Wednesday, April 10, 2013

Masa telah hampir

Lamanya tak update...

dup dap dup...cepatnya masa berlalu...dah bulan APRIL..maknanya exam dah nak dekat..
macam tak cukup masa je nak study...
tapi takpe aku ada Allah untuk dipermudahkan segalanya..:-)

Saturday, March 9, 2013

Bosan...


Kadang kala aku bosan dengan sikap manusia yang hanya tahu fikirkan diri sendiri....

Asyik kita saja yang nak fikir hal dia, tapi sudahnya kita yang sakit hati...

Tapi bila difikirkan balik, kita memang kena pentingkan diri dalam setengah hal...

Muak dengan orang yang tahu nak senang je dan tak fikirkan hal orang lain...

Bosan dengan sesetengah orang yang memandang orang lain hanya seperti boneka...bila cantik disayang, dipeluk; bila buruk dibuang...

Bosan dengan orang yang memandang martabat dan darjat adalah segala-galanya...Ingatlah itu hanya sementara, tiada suatu pun yang kekal di muka bumi Allah ini...Hanya Dia yang Maha Esa dan Pencipta sekalian Alam...

Monday, February 4, 2013

Kayuh dan terus berkayuh...

Seronok sambil nikmati keindahan alam...

Jumaat lepas, berbasikal di Taman Botani Shah Alam (ye ke...tak ingat la namanya apa..hihihi) yang dulunya dikenali sebagai Bukit Cerakah...Seronok sangat sebab dah lama tak main basikal...

Biarpun penat, tapi puas sangat. Sambil beriadah,dapat menikmati cipataan Tuhan yang sangat cantik..ni merupakan "trip" pertama tuk profesional kelas...cuma 10 orang je...tapi 2 orang lagi tak dapat nak "join" sebab sakit...Walaupun hampir tak jadi, tapi Tuhan permudahkan semuanya..:-)

Balik rumah, terus tidur sebab penat...Penat, penat Karnival Karang Kraf pergi juga..hihihihihi

Apa lagi borong buku la guna baucar buku...heaven rasanya bila belanja banyak-banyak tapi tak payah guna duit....





ni sebenarnya nak balik...hihihi












on your mark...








click!!!



Thursday, January 24, 2013

Aku rindu padamu

Subhanallah...

Rindu sungguh kepada junjungan Nabi Muhammad saw...
12 Rabiul Awal hari lahirnya...begitu lama rasul saw meninggalkan kita...tapi junjungan nabi saw itu sentiasa di hatiku sentiasa...insayallah...

Aku teringin untuk berjumpa Rasulullah saw...
Adakah aku mampu untuk berjumpa baginda?

Jika Rasulullah masih hidup, pasti ramai yang akan mengagumi Baginda...
Rindunya aku ya Allah...

Selawat ke atas jujungan Nabi Muhammad saw....

Allahumma solli a`la ssayyidina muhammad....

Sunday, January 20, 2013

Seorang pelajar


Rasa macam tak percaya je dah jadi pelajar balik...kini saya merupakan pelajar profesional Institute Chartered Secretaries & Administrators(ICSA). Cuma setahun je tapi setahun yang mendebarkan sebab profesional bukan seperti ijazah dulu. Kali ni lebih mencabar tapi itu bukan halangan. Selagi ada usaha,doa dan tawakal, Insya-Allah akan ada sinar kejayaan..amin:-)

Semua orang pernah mengalami kegagalan tapi itu bukan halangan untuk kita berjaya...Tiada yang mustahil untuk berjaya....:-)



belajar dan terus belajar:-)









credit:i luv Islam.com

jalan dan berjalan

assalamualaikum....

Dah tahun baru kan...tapi baru nak update...first entry tuk tahun 2013..hihi:-)

Semalam berjalan di Jalan Tunku Abdul Rahman aka Jalan TAR... ala yang femes dengan baju-baju dan tudung -tudung murah...aku macam biasa seperti tiada nafsu untuk membeli belah. Bukan takde nafsu tapi takde mood lagi nak shopping...tunggulah mood tu sampai, mesti borong punya..hihiihihi:-)

Jalan dan terus berjalan untuk mendapatkan apa yang teringin. Ke Jalan TAR adalah pengalaman pertamaku. Memang `crowded`  sangat sebab barang murah siapa yang tak nak kan????kebetulan hari sabtu ada pasar malam, tu yang nampak sesak...tapi kalau takde pasar malam pun sesak juga..hihihi

Aku memang nak berjalan dan cuci mata dan hasilnya berjalan dan cuci mata tanpa membeli apa-apa selain nasi kerabu..jauh tu beil nasi kerabu sampai ke KL..hahaha:-) Dan pengalaman pertamaku naik keretapi. Murah, jimat masa sebab tak redah `jam`...sekarang ni ada koc baru khusus untuk wanita. Terasa selamat bila masuk koc tu tapi cuma satu je yang tak berkenan ada la beberapa orang yang tak reti bahasa yang koc tu untuk wanita sahaja.Dah terpampang tulis "KOC UNTUK WANITA SAHAJA"...rasanya kalau orang asing pun faham nampak koc tu penuh dengan kaum Hawa. Itu tak kisah sangat tapi yang geramnya ada orang Malaysia yang faham bahasa Melayu dan boleh bercakap Melayu dengan selamba masuk ke koc wanita. Lagi sakit hati bila ada pasangan kekasih tu naik sama dengan 'girlfriend'. Takut sanagt "girlfriend" dia lari...Rasa nak je tegur, "helo sir, this is for women koc. Did you see that.". Tapi masalahnya tak tegur..ish geramnya.



dah tertera untuk wanita dan keluarga...tu pun susah ke nak faham..


Sunday, December 16, 2012

untuk kali keduanya



assalamualaikum...

tuk kali keduanya, SAYA ADALAH ALUMNI UiTM SHAH ALAM...terima kasih pada mak dan abah yang selalu menyokong dari belakang... lebih-lebih duit poket..hihi:-) tapi yang paling penting sokongan dan motivasi yang mak abah bagi ketika rasa macam dunia ni nak terbalik sebab tekanan belajar..


alhamdulillah..semuanya berjalan lancar dan akhirnya aku telah bergraduasi...sambung belajar???yeh..aku berjaya dalam temuduga tu...alhamdulillah..:-)





wajah bangga mak & abah:-)





adik aku merangkap jurugambar aku hari tu..:-)



kawan-kawan ku..:-)




bunga & teddy bear  dari mak & abah, bos & adik2...terima kasih:-)