Sunday, November 27, 2011

50 sen vs RM50

Pada suatu hari , duit syiling 50sen bertemu dengan kawan lamanya duit kertas RM50. Dek kerana terlalu sibuk musafir sana sini, bertukar-tukar tangan, mereka jarang bersua.

Apa tidaknya, wang kertas RM50 itu berjalan sakan,sampailah ke luar negara pun sudah dijelajahnya..Duit syiling 50 sen, khidmatnya terbatas dalam negara sahaja. Wang kertas RM50 yang baru pulang dari Paris ditegur oleh wang syiling 50sen yang dikenalinya itu di satu pesta membeli belah di ibu kota baru-baru ini.

"Assalamualaikum...Apa khabar, lama tak nampak???"

"Wa`alaikumsalam. Alhamdulillah sihat..tetapi penatlah sikit," jawab ringkas wang kertas RM50.

" Kenapa pula penat??"

"Aku ni, serata dunia pergi.Singapura, Indonesia,Eropah dan macam-macam lagi lah.Masuk hotel,pawagam, pasar raya dan banyak lagilah. Hah ko macam mana sekarang ni?lama tak nampak??"tanya  wang kertas RM50.

"Huh..aku macam tu la...masuk masjid, tandas awam, kedai runcit..keluar tandas awam balik, masuk masjid balik. Tak sempat aku nak jelajah dunia macam ko."

" Ooo begitu".

Mereka diam seketika. Sambil itu, mereka memandang gelagat pembeli yang sedang berebut untuk membeli belah.

"Engkau bila lagi nak masuk masjid???tiba - tiba wang syiling 50sen bertanya memecahkan kesunyian.

Wang kertas RM50 menoleh memandang wang syiling 50sen, kelu seketika.

"Kenapa tanya aku, tanyalah orang yang membeli-belah tu".

serentak mereka tersenyum...

p/s:bila mendera di masjid, jangan hanya bagi duit syiling saja. jangan samakan nilai sedekah yang ingin diberi dengan nilai perkhidmatan tandas awam yang selalu kita guna. Apa salahnya jika sekali-sekala hulur pula duit kertas...




No comments:

Post a Comment