Friday, June 10, 2011

KL Gangster

Assalamualaikum semua....hari ni tengok filem KL Gangster...sebenarnya takde dalam perancangan pun nak tengok movie...ni semua sebab pelawaan seorang rakan...

Memang terbaik la cerita ni...kisah mengenai kehidupan gangster yang berlumba-lumba nak dapatkan kawasan kat KL...aku lihat cerita ni ada unsur murninya jugak...sebabnya walaupun seorang gangster tapi perasaan kasih dan sayang terhadap keluarga tetap ada...tanggungjwab seorang abang terhadap adiknya dan palling aku suka dalah perasaan belas kasihan terhadap mereka yang memerlukan..(sebab ada satu scene yg mana Adi Putra ( Jai) bagi duit pada budak yang tidur kat tepi jalan)..dan bagaimana seorang gangster yang terkenal suatu masa dulu, berusaha untuk berubah dan akhirnya kembali ke kehidupan gangster sebentar kerana ingin membalas dendam atas kematian seorang rakan yang banyak membantu dan juga apabila nyawa ibunya terancam...

Setiap scene memang banyak aksi sampai tangan aku sakit sebab kena cengkam dengan Mira...nampak macam dia cengkam perlahan tapi bila dilepaskan cengkaman tu, terasa sakit pulak...Filem ni bukan sekadar sebuah filem aksi tapi diselitkan juga lawak dan juga membuka mata semua orang yang itulah situasi sebenar jika terlibat dengan gangster...jadi jangan sesekali jadi gangster...

thumbs up to director , actors and all team....:-)

Thursday, June 9, 2011

Belum masanya

Hai semua...entry kali ni pasal relationship...

Sekarang ni pergi mana-mana je mesti jumpa couple ni la couple tu la...semua dah berpasangan...dan bila balik rumah, mesti ada yang bertanya " dah ada boyfren ke"??...dan jawapannya still kata " TIDAK"...belum masanya...walaupun ramai yang beranggapan masa paling ideal untuk cari pasangan adalah ketika belajar...mungkin ada betul nya jugak sebab bila dah ada kerjaya sendiri mesti akan sibuk dengan kerja dan mungkin takde masa untuk mencari pasangan...

Tapi, kalau fikir balik jodoh,pertemuan, ajal dan maut semua di tangan Tuhan..orang kata couple ni akan mengajar seorang itu lagi jadi matang...hm betul ke???Bila berpasangan kita dapat belajar jadi lebih berfikiran terbuka...tapi kalau tak couple pun boleh je jadi matang dan berfikiran terbuka...

Kadang-kadang orang-orang yang ber"couple" ni nak jadi single dan yang "single" nak ada "couple"...senang cerita tak payah ada couple..kalau boleh handle, ok je tapi baik la tak payah la waktu belajar sekarang ni...fokus belajar dulu dan mak selalu kata " belajar dulu, pastu baru fikir nak couple ni"...


Sejujurnya...belum masanya untuk ke arah itu...tak bersedia lagi untuk berpasangan dan biarlah masa yang menentukan...bercinta lepas nikah lagi manis...:-)<3

ayat-ayat cinta

Tuesday, June 7, 2011

Sebulan tak berkata-kata

Assalamualaikum...

Rupanya baru aku sedar yang dah lama tak berkata-kata hati ini...last bila hati ini mula berkata-kata pada 17hb Mei dan kini 7hb Jun...hampir sebulan..sebenarnya banyak yang nak luahkan dan dikongsi tapi....

Novel baru telah dibeli-Bumi Cinta..tapi tak habis baca lagi...ulasan????

Hm..apa yang boleh diucapkan, cerita ni memang sangat best dan banyak pengajaran..memang tak rugi baca...

Nak tahu macam mana jalan cerita Bumi Cinta,tunggu aku habis baca dulu...hihi...tapi memang amazing la jalan ceritanya...

saya mintak maaf...tak sengaja

Rasanya macam dah lama tak update..memang pun..hihi...sangat busy dengan assgnmnt dan event...tapi alhamdulillah semua dapat diuruskan..

ni nak cerita satu hari dalam kelas acc...

Sir: Apa yg awak tulis tu??
Aku: Nak tulis figure la...(nada marah dan tanpa sedar)
Sir:Jangan la marah..saya cuma tanya je...
Aku: I`m sorry sir..tak sengaja...

Lepas tu nak tanya pasal acc, sir dah terketar-ketar...takut kena marah...tapi saya tak sengaja...

SAYA MINTAK MAAF..SAYA TAK MAKSUD PUN...

Tuesday, May 17, 2011

Hantaran Kasih Tuhan

Assalamualaikum...

