Thursday, November 22, 2012

aku tidak tahu apa niatnya...

setiap akan ada perasaan takut bila rasa keseorangan...tapi yakinlah Allah senantiasa bersama kita...

seringkali aku terpaksa berbohong mengatakan aku tidak ada duit apabila ada segelintir masyarakat yang meminta belas ihsan...macam-macam alasan yang aku terima...antaranya:

"kak saya musafir...tak makan lagi"

"kak...saya baru menjalani pembedahan hati dan saya ada menjual ayat-ayat dari petikan al-quran..cantik"

"kak...we are from %GGFBV club ask your kindness to give as you can to help those people"

bila segelintir golongan ini datang kepadaku apabila aku sedang bekerja dan berseorangan, hanya ini yang mampu aku katakan,

"I`m really sorry..my boss not coming yet and I don`t have the money..I really sorry"...bila aku kata takde memang takde...tapi seringkali juga duit aku `habis` tuk didermakan pada golongan ini..aku tak tahu duit yang aku hulurkan betul-betul sampai ke sumbernya atau milik individu...wallahualam..

aku buat keputusan tuk bawa duit secukupnya sekadar cukup tuk beli makanan tengahari kerana aku tak sanggup lagi tuk terus berbohong...golongan yang meminta ihsan ni aku tak pasti samada betul atau sindiket...masa kini, semua tak boleh nak percaya 100%...jadi aku harus berhati-hati...

sememangnya aku tak tahu apa niat mereka...aku halalkan setiap apa yang aku berikan kepada golongan ini dan aku harus berhati-hati...hanya Allah yang tahu...



Thursday, October 25, 2012

cinta

CINTA!!!


cinta Allah
cinta rasul
cinta ibubapa
cinta haiwan
cinta sesama manusia...

perasaan cinta itu adalah fitrah untuk manusia...Tuhan mencipta manusia dengan perasaan tuk dicintai dan mencintai...tapi bagaimana kita menerima dan melaksanakan cinta itu...

cinta Allah...ramai yang kata "saya cinta Allah"..tapi bagaimana???melakukan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya...tapi kita sering lupa dan selalu melakukan apa yang Allah larang...makin dilarang, makin dibuat perkara itu...adakah itu tanda cinta manusia kepada Allah...Tuhan tak pernah lupakan manusia tapi manusia yang sering lupa akan Tuhan...:-)

cinta rasul...tanda cinta kepada rasul dengan selalu berselawat kepadanya...dan sentiasa mengingati segala pengorbanan yang telah Baginda lakukan untuk umatnya...tapi kita???hanya akan ingat bila ada sambutan Maulidurasul...tak susah dan lama pun tuk kita selawat...bila-bila masa boleh...jika Rasulullah ada kini, pasti Baginda sedih melihat umatnya yang sering lalai dan lupa...

cinta ibubapa...bagaimana???taat akan kata-katanya,jangan melawan, jangan sakiti hati mereka,menjaganya bila sakit...sebenarnya banyak cara tuk kita berbakti pada ibubapa mereka..tapi apa yang jadi kini adalah ibubapa dilayan seperti orang gaji,diletakkan di rumah orang tua, dibiar di tepi jalan...ini ke yang dikatakan cinta ibubapa...subhanallah...pernah ke ibubapa kita merungut tuk mencari keperluan dan menjaga kita waktu kecil???pernah ke ibubapa mengeluh bangun malam tuk buatkan kita susu masa kita bayi???pernah ke ibubapa kata tidak bila kita minta suatu???kenapa ibubapa boleh menjaga sepuluh orang anak, tapi kita sebagai anak membiarkan ibubapa kita di rumah anak yatim...tanpa ibubapa, siapa lah kita...tanpa mereka adakah kita boleh berjaya seperti sekarang...<3<3<3

cinta haiwan...kerana Rasulullah sangat cintakan haiwan..jangan kita sakiti haiwan kerana haiwan bukan seperti manusia yang diberi Allah akal tuk berfikir...jika kucing contohnya, terkencingkan pakaian kita,jangan kita maki hamun dan menyakiti kucing itu,tapi bertasbihlah dan bersabarlah...haiwan tiada akal tuk berfikir dan tidak tahu apa yang dilakukan..

cinta sesama manusia...itu lumrah kita sebagai manusia...tapi jangan terlebih memberi cinta...kesannya lahirlah anak luar nikah,bergaul bebas...bagi kaum hawa, jangan memberi mahkota berharga wanita jika terlalu cinta..sucikanlah apa yang haram dengan perhubungan yang halal..cinta selepas nikah lagi manis kerana itu lebih high class:-) 




Tuesday, October 23, 2012

aku pasti ketentuan-Nya

lama rasanya tak berbicara...kesibukan selalu mencemburui aku...tapi akan aku rajinkan diri untuk menyatukan fikiran dan hati yang selalu berdetik..hihi  (bermadah pulak)

alhamdulillah..aku telah menamatkan pelajaran peringkat `degree` aku dan memang dah niat aku tuk menyambung pelajaran ke peringkat professional...tak salah tuk menimba sebanyak mana pengetahuan...pada mulanya mak macam tidak setuju niat aku tuk sambung belajar...tapi  aku yakinkan mak bahawa aku nak capaikan apa yang aku nak..

