assalamualaikum....
Dah tahun baru kan...tapi baru nak update...first entry tuk tahun 2013..hihi:-)
Semalam berjalan di Jalan Tunku Abdul Rahman aka Jalan TAR... ala yang femes dengan baju-baju dan tudung -tudung murah...aku macam biasa seperti tiada nafsu untuk membeli belah. Bukan takde nafsu tapi takde mood lagi nak shopping...tunggulah mood tu sampai, mesti borong punya..hihiihihi:-)
Jalan dan terus berjalan untuk mendapatkan apa yang teringin. Ke Jalan TAR adalah pengalaman pertamaku. Memang `crowded` sangat sebab barang murah siapa yang tak nak kan????kebetulan hari sabtu ada pasar malam, tu yang nampak sesak...tapi kalau takde pasar malam pun sesak juga..hihihi
Aku memang nak berjalan dan cuci mata dan hasilnya berjalan dan cuci mata tanpa membeli apa-apa selain nasi kerabu..jauh tu beil nasi kerabu sampai ke KL..hahaha:-) Dan pengalaman pertamaku naik keretapi. Murah, jimat masa sebab tak redah `jam`...sekarang ni ada koc baru khusus untuk wanita. Terasa selamat bila masuk koc tu tapi cuma satu je yang tak berkenan ada la beberapa orang yang tak reti bahasa yang koc tu untuk wanita sahaja.Dah terpampang tulis "KOC UNTUK WANITA SAHAJA"...rasanya kalau orang asing pun faham nampak koc tu penuh dengan kaum Hawa. Itu tak kisah sangat tapi yang geramnya ada orang Malaysia yang faham bahasa Melayu dan boleh bercakap Melayu dengan selamba masuk ke koc wanita. Lagi sakit hati bila ada pasangan kekasih tu naik sama dengan 'girlfriend'. Takut sanagt "girlfriend" dia lari...Rasa nak je tegur, "helo sir, this is for women koc. Did you see that.". Tapi masalahnya tak tegur..ish geramnya.
dah tertera untuk wanita dan keluarga...tu pun susah ke nak faham.. |
No comments:
Post a Comment