Tuesday, May 10, 2011

bihun sup bukan "bahan sup"

Entry ni nampak macam sedap...perut memang tengah lapar dah ni....

Macam-macam lagu dah dalam perut ni...rock.dondang sayang,balada semua ada...

Meh sini nak cerita...

Satu hari aku ajak la kawan aku turun lunch,tapi disebabkan kemalasan yang melampau kawan aku yang sorang ni pesan je makanan...

Mia: saya nak bhn sup...tq...
Aku: ok....

Aku ni dengan bangganya la cakap " dia nak makan bahan sup".Bila kat kedai makan aku pun dengan yakin dan berjayanya ambil la sup sayur satu plastik dan nasi bungkus....Bila sampai bilik kawan aku ni dah menunggu sebab lapar yang terlampau..hihi..Dengan gembiranya si kawan ni membuka bungkusan sup sayur tu..."ni saya punya ke???", tanya Mia..Aku pun dengan bangga dan confidencenya menjawab " kita share"...Si Mia tu dah pening..%$%#$^&^&

Kebetulan pulak sup sayur tu ada suun sama la pulak bentuk dan rupanya macam bihun...Aku  berfikir sejenak..."Betul ke si Mia ni "bahan sup"..Bila aku buka message balik dan difahami kandungannya, baru la aku fahan yang sebenarnya si Mia tu nak BIHUN SUP....Aku punya gelak tak cukup tanah...nasib baik aku belikan nasi bungkus, boleh la jugak makan sup dengan nasi...

p/s:lain kali faham isi kandungan message...

gmbar hiasan-sumber google image

Saturday, April 23, 2011

eXam kembali

Assalamualaikum....


rasanya dah lama tak update...busy sangat...sekarang ni dalam mood final exam...ni pun amik sikit masa study tuk update blog...sebenarnya banyak yang nak cerita tapi tangguh-tangguh nak update dah terlupa pulak nak cerita pasal apa...hihi


sekarang ni kat rumah selepas berperang dengan emosi sebab tekanan satu semester belajar dan tekanan akan berterusan sebab final exam pulak.. tapi bila balik ke rumah tercinta tekanan itu hilang tuk seketika..rasa lega bila dapat jejak kaki ke tanah kelahiran,,rasa hepi sangat bila lihat wajah mak abah..rasa tenang je..nak studi pun rasa semangat...


paper pun dekat-dekat..rasa takut,nervous semua ada...tapi mak selalu pesan "mesti boleh buat lepas dah usaha..kalau rasa tak boleh buat, kene selalu fikir positif yang aku mesti boleh buat"...kalau tak tido sampai pukul 2-3 pagi memang tak sah sebab nak study..tapi kalau buat solat sunat lepas studi lagi baik..(tuk ingatan diri sendiri)...


insyallah jika ada kesempatan dan waktu akan selalu update blog ni...(mesti kene update)


p/s:selamat berjuang rakan-rakan semua tuk final exam...usaha,doa dan tawakal...

Friday, March 18, 2011

La tahzan

kepada Dia yang memohon ketenangan...






jadikan hari ini sebagai pencetus semangat dan hari semalam sebagai sejarah...


















jangan bersedih...kesat la air matamu dan mohonlah ketenangan dariNya









jangan bersedih..kerana kesedihan itu akan melemahkan manusia..redha dan tawakal akan segala yang berlaku & sentiasa berfikiran positif bagi jiwa & minda yang sihat..:-)

Friday, March 11, 2011

denyut kasih medik..

novel ni baru dibeli minggu lepas...pada asalnya tak nak beli, tapi bila selalu teringat mana la boleh tahan...jalan cerita yang sangat menraik...bukan sekadar cerita tapi juga buku ilmiah..ianya realistik,Islamik,berfakta,evergreen,memotivasi, menyentuh dan juga mendidik...

setiap helaian dan patah perkataan tak sanggup tuk dilepaskan.. tak sabar rasanya tuk tahu apa yang berlaku pada seorang doktor yang ketika itu bergelar doktor pelatih...

novel ini menggabungkan  fiqh perubatan,fiqh wanita dan fiqh cinta...pasti sesiapa yang membaca pasti akan tertarik dengan garapan cerita yang ingin disampaikan...


selamat membaca...:=)

Susah dulu,baru senang

Assalamualaikum...

Mesti kita biasa dengar ungkapan bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian...tula ungkapan yang sering diungkapkan bila ada kesusahan dan itulah yang memotivasikan seseorang.
Maaflah sebab dah lama tak update..sibuk dengan test dan assignment. Minggu lepas merupakan minggu yang sangat stress sebab test banyak, assignment + presentation pulak beratur tuk disiapkan...memang tak tahu nak buat yang mana satu...rasa kepala ni memang tak dapat nak tanggung dah bebanan kerja yang berlambak...tapi berkat sokongan dari mak abah,akhirnya berjaya jua dilalui minggu-minggu yang sangat menyerabutkan...

