Assalamualaikum semua....hari ni tengok filem KL Gangster...sebenarnya takde dalam perancangan pun nak tengok movie...ni semua sebab pelawaan seorang rakan...
Memang terbaik la cerita ni...kisah mengenai kehidupan gangster yang berlumba-lumba nak dapatkan kawasan kat KL...aku lihat cerita ni ada unsur murninya jugak...sebabnya walaupun seorang gangster tapi perasaan kasih dan sayang terhadap keluarga tetap ada...tanggungjwab seorang abang terhadap adiknya dan palling aku suka dalah perasaan belas kasihan terhadap mereka yang memerlukan..(sebab ada satu scene yg mana Adi Putra ( Jai) bagi duit pada budak yang tidur kat tepi jalan)..dan bagaimana seorang gangster yang terkenal suatu masa dulu, berusaha untuk berubah dan akhirnya kembali ke kehidupan gangster sebentar kerana ingin membalas dendam atas kematian seorang rakan yang banyak membantu dan juga apabila nyawa ibunya terancam...
Setiap scene memang banyak aksi sampai tangan aku sakit sebab kena cengkam dengan Mira...nampak macam dia cengkam perlahan tapi bila dilepaskan cengkaman tu, terasa sakit pulak...Filem ni bukan sekadar sebuah filem aksi tapi diselitkan juga lawak dan juga membuka mata semua orang yang itulah situasi sebenar jika terlibat dengan gangster...jadi jangan sesekali jadi gangster...
thumbs up to director , actors and all team....:-)
No comments:
Post a Comment