Assalamualaikum...
Novel ni baru dibeli minggu lepas dan telah habis menelaahnya...hihi..Sebuah cerita yang sarat dengan sifat islamiknya.Membawa pesanan moral, kecintaan, inspirasi makna hidup beragama dan hikmah bermanfaat dijadikan acuan landasan hidup.Karya Noorfadzillah Omar.
Pada mulanya nampak macam boring tapi selepas membaca dari satu mukasurat ke mukasurat lain, hati ini seperti ingin tahu apa yang berlaku pada watak utama Nur Wardah dan Engku Ashraf..Perkahwinan atas dasar pilihan keluarga pada mulanya retak menanti belah, tapi kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Teman sepermainan masa kecil dahulu, kini bertukar menjadi pasangan suami isteri...
Nur Wardah....perempuan yang kehilangan ibu semenjak kecil lagi dan dibesarkan dengan kasih seorang ayah. Dididik dengan didikan agama yang sangat cukup, sangat cantik dan muslimah yang sangat diidamkan oleh semua lelaki. Tapi sayang, Nur Wardah, cacat kerana virus polio yang menghadkan untuk bergerak seperti wanita lain. Itu bukan menjadi penghalang tuk wanita yang cekal ni...
Engku Ashraf...seorang lelaki tampan yang memiliki segala-galanya. Kerana desakan kekasih hati, sanggup melabur sehingga RM 1 juta kerana ingin cepat kaya. Tapi pelaburannya tak berjaya dan terpaksa membayar hutang along dan bank. Engku binggung lalu meminta bantuan si bapa. Tapi si bapa meletakkan syarat agar menikahi wanita pilihan keluarganya. Dia binggung dan menerima tawaran itu.Perkahwinan dengan pilhan keluarga amat memeritkan apabila mengetahui si isteri cacat. Segala herdikan dan makian diterima si isteri dengan penuh kesbaran. Tapi kuasa Tuhan mengatasi segalanya...
Hidupnya cinta bukan kerana bahgianya kita...hidupnya cinta bukan kerana rupa...hidupnya cinta bukan kerana kesempurnaan diri....hidupnya cinta bukan kerana hidupnya kita.
Akan ada butiran air jernih mengalir bila membacanya...Selamat membaca:-)
No comments:
Post a Comment