"Bila saya boleh melihat anak saya" pinta seorang ibu yang baru sahaja melahirkan putera pertama.
" Puan rehat dulu ye. Nanti saya suruh jururawat saya hantarkan anak puan ke bilik puan"kata doktor.
Setelah beberapa hari si ibu masih belum bertemu dengan si anak. Hati seibu penuh dengan tanda tanya. Tiba-tiba di suatu pagi, seorang jururawat membawa seorang bayi lelaki yang sangat comel.
" Ini bayi puan.Lelaki. Persis muka puan," sambil jururawat menunjukkan si anak ke si ibu. Si ibu tidak sabar untuk melihat puteranya. Dicium,didakap dengan penuh kasih sayang.
Tapi kegembiraan itu hanya sementara, apabila si ibu melihat puteranya mengalami kecacatan pada telinganya. Hati si ibu luluh apabila melihat keadaan si anak. Si ibu tidak mengeluh tapi bersyukur di atas pemberianNya."Ya Allah tidak kiralah bagaimana rupa anakku ini tapi aku redha atas pemberianMu.Tidak ternilai ya Allah.."rintih si ibu di dalam hati. Si ibu memang menginginkan anak kerana telah lama mendirikan rumahtangga tapi masih belum mempunyai anak.Dan bila tiba detiknya si ibu diuji lagi...
Masa berlalu terlalu pantas. Si anak membesar dan terus membesar. Lama kelamaan si anak terus membesar dan selalu diejek rakan-rakan. Si anak berasa malu dan tidak mahu ke sekolah.
"Ibu, Afif tak mahu pegi ke sekolah lagi, Kawan-kawan selalu ejek Afif budak cacat,"rintih si anak.
Hati si ibu sayu bila mendengar rintihan si anak lalu berkata," Afif bukan cacat tapi tersangat istimewa. Afif kene pegi sekolah. Nanti boleh jadi doktor."
Si anak gembira bila si ibu memberi kata-kata perangsang padanya.
Bila si anak meningkat dewasa, si anak berjaya ke universiti dan kini bergelar seorang doktor telinga. Si anak masih teringat akan kata-kata ibunya.
" Secantik mana pun seorang itu, jika akhlaknya tidak secantik wajahnya,tiada gunanya. Cantik bukan terletak pada wajah tapi pada budi pekerti dan tingkah lakunya. Jangan rasa rendah diri atas kekurangan yang ada. Semua manusia sama di sisi Tuhan. Cantik itu subjektif."
No comments:
Post a Comment