Hari ni merupakan satu hari yang sangat memilukan dalam perjalanan hidup sebagai seorang insan...niat hati pada mulanya hanya untuk membeli keperluan diri tapi ia bertukar kepada suatu yang benar-benar mengajar dan menyedarkan diri ini yang bernama insan...
Sedar atau tidak, diri ini merupakan insan yang sangat beruntung dengan segala nikmat yang telah dikurniakan. Hari ini betul-betul mengajar diri ini akan erti sebuah kehidupan. Ceritanya bermula apabila aku dan rakan-rakan ke sebuah hypermarket untuk membeli keperluan diri. Setelah selesai menunaikan niat hati, perut mula terasa lapar. Tiba-tiba- sedang menikmati makanan, datang seorang budak dengan membawa seplastik yang berisi kerepek.
Memang pada mulanya hati ini terdetik untuk melarikan diri tapi bila budak itu datang ke meja kami dan bertanyakan " kak nak beli kerepek???satu RM 3.50 sepeket, 3 peket RM10."Bila mendengarnya, hati terdetik "mahalnya"....tapi bila budak itu datang mendekati aku, hati ini mulai sebak bukan kerana kerana budak itu berseorangan tapi aku terbayangkan jika diri ini seperti budak itu.. Bagaimana budak dalam lingkungan usia 11 tahun itu melakukan semua itu???
Sepatutnya pada usia sebegitu, budak itu menikmati cuti hujung minggu bersama keluarga dan masa dihabiskan dengan melakukan kerja sekolah...tapi apa yang cuba budak itu lakukan amat menyentuh naluri perempuanku. Aku membayangkan jika adik-adikku berada di tempat budak itu.
Demi meneruskan kehidupan dan amanah keluarga, terpaksa jua dilakukan. Semoga budak itu diberkati selalu. Bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan...:-)
No comments:
Post a Comment