Thursday, April 17, 2014

Setelah sekian lama

Assalammualaikum...

Lama sungguh aku tak mencoret fikiran yang telah lama ingin terjemahkan...sungguh aku tiada masa tuk berbuat demikian...kesibukanku dalam membina kerjaya salah satu penghalang aku untuk bercerita...

Kini...setelah sekian lama, akhirnya semuanya terungkai...Siapa la aku untuk menghalang seseorang itu untuk menyukai seseorang.Soal hati dan perasaan bukan boleh dipaksa.Allah yang datangkan perasaan itu dan Dia boleh menariknya bila-bila masa yang Dia mahu. Tapi aku tetap bersyukur kerana Dia telah memberikan perasaan yang aku sendiri tidak mampu untuk ungkapkan.

Jujur aku katakan, bila mengetahui si dia meminati seseorang aku rasa sedih dan hilang kata-kata. Tapi siapa la aku untuk menghalang semua ini. Mungkin akan ada sebuah pengakhiran yang baik untukku nanti.Percaturan dan perancanganMu amat luas dan aku yakin pasti ada sebab Kau berikan aku perasaan itu...Aku tahu hikmah yang tersirat akan memberi seribu satu kemanisan..

Insya-Allah:-)

No comments:

Post a Comment