:-)

ladang tebu:-)

kerdilnya diri:-)

cantik:-)

 
gmbar lagi:-)




Wednesday, March 28, 2012

biar Dia yang menentukan

jodoh, ajal, rezki semua ditentukan olehNya...manusia???

hanya mampu merancang...tapi ramai yang beranggapan kalau tak usaha macam mana nak dapat...
aku???kadang kala bosan dengan cakap orang...macam ni lebih kurangnya..

"bila nak menantunya?" @ "ni anak dara ko ke?tak lama lagi menantu la tu" @ " ko dah boyfren ke,kak?"
(kakak panggilan aku kat rumah dalam kalangan sepupu sepapat aku..hihi)

tu la antara soalan yang selalu diutarakan oleh sesetengah orang...aku???senyum je la...(tapi dalam hati bermonolog perlu ke berboyfren bagai...perlu ke nak tahu bila menantu...) tu la manusia..ada je yang tak kena...bila sesuatu tu jadi kebiasaan dan tiada siapa melarang, ni la jadinya...duk sibuk bertanya...tak salah nak tanya, tapi kalau tiap-tiap kali duk tanya benda yang sama, tak ke bosan...cair dah segala isi telinga ni..hihi:-)

memang manusia kene berusaha, tapi kalau bab perasaan ini,bagi aku payah sikit...memang manusia akan melalui fasa perkenalan...tapi kalau kita kenal bakal suami kita lepas kahwin tak boleh ke????hihi...apa pulak tak boleh..lagi best kot...(macam mak dan abah kenal lepas kahwin)

terus terang aku kata, bab-bab cinta  ni memang aku tak reti la..

ya!!! manusia dikurniakan perasaan kasih, suka tu memang fitrah...memang manusia takkan dapat lari dari semua perasaan tu...kita memang boleh cakap kita suka orang ni,dialah jodoh kita...tapi siapa la kita untuk menentukan segalanya...kalau yang Di Atas telah tentukan siapa lelaki yang bakal menjadi suami kita, terima je la...Allah itu Maha Mengetahui dan Dia takkan memberikan sesuatu yang boleh memudaratkan manusia...

kesimpulannya (dah macam buat karangan masa sekolah la pulak..hihi) aku percaya pada ketentuan-Nya..jika jodoh aku dengan orang yang aku suka, jadilah...kalau tak pun, mesti Dia ada perancangan yang terbaik untuk aku...aku hanya manusia yang mampu meminta melalui doa-doaku...aku berusaha melalui doa-doaku dan bukan dengan tindakanku..:-)

Saturday, March 3, 2012

5 minggu

praktikal cuma 5 minggu????

nampak macam sekejap je kan...tapi bila menghitung hari agak lama la juga..

kadang-kadang terfikir juga lamanya masa berlalu sebab tak sabar nak habis praktikal...kadang-kadang tu sekejapnya praktikal, macam tak puas pulak..macam sikit je aku belajar...tapi tak pe la belajar sikit-sikit, lama-lama jadi bukit kan???

kadang-kadang tu tak sabar nak balik kampus jumpa kawan-kawan...kadang-kadang tu malas nak balik sebab sayang nak tinggalkan rumah...tapi nak tak nak kene balik juga la,tanggungjawab yang masih belum selesai..

5 minggu bila fikir balik, sekejap je kan...


Friday, February 17, 2012

update...

alahai..niat hati memang nak update blog ni...


tapi masa selalu cemburu dengan manusia...


banyak yang nak diluah dan dicerita...tapi tu la..MASA


satu lagi MALAS...


p/s: manusia memang selalu merungut tentang masa dan sikap manusia yang malas...
harus lakulan perubahan:-)