Demi mencari sesuap nasi, manusia sanggup tuk lakukan segalanya...
Hari ini betul-betul mengajar aku betapa susahnya mencari sesuap nasi...sebenarnya banyak kali juga aku melihat senario ini...
Aku rasa mesti ramai orang yang pernah lihat, orang yang angkut sampah (selalunya majlis daerah atau perbandaran la)...kalau aku kat tempat mereka, aku rasa aku tak mampu...cuba bayangkan dengan bau busuk sampahnya, kalau terjumpa apa-apa ke dan macam-macam lagi...
Dalam sibuk aku memerhati, sebenarnya aku bersyukur kerana aku masih diberi peluang untuk mendapat pendidikan hingga ke saat ini...
Penghargaan perlu diberikan kepada mereka-mereka ini yang membantu untuk memastikan keadan sekeliling cantik dan bersih...
Jangan pernah merungut dengan sesuatu yang telah diberikan...bersyukur dengan nikmat kurniaanNya...
Terima kasih atas jasa yang diberikan:-)
No comments:
Post a Comment