Hm…betul ke???
Pada aku sama je..lelaki ke wanita ke masing-masing ada sifat jimat @ boros..tak semestinya wanita boros, ada je yang penjimat @ sebaliknya..Wanita ke lelaki ke sama je..masing-masing ada tabiat yang tak boleh nak elakkn..
Aku ada je kawan lelaki yang gila shopping mengalahkan kaum Hawa…dan ada juga wanita yang tak suka shopping macam aku..hihi..nak tengok aku betul-betul shopping masa aku betul-betul rasa nak habiskan duit @ dengan erti kata lain masa tengah tension…kadang-kadang just beli pen harga seringgit pun aku dah puas hati…hahaha
Berbalik pada topik…tak dinafikan kebiasaannya wanita akan menggunakan wangnya untuk kelihatan cantik, bergaya …tapi lelaki kebanyakannya mereka menghabiskan duit ke aksesori kereta la, tambah kelajuan tuk motor la dan yang sewaktu dengannya la…
Sebenarnya kalau nak diikutkan lelaki ke wanita ke sama je…yang membezakannya adalah bagaimana seseorang itu melihat nilai sesuatu barang itu..adakah untuk jangka masa panjang @ bersifat sementara…ye la ada yang sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit sebab fesyen @trend terkini..tapi pernah tak kita terfikir trend @fesyen itu akan lapuk ditelan zaman satu hari nanti…pada aku la tak guna belanja sampai berpuluh ribu ringgit, tapi hanya guna untuk sekali je…tu kan membazir namanya…
Ada orang kata wanita kalau berbelanja ikut perasaan dan tak hiraukan jangka panjang??hm ada yang betul ada yang tak…Wanita ni kan ada 9 nafsu berbanding lelaki…Wanita akan mengikut perasaan dan tak hiraukan jangka panjang bila duit ada beribu-ribu dalam tangan..ye la masa tu ingat nak shopping je..Kaum Hawa ni akan ingat kesan jangka masa panjang bila duit makin berkurangan…huh masa tu la nak mengeluh…sebab aku selalu rasa macam tu..bila duit dalam wallet berkurangan,mulalah mengeluh duit keluar macam air...tapi masa bershopping tak ingat dunia...huhu
banyaknya..kalau dapat ni buat bayar hutang PTPTN..hihi |