Novel ni baru dibeli minggu lepas dan telah habis menelaahnya...hihi..Sebuah cerita yang sarat dengan sifat islamiknya.Membawa pesanan moral, kecintaan, inspirasi makna hidup beragama dan hikmah bermanfaat dijadikan acuan landasan hidup.Karya Noorfadzillah Omar.

Pada mulanya nampak macam boring tapi selepas membaca dari satu mukasurat ke mukasurat lain, hati ini seperti ingin tahu apa yang berlaku pada watak utama Nur Wardah dan Engku Ashraf..Perkahwinan atas dasar pilihan keluarga pada mulanya retak menanti belah, tapi kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Teman sepermainan masa kecil dahulu, kini bertukar menjadi pasangan suami isteri...

Nur Wardah....perempuan yang kehilangan ibu semenjak kecil lagi dan dibesarkan dengan kasih seorang ayah. Dididik dengan didikan agama yang sangat cukup, sangat cantik dan muslimah yang sangat diidamkan oleh semua lelaki. Tapi sayang, Nur Wardah, cacat kerana virus polio yang menghadkan untuk bergerak seperti wanita lain. Itu bukan menjadi penghalang tuk wanita yang cekal ni...

Engku Ashraf...seorang lelaki tampan yang memiliki segala-galanya. Kerana desakan kekasih hati, sanggup melabur sehingga RM 1 juta kerana ingin cepat kaya. Tapi pelaburannya tak berjaya dan terpaksa membayar hutang along dan bank. Engku binggung lalu meminta bantuan si bapa. Tapi si bapa meletakkan syarat agar menikahi wanita pilihan keluarganya. Dia binggung dan menerima tawaran itu.Perkahwinan dengan pilhan keluarga amat memeritkan apabila mengetahui si isteri cacat. Segala herdikan dan makian diterima si isteri dengan penuh kesbaran. Tapi kuasa Tuhan mengatasi segalanya...

Hidupnya cinta bukan kerana bahgianya kita...hidupnya cinta bukan kerana rupa...hidupnya cinta bukan kerana kesempurnaan diri....hidupnya cinta bukan kerana hidupnya kita.

Akan ada butiran air jernih mengalir bila membacanya...Selamat membaca:-)

Thursday, May 12, 2011

Manusia sering berbuat silap

Hidup sebagai manusia memang takkan lari dari melakukan kesilapan..Setiap kali kita tersedar akan kesilapan itu, setiap kali itulah kita akan rasa menyesal dengan kesilapan yang dilakukan..Bila kita berfikir untuk berubah, pasti akan ada "pihak ketiga" yang mengganggu.Lumrah bernama manusia..

Kesilapan jangan dibalas dengan kesilapan.Jika itu terjadi buruk padahnya.Pasti akan ada pihak yang terluka..memaafkan adalah cara yang terbaik..

Fikir dulu sebelum bertindak..jangan ada perasaan ingin membalas dendam jika bukan kesalahan kita tapi kita yang terpaksa menanggungnya.Jadikan kesilapan itu sebagai motivasi diri...

Tuesday, May 10, 2011

bihun sup bukan "bahan sup"

Entry ni nampak macam sedap...perut memang tengah lapar dah ni....

Macam-macam lagu dah dalam perut ni...rock.dondang sayang,balada semua ada...

Meh sini nak cerita...

Satu hari aku ajak la kawan aku turun lunch,tapi disebabkan kemalasan yang melampau kawan aku yang sorang ni pesan je makanan...

Mia: saya nak bhn sup...tq...
Aku: ok....

Aku ni dengan bangganya la cakap " dia nak makan bahan sup".Bila kat kedai makan aku pun dengan yakin dan berjayanya ambil la sup sayur satu plastik dan nasi bungkus....Bila sampai bilik kawan aku ni dah menunggu sebab lapar yang terlampau..hihi..Dengan gembiranya si kawan ni membuka bungkusan sup sayur tu..."ni saya punya ke???", tanya Mia..Aku pun dengan bangga dan confidencenya menjawab " kita share"...Si Mia tu dah pening..%$%#$^&^&

Kebetulan pulak sup sayur tu ada suun sama la pulak bentuk dan rupanya macam bihun...Aku  berfikir sejenak..."Betul ke si Mia ni "bahan sup"..Bila aku buka message balik dan difahami kandungannya, baru la aku fahan yang sebenarnya si Mia tu nak BIHUN SUP....Aku punya gelak tak cukup tanah...nasib baik aku belikan nasi bungkus, boleh la jugak makan sup dengan nasi...

p/s:lain kali faham isi kandungan message...

gmbar hiasan-sumber google image