Terasa berat apabila memegang tanggungjawab ini...Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini..
Setiap orang perlu ada keazaman diri tuk jadi yang lebih baik. Tahun-tahun yang akan datang akan menjadikan aku lebih kuat tuk menghadapi segala rintangan. Aku tahu sebagai seorang manusia kita tak akan lari dari masalah dan cabaran. Aku harus selalu memperingati diri ini yang aku masih ada tanggungjawab yang belum tertunai dan aku harus berusaha menunaikannya. Aku perlu bertanggungjawab kepada pelajaranku, ibu bapaku, adik -beradikku. Aku perlu sempurnakan hasrat ibu bapaku yang mahukan aku dan adik-adik berjaya dan menjadi orang berguna. Aku harus memastikaan adik-adik dan diriku sendiri berjaya tuk menunaikan tanggungjawab.
Aku perlu tuk terus berusaha. Aku tak boleh menoleh ke belakang. Aku mesti mara ke hadapan. Aku mesti menjadi yang terbaik di kalangan adik-adikku. Aku mesti jadi contoh kepada adik-adikku. Aku tau itu satu amanah yang berat yang harus aku laksanakan. Sebagai anak, aku mesti lakukan yang terbaik. Ya aku mesti lakukan yang terbaik. Aku tak boleh putus asa, aku harus kuat semangat. Aku tak boleh jadi lemah walaupun cabaran dan dugaan datang. Aku harus bersedia menghadapinya. Aku harus berani menghadapinya dan jangan mengelak.
Aku harus ingat bahawa cabaran dan dugaan yang datang itu ada hikmah disebaliknya. Aku tak mahu jadi manusia yang tak de cabaran dalam hidup. Ia menjadikan aku lebih kuat lagi. Allah memberi manusia cabaran dan dugaan kerana Dia sayangkan umat-Nya dan tak mahu kita lalai dengan dunia. Aku sedar Dia beri aku pelbagai cabaran tuk jadikan aku lebih kuat kerana Dia tahu cabaaran yang akan aku terima dapat aku tangani dengan seeloknya.
“Ya Allah berilah hambamu ini kekuatan agar dapat menerima segala dugaan dan cabaran dengan tenang. Hamba-Mu ini masih memerlukan diri-Mu tuk aku mengadu. Hanya pada-Mu aku memohon. Engkaulah yang memberi jalan yang benar kepada hamba-Mu ini.”
No comments:
Post a Comment