Thursday, October 30, 2014

Biarlah...

Assalammualaikum...

Rasanya lamanya tak bercerita...ye la mana tak lamanya..Last berkongsi rasa bulan April lepas.Ni dah bulan Oktober,nak masuk November pun (hihi:-)...Subhanallah..lamanya tak berkongsi rasa dan cerita.Memang hati dan fikiran nak bercerita,tapi masa selalu mencemburui aku...

Dalam masa beberapa bulan ni banyak benda yang berlaku pada aku...tapi kali ni, aku nak bercerita mengenai hati dan perasaan...makin lama simpan, makin serabut otak fikiran aku...

Biarlah masa yang menentukan segalanya...kalau aku je yang bertepuk sebelah tangan pun tak boleh. Dalam perhubungan ni kedua-keduanya mesti bertepuk tangan, barulah bunyi itu bersatu. Mungkin aku hanya ditakdirkan untuk menjadi sahabat kepada si dia. Tapi siapalah aku untuk menolak ketentuanMu.Jika si dia jodohku,permudahkanlah..tapi jika tidak, aku yakin Engkau akan berikan yang terbaik untukku..Amin...

Aku yakin, ada rezki dan umur, Insya-Allah ada jodoh aku...Semuanya dah ditentukan olehNya...

Berdoa dan terus berdoa...:-)

Thursday, April 17, 2014

Setelah sekian lama

Assalammualaikum...

Lama sungguh aku tak mencoret fikiran yang telah lama ingin terjemahkan...sungguh aku tiada masa tuk berbuat demikian...kesibukanku dalam membina kerjaya salah satu penghalang aku untuk bercerita...

Kini...setelah sekian lama, akhirnya semuanya terungkai...Siapa la aku untuk menghalang seseorang itu untuk menyukai seseorang.Soal hati dan perasaan bukan boleh dipaksa.Allah yang datangkan perasaan itu dan Dia boleh menariknya bila-bila masa yang Dia mahu. Tapi aku tetap bersyukur kerana Dia telah memberikan perasaan yang aku sendiri tidak mampu untuk ungkapkan.

Jujur aku katakan, bila mengetahui si dia meminati seseorang aku rasa sedih dan hilang kata-kata. Tapi siapa la aku untuk menghalang semua ini. Mungkin akan ada sebuah pengakhiran yang baik untukku nanti.Percaturan dan perancanganMu amat luas dan aku yakin pasti ada sebab Kau berikan aku perasaan itu...Aku tahu hikmah yang tersirat akan memberi seribu satu kemanisan..

Insya-Allah:-)

Di celah kehidupan

Demi mencari sesuap nasi, manusia sanggup tuk lakukan segalanya...

Hari ini betul-betul mengajar aku betapa susahnya mencari sesuap nasi...sebenarnya banyak kali juga aku melihat senario ini...


Aku rasa mesti ramai orang yang pernah lihat, orang yang angkut sampah (selalunya majlis daerah atau perbandaran la)...kalau aku kat tempat mereka, aku rasa aku tak mampu...cuba bayangkan dengan bau busuk sampahnya, kalau terjumpa apa-apa ke dan macam-macam lagi...

Dalam sibuk aku memerhati, sebenarnya aku bersyukur kerana aku masih diberi peluang untuk mendapat pendidikan hingga ke saat ini...

Penghargaan perlu diberikan kepada mereka-mereka ini yang membantu untuk memastikan keadan sekeliling cantik dan bersih...


Jangan pernah merungut dengan sesuatu yang telah diberikan...bersyukur dengan nikmat kurniaanNya...

Terima kasih atas jasa yang diberikan:-)







Friday, November 22, 2013

Jangan mengalah..masih ada masa

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah...

Alhamdullillah..aku masih diberi kesempatan untuk terus menikmati nikmat yang sangat tak terhingga dari Mu, Ya Allah..nikmat sihat, sakit, makan, tidur, bahagia, senyum dan macam-macam lagi...

Setiap kali nak `exam` perasaan ini akan datang lagi...perasann takut.... tapi bila difikirkan balik, tak perlu nak rasa takut sebab aku dah usaha dengan ulangkaji, doa....keputusan akhirnya adalah keputusan `exam` yang bakal menentukan cukup ke tak usaha aku tu atau ada sebab-sebab lain yang menyebabkan keputusan itu seperti yang diharapkan..

Walaupun tinggal 10 hari sebelum `final exam` , tapi aku masih ada masa walaupun tak banyak masa...selagi ada usaha, doa dan tawakal, kejayaan pasti bersama aku..Insyallah...

Masa yang ada harus digunakan sebaik mungkin..aku ada Allah yang selalu sentiasa di sisi di kala aku susah dan senang..aku ada mak abah yang sentiasa menyokong dan mendoakan kejayaan anak-anaknya...aku ada kawan-kawan yang sentiasa di samping aku ketika susah dan senang...

Wednesday, October 23, 2013

Masanya kembali...

Assalamualaikum....lamanya tak coret-coret...rindunya:-(

Aku paling tak suka bila perasaan ni tiba...takut,berdebar..semua perasaan ada...
Sekali lagi aku akan tempuhi perasaan ini...FINAL EXAM..walaupun nampak macam serabut (namun hakikatnya aku memang serabut tahap tak ingat dunia tapi masih boleh kawal..hihihi)

Walaupun nampak macam lama lagi nak FINAL, tapi aku rasa macam dah nak give up...Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menempuhi segalanya...aku rasa sesak bila memikirkan apa yang akan berlaku..takut untuk menghadapi kegagalan sekali lagi..tapi kegagalan itu mengajar aku erti sabar...

Sabar itu indah:-)

Saturday, August 24, 2013

Segalanya telah tertulis

Assalammualaikum...

Hampir 2 bulan aku biarkan blog ni tiada cerita..macam-macam aku nak cerita tapi aku terlalu sibuk sejak kebelakangan ni.

 Keputusan "final exam" aku dah keluar..syukur aku ucapkan sebab tuhan masih beri aku ruang tuk muhasabah diri dan ingat balik kesilapan lalu..aku gagal satu paper dan telah aku jangkakan..tapi kegagalan ini amat mencengkam jiwaku