teringat kisah dulu bila pn memey bercerita mengenai sifu kecil...
apa ye sifu kecil????sifu kecil ni macam cikgu la...bila pensyarah ajar tak faham, sifu kecil la kene ajar..maknanya akan ada di kalangan kawan-kawan yang jadi pensyarah yang dilantik secara sukarela..hihih:-)
aku adalah di kalangan sifu kecil tu..alhamdulillah Tuhan berikan aku kebolehan dan upaya untuk menyampaikan ilmu kepada kawan-kawanku yang memerlukan...aku seronok lakukan kerja ni walaupun perlu menghampakan sesetengah pihak..
ada la kadang2 rasa letih bila nak bagi orang faham apa yang kita nak sampaikan...tapi tu kan cabaran..macam tu la cikgu2 kita penat lelah nak bagi murid2nya faham...kena banyak bersabar..
pernah suatu ketika, bila test result dapat, markat test aku tak seperti yang diharapkan...kadang2 tu `student` aku dapat markah lagi tinggi dari aku...tapi takpe lah..bukan hari aku agaknya..Tuhan nak uji aku supaya jangan sombong...
No comments:
Post a Comment