Assalamualaikum...
Hm....Itulah bila aku rasa setiap kali teman-teman rapat dah bersatu dengan pasangan masing-masing...Alhamdulillah..(Aku tumpang gembira untuk hubungan itu). Tiap kali mereka datang dengan pasangan masing-masing, tiap kali tulah perasaan itu timbul...Pernah satu ketika aku terasa sangat bila rakan-rakan telah berpasangan...Datang kenduri dengan pasangan masing-masing tapi kau datang sorang-sorang...huhuhu:-(
Tapi tak jadi masalah pun sebenarnya, tapi ada satu ketika nak juga perasaan berjalan dengan pasangan...(Gatal...hihihi..awak tu tak nikah lagi tak payah nak gedik boleh)..Tapi aku yakin Allah pasti ada rencana yang terbaik untuk aku...
Tidak buat masa kini, tapi mungkin satu hari nanti kau datang dengan seseorang yang bergelar suami.Manusia memang tak tahu perancangan yang Allah telah aturkan untuk hambaNya. Jangan sedih dengan apa yang menimpa, doa dan terus berdoa:-)
Jodoh itu urusan Allah, tak perlu cemburu atau rasa apa pun kerna masanya pasti akan tiba...tidak di dunia, Insya-Allah di akhirat..amin...
" Janji Allah itu pasti. Dia akan berikan apa yang kita minta tepat pada masanya."
credit to google image
Assalammualaikum....
Kalau itu rezki aku,permudahkanlah...Sebenarnya,banyak kali aku menghadiri temuduga kerja di tempat kelahiran aku ...tapi benarlah kalau Engkau tidak izinkan, sebanyak mana pun aku menghadiri temuduga itu kalau di situ bukan untukku mencari rezki maka tiadalah rezkinya...
Dan kini setelah,beberapa bulan aku menimba ilmu dan pengalaman di tempat orang, akhirnya aku diterima bekerja di salah sebuah syarikat Singapura yang baru bertapak di Johor Bahru...
Jika ini jalannya, permudahkanlah...Mungkin ini juga satu cara untuk aku melupakan si dia untuk sementara...aku perlukan masa untuk aku melupakannya...Ya Allah bantulah aku..:-)
Assalammualaikum...
Rasanya lamanya tak bercerita...ye la mana tak lamanya..Last berkongsi rasa bulan April lepas.Ni dah bulan Oktober,nak masuk November pun (hihi:-)...Subhanallah..lamanya tak berkongsi rasa dan cerita.Memang hati dan fikiran nak bercerita,tapi masa selalu mencemburui aku...
Dalam masa beberapa bulan ni banyak benda yang berlaku pada aku...tapi kali ni, aku nak bercerita mengenai hati dan perasaan...makin lama simpan, makin serabut otak fikiran aku...
Biarlah masa yang menentukan segalanya...kalau aku je yang bertepuk sebelah tangan pun tak boleh. Dalam perhubungan ni kedua-keduanya mesti bertepuk tangan, barulah bunyi itu bersatu. Mungkin aku hanya ditakdirkan untuk menjadi sahabat kepada si dia. Tapi siapalah aku untuk menolak ketentuanMu.Jika si dia jodohku,permudahkanlah..tapi jika tidak, aku yakin Engkau akan berikan yang terbaik untukku..Amin...
Aku yakin, ada rezki dan umur, Insya-Allah ada jodoh aku...Semuanya dah ditentukan olehNya...
Berdoa dan terus berdoa...:-)
Assalammualaikum...
Lama sungguh aku tak mencoret fikiran yang telah lama ingin terjemahkan...sungguh aku tiada masa tuk berbuat demikian...kesibukanku dalam membina kerjaya salah satu penghalang aku untuk bercerita...
Kini...setelah sekian lama, akhirnya semuanya terungkai...Siapa la aku untuk menghalang seseorang itu untuk menyukai seseorang.Soal hati dan perasaan bukan boleh dipaksa.Allah yang datangkan perasaan itu dan Dia boleh menariknya bila-bila masa yang Dia mahu. Tapi aku tetap bersyukur kerana Dia telah memberikan perasaan yang aku sendiri tidak mampu untuk ungkapkan.
Jujur aku katakan, bila mengetahui si dia meminati seseorang aku rasa sedih dan hilang kata-kata. Tapi siapa la aku untuk menghalang semua ini. Mungkin akan ada sebuah pengakhiran yang baik untukku nanti.Percaturan dan perancanganMu amat luas dan aku yakin pasti ada sebab Kau berikan aku perasaan itu...Aku tahu hikmah yang tersirat akan memberi seribu satu kemanisan..
Insya-Allah:-)
Demi mencari sesuap nasi, manusia sanggup tuk lakukan segalanya...
Hari ini betul-betul mengajar aku betapa susahnya mencari sesuap nasi...sebenarnya banyak kali juga aku melihat senario ini...
Aku rasa mesti ramai orang yang pernah lihat, orang yang angkut sampah (selalunya majlis daerah atau perbandaran la)...kalau aku kat tempat mereka, aku rasa aku tak mampu...cuba bayangkan dengan bau busuk sampahnya, kalau terjumpa apa-apa ke dan macam-macam lagi...
Dalam sibuk aku memerhati, sebenarnya aku bersyukur kerana aku masih diberi peluang untuk mendapat pendidikan hingga ke saat ini...
Penghargaan perlu diberikan kepada mereka-mereka ini yang membantu untuk memastikan keadan sekeliling cantik dan bersih...
Jangan pernah merungut dengan sesuatu yang telah diberikan...bersyukur dengan nikmat kurniaanNya...
Terima kasih atas jasa yang diberikan:-)