tempoh yang aku berikan pada diriku adalah setahun ..."mak bagi akak setahun je nak sambung belajar..after setahun dan sebelum akak nak habis akak akan apply keje..insyallah ada la hikmahnya"...akhirnya mak faham..

setiap kali bukak fb, ada je rakan-rakan yang update dah dapat kerja...aku???rasa sedih pun ada sebab aku masih tak dipanggil tuk temuduga...tapi takpelah sebab aku nak sambung belajar lagi..insyallah..rasa iri hati pun ada..tapi mungkin `jodoh` mereka telah tiba...

aku pasti akan ketentuan-Nya..kerana aku yakin pasti ada yang lebih baik untukku di masa depan...tak dapat sekarang, mana tahu esok lusa ada `jodoh`...sabar, doa dan tawakal..:-)

Monday, October 8, 2012

selamat pengantin baru

sebenarnya dah terlambat kot nak ucap selamat pengantin baru pada rakan sekolah rendah aku.. (majlis masa raya hari tu..hihi)

Haslina & Syafik

comel sangat pasangan ni...alhamdulilah, aku sempat ke majlis pernikahan dan persandingan mereka..

air mataku mengalir tatkala ibu bapa melepaskan tanggungjawab kepada si suami...

rasanya macam tak terbalas lagi jasa mak abah...

cerita perkenalan mereka sangat romantis..."no couple"...hanya berjumpa 3x dan terus bernikah...

mereka dipertemukan oleh guru agama mereka...comelkan...

aku nampak rasa malu antara mereka tapi sangat comel dan romantis...masing-masing tak sabar nak ungkapkan kata cinta...hihi

semoga hubungan mereka hingga ke syurga...amin:-)




hanya Tuhan yang tahu

hanya Tuhan yang tahu apa yang bakal berlaku...manusia hanya mampu merancang...

apa jua yang terjadi atas ketentuan-Nya..siapa kita nak persoalkan segala perancangan Tuhan..

manusia hanya mampu berikhtiar,berdoa dan istiqamah...selebihnya berserah dan bertawakal kepada-Nya..

jika kita perlukan apa-apa jangan lupa minta kepadaNya tetapi setelah kita berdoa dan berusaha..

jangan meminta tanpa berusaha..

tak dapat apa yang nak sekarang, pasti akan kita miliki nanti..

ataupun sesuatu yang lebih baik dari apa yang kita ingini...

percayalah pada percaturan dan kehendak Tuhan..


Thursday, August 30, 2012

sifu kecil

teringat kisah dulu bila pn memey bercerita mengenai sifu kecil...

apa ye sifu kecil????sifu kecil ni macam cikgu la...bila pensyarah ajar tak faham, sifu kecil la kene ajar..maknanya akan ada di kalangan kawan-kawan yang jadi pensyarah yang dilantik secara sukarela..hihih:-)

aku adalah di kalangan sifu kecil tu..alhamdulillah Tuhan berikan aku kebolehan  dan upaya untuk menyampaikan ilmu kepada kawan-kawanku yang memerlukan...aku seronok lakukan kerja ni walaupun perlu menghampakan sesetengah pihak..

ada la kadang2 rasa letih bila nak bagi orang faham apa yang kita nak sampaikan...tapi tu kan cabaran..macam tu la cikgu2 kita penat lelah nak bagi murid2nya faham...kena banyak bersabar..

pernah suatu ketika, bila test result dapat, markat test aku tak seperti yang diharapkan...kadang2 tu  `student` aku dapat markah lagi tinggi dari aku...tapi takpe lah..bukan hari aku agaknya..Tuhan nak uji aku supaya jangan sombong...

hari raya

rasa lama tak update..banyak benda yang bermain di fikiran ni, tapi masalah internet lembap dan yang paling utama MALAS...

dah sebulan umat islam berpuasa...kini tiba masa tuk menyambut kemenangan...Hari Raya Aidilfitri..raya tahun ni sama je macam tahun2 lepas...makcik, pakcik, sedara n sepupu banyak balik petang raya..orang tua dah takde, jadi raya dengan famili masing2 la..kalau ada arwah atuk dulu, meriah..pagi raya tu arwah atuk mesti menjerit suruh cucu2nya bangun sebab nak solat raya...sekarang???jeritan mak dan abah yang dengar...tak pun aku yang menjerit kejutkan adik2 lelaki aku yang liat nak bangun..

kuih raya???mestilah meriah..sebab aku kerja kat tempat lama...rancang taknak kerja lagi lepas belajar, tapi bos dah call...lepas raya baru nak cari kerja sebelum sambung belajar bulan januari tahun depan..insayallah..

walaupun dah 12 syawal, tapi masih lagi hari raya...kan sebulan...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI:-)