Rasa lega sangat bila semua kerja dan assignment selesai mengikut jadual. Test???Alhamdulilah,semuanya berjalan lancar...Walaupun tak berapa nak puas hati dengan jawapan test, tapi aku rasa sangat berpuas hati sebab datang dari usaha sendiri bukan sebab meniru @ bawa "toyol". Kadang-kadang tu memang ada niat nak buat, tapi Allah pelihara hati ini agar tidak melakukannya...pada aku buat apa dapat markah tinggi tapi bukan hasil usaha sendiri..biarlah dapat markah sikit, tapi ia hasil usaha kita sendiri...kadang-kadang gagal tu mengajar manusia...

Minggu-minggu sibuk akhirnya berlalu dan berjaya dilalui...kerna sabar la senjatanya...manusia harus bersabar dalam menepuhi segala kesusahan dan masalah...

Saturday, February 26, 2011

Sebak rasa hati...

Assalamualaikum...

Hari ni merupakan satu hari yang sangat memilukan dalam perjalanan hidup sebagai seorang insan...niat hati pada mulanya hanya untuk membeli keperluan diri tapi ia bertukar kepada suatu yang benar-benar mengajar dan menyedarkan diri ini yang bernama insan...

Sedar atau tidak, diri ini merupakan insan yang sangat beruntung dengan segala nikmat yang telah dikurniakan. Hari ini betul-betul mengajar diri ini akan erti sebuah kehidupan. Ceritanya bermula apabila  aku dan rakan-rakan ke sebuah hypermarket untuk membeli keperluan diri. Setelah selesai menunaikan niat hati, perut mula terasa lapar. Tiba-tiba- sedang menikmati makanan, datang seorang budak dengan membawa seplastik yang berisi kerepek. 

Memang pada mulanya hati ini terdetik untuk melarikan diri tapi bila budak itu datang ke meja kami dan bertanyakan " kak nak beli kerepek???satu RM 3.50 sepeket, 3 peket RM10."Bila mendengarnya, hati terdetik "mahalnya"....tapi bila budak itu datang mendekati aku, hati ini mulai sebak bukan kerana kerana budak itu berseorangan tapi aku terbayangkan jika diri ini seperti budak itu.. Bagaimana budak dalam lingkungan usia 11 tahun itu melakukan semua itu???

Sepatutnya pada usia sebegitu, budak itu menikmati cuti hujung minggu bersama keluarga dan masa dihabiskan dengan melakukan kerja sekolah...tapi apa yang cuba budak itu lakukan amat menyentuh naluri perempuanku. Aku membayangkan jika adik-adikku berada di tempat budak itu. 
Demi meneruskan kehidupan dan amanah keluarga, terpaksa jua dilakukan. Semoga budak itu diberkati selalu. Bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan...:-)

Wednesday, February 23, 2011

Ucapkanlah...

Sedang mendengar mp3, tiba-tiba sampai ke track lagu Ucapkanlah singing by Erra and Yusry KRU…
Lagu ni sememangnya banyak beri penghayatan kepada sesiapa yang mendengarnya lebih-lebih lagi pada mereka yang nak mengucapkan sesuatu pada seseorang tapi tak kesampaian…
Bukan sebab apa tapi mungkin masa belum tiba untuk seseorang itu mengungkapkan kata cinta…
Perlu ke kata cinta itu diucapkan????hm tepuk dada tanya selera dan  bergantung pada seseorang juga…Ada yang sesetengah tu tak nak ungkapkan cinta @ perasaan sendiri sebab malu @ takut..dan ada yang sesetengah tu takut jika tidak diucapkan akan menyesal dikemudian hari…
Tapi masa nya akan tiba jua tapi tidak tahu bila…tapi persoalannya perlu ke kita takut dengan perasaan dan bayang-bayang sendiri..

UCAPKANLAH BY ERRA & YUSRY KRU

Kadangkala ku rasa ingin segala-galanya
Rahsia yang tersimpan di dada lama
Namun kelu terus membisu menatap wajahmu
Daku malu tapi tak mahu kehilanganmu
Ucapkanlah cinta
Ucapkanku saja yang kau perlu setiap waktu
Sepanjang hayatmu
Ucapkan kau rindu
Daku yang kau mahu
Yang kau cari telah kau temui
Ku tidak tertahan lagi untuk mengaku cintamu
Dan kadangkala kita hanya sedar keindahannya
Apabila ia sudah tiada di depan mata
Tidak rela ku lepaskan satu-satunya insan
Yang berikan ku segala makna kehidupan
Ucapkanlah cinta
Ucapkan ku saja yang kau perlu setiap waktu
Sepanjang hayatmu
Ucapkan kau rindu
Daku yang kau mahu
Yang kau cari telah kau temui
Ku tidak tertahan lagi untuk mengaku ku cintakan mu
Andai daku kau terima lebih dari teman biasa
Daku kan setia
Tak ku benarkan kau berair mata
Andai kau terima cintaku
Daku kan belai tanganmu

Di penghujung waktu kau dan aku di dunia

P/s:Perasaan ini bukan untuk pasangan kekasih sahaja tapi cinta kepada kedua ibubapa, kasih kepada Tuhan dan kasih dan cinta itu terlalu subjektif dan sangat sukar untuk ditafsirkan…
Pernah tak kita kelu apabila berdepan dengan ayah @ ibu kita sendiri untuk mengungkapkan kata cinta dan kasih kita pada mereka…Pernah tak kita kelu apabila rakan menyoal adakah kita sayang mereka…Pernahkah kita kelu bila berdepan dengan seseorang yang kita rapat…