Thursday, December 29, 2011

cyberbully aka buli dalam talian

hari ni aku menoton satu cerita (orang putih la) tapi sangat membuka mataku dan mangajar aku...

cyberbully aka buli dalam talian...ingatkan takde, rupanya itulah fenomena yang berlaku kini...memang kita tak sedar tapi itulah realiti yang berlaku..=)

kisah bermula bila ada seorang gadis yang mengenali seorang lelaki dalam talian..ala macam facebook jugak la..gadis terlalu percayakan laki ni dan ceritakan semuanya pasal dia kat laki ni...dah nama dalam talian, jadi macam2 la boleh cerita...dan laki ni pun bawa cerita yang tak elok didengar oleh si gadis tu...ala macam kita kata orang dalam facebook..tak pun tulis status yang nak sindir sape2..dari suka-suka, jadi semakin melarat bila ada yang balas komen tu yang bersifat menyindir jugak...apa jadi kat gadis tu???

gadis tu mengalami tekanan yang amat sangat ye la mana taknya..bila pergi sekolah je kene ejek dan dipulaukan...dan yang mengejutkan, laki yang selalu dicurahkan perasaan tu sebenarnya kawan baik gadis tu...kawan dia yang reka watak laki dalam talian tu dan dia lah orang yang bertanggungjawab yang mereka-reka cerita...rasa sangat sedih bila kawan yang dianggap tempat untuk mengadu, tikam dari belakang..bayangkan sebab fitnah, hilang kawan, hilang kepercayaan orang...apa tindakan gadis tu???

gadis tu bawa kes dia ni ketengah..bawa ke media...sebab kaunselor dia pernah cakap"siapa lagi yang nak bawa ketengah kalau bukan kita"...tapi tu adalah last resort..apa yang perlu dilakukan adalah block je orang yang mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati takpun delete je post tu...dan gadis tu bawa kes dia ke media selepas banyak usaha dilakukan termasuk bawa  ke pihak kerajaan tapi gagal...selepas kes dia dibawa ke media, pihak kerajaan mula meminda akta mengenai buli di talian...kekuatan tuk kembali ke sekolah dan mula berdepan dengan masalah...

tapi bahagian yang paling best adalah bila gadis tu pertahankan hak dia bila rakan yang lain mula mencaci...katanya " sebaiknya kamu yang kene malu sebab menulis sebegitu dan kamu sepatutnya yang ada masalah..bukan saya"...

moral cerita ni: berani berdepan dengan segala masalah yang ada dan sokongan terutam ibubapa sangat penting...jangan bertindak bodoh dan mintalah pertolongan dari yang Maha Esa...

tapi cerita ni memang sangat bagus kerana ia membuka mata dunia bahawa buli dalam talian adalah sesuatu yang serius...

No comments:

Post a Comment