Friday, June 14, 2013

Semuanya berakhir

Alhamdulillah..

Semuanya telah berakhir...atas penat lelah dan usaha, semuanya telah dipermudahkan...
segalanya-galanya telah aku curahkan dan hanya kepadaMu akau memohon agar keputusan yang bakal diterima menggembirakan...

Setiap kali aku berdebar untuk memasuki dewan peperiksaan, Allah ada untuk mengingatkan untuk berdoa kepadaNya..terima kasih Allah...aku akui, peperiksaan kali ini sangat berbeza daripada peperiksaan akhir semasa aku degree dulu...kali ini aku rasa usaha aku 200% dan aku sangat takut akan keputusan yang akan keluar nanti..tapi aku percaya pada setiap usaha yang telah aku lakukan..insyallah..:-)

Friday, May 24, 2013

Debaran kian terasa

Assalamualaikum w.b.t

Bukan debaran untuk bernikah, tapi debaran untuk peperiksaan akhir...padahal banyak kali dah aku tempuhi 'final exam' tapi yang ini, buatkan hati aku tak keruan...risau, serabut dan macam-macam lagi la...

Walaupun dua subjek je, tapi rasanya macam ada satu bebanan yang berat atas bahu ni..Kali ini tak sama macam ijazah sebab semuanya atas diri dan kemampuan aku..kalau ijazah dulu, soalan diset oleh pensyarah sendiri dan mungkin ada soalan 'spot'...tapi yang ini, "no spot question"...soalan pun tak tahu siapa yang set dan apa jenis soalan yang akan keluar...semuanya bergantung pada 'exam'...


"Ya Allah berilah hambaMu ini kekuatan daya ingatan, kelapangan hati, kecerdasan fikiran...tambahkan ilhamku untuk aku menjawab semua soalan dengan tenang dan betul...permudahkanlah segala urusanku, Ya Allah..."

Masih ada masa lagi untuk aku membaca dan menajamkan apa yang masih tumpul..masih ada masa lagi untuk aku berusaha..aku tak boleh berputus asa walaupun banyak halangan yang menimpa...:-)

Sunday, May 19, 2013

Dulu aku kisah...

Assalamulaikuam w.b.t

Kenapa ada blog???

Sebab rasa blog boleh meluahkan segala-galanya tanpa ada orang kisah...tapi kini aku tahu kenapa aku berblog...
Sebabnya untuk aku meluahkan apa yang aku fikir dan mendidik diri supaya bukan semua benda boleh diluahkan oleh sesiapa...

Tempat untuk aku meluahkan segala-galanya adalah Tuhan yang maha Esa kerna di situ aku perolehi kekuatan dan jalan...Emak juga adalah insan yang sering mendengar keluhan dan selalu menasihati aku...

Dulu sebelum menceburi diri dalam dunia blog, aku kisah beraapa ramai yang follow blog aku sebab perasaan cemburu melihat rakan blogger lain yang mempunyai beribu follower...tapi kini aku sedar siapa la aku untuk memiliki follower yang ramai..aku sudah tidak peduli berapa ramai follower aku yang penting apa yang aku nak sampaikan dapat mejadi pedoman untuk diri aku di masa akan datang...

Kita hanya manusia biasa yang selalu melakukan kesilapan dan masih ada masa untuk kita bertaubat selagi kita belum menutup mata...


Friday, May 17, 2013

Akhirnya..

Lamanya aku biarkan blog ni..kalau rumah memang dah lama bersawang dah..masa memang sangat cemburu dengan aku..

Akhirnya..kempen tuk pilihan raya dah berakhir..dan semua stesyen TV dah kembali bernyawa..Kalau tak tiap-tiap hari analisis je..dan segala sms tuk pancing undi pun dah berakhir...(lega)

Sesak juga bila masa pilihanraya..Macam-macam ragam..Aku berkesempatan la juga pergi ke pusat gerakan satu parti politik ni (bukan tuk berkempen) tapi tuk bertanya sesuatu...Aku terfikir, buat apa la diaorang yang datang ni menghabiskan masa tuk berborak-borak,berkempen tapi aku rasa "part" yang paling "best" masa makan kot...hihi:-)... Aku rasa la baik duk rumah dengan keluarga lagi bagus...masalahnya sampai dua tiga pagi..baik la masa tu duk menghadap tikar sembahyang supaya diberi kesihatan baik ke, buat pilihan yang tepat ke???

Politik membuatkan aku muak dengan sikap segelintir yang bersaing tuk dapatkan sesuatu bukan untuk kepentingan semua...

Muhasabah diri... 
jangan menuding jari dan mencari salah orang lain...Lihat kesilapan kita sebelum melihat kesilapan orang lain:-)

Wednesday, April 10, 2013

Masa telah hampir

Lamanya tak update...

dup dap dup...cepatnya masa berlalu...dah bulan APRIL..maknanya exam dah nak dekat..
macam tak cukup masa je nak study...
tapi takpe aku ada Allah untuk dipermudahkan segalanya..:-)

Saturday, March 9, 2013

Bosan...


Kadang kala aku bosan dengan sikap manusia yang hanya tahu fikirkan diri sendiri....

Asyik kita saja yang nak fikir hal dia, tapi sudahnya kita yang sakit hati...

Tapi bila difikirkan balik, kita memang kena pentingkan diri dalam setengah hal...

Muak dengan orang yang tahu nak senang je dan tak fikirkan hal orang lain...

Bosan dengan sesetengah orang yang memandang orang lain hanya seperti boneka...bila cantik disayang, dipeluk; bila buruk dibuang...

Bosan dengan orang yang memandang martabat dan darjat adalah segala-galanya...Ingatlah itu hanya sementara, tiada suatu pun yang kekal di muka bumi Allah ini...Hanya Dia yang Maha Esa dan Pencipta sekalian Alam...

Monday, February 4, 2013

Kayuh dan terus berkayuh...

Seronok sambil nikmati keindahan alam...

Jumaat lepas, berbasikal di Taman Botani Shah Alam (ye ke...tak ingat la namanya apa..hihihi) yang dulunya dikenali sebagai Bukit Cerakah...Seronok sangat sebab dah lama tak main basikal...

Biarpun penat, tapi puas sangat. Sambil beriadah,dapat menikmati cipataan Tuhan yang sangat cantik..ni merupakan "trip" pertama tuk profesional kelas...cuma 10 orang je...tapi 2 orang lagi tak dapat nak "join" sebab sakit...Walaupun hampir tak jadi, tapi Tuhan permudahkan semuanya..:-)

Balik rumah, terus tidur sebab penat...Penat, penat Karnival Karang Kraf pergi juga..hihihihihi

Apa lagi borong buku la guna baucar buku...heaven rasanya bila belanja banyak-banyak tapi tak payah guna duit....





ni sebenarnya nak balik...hihihi












on your mark...








click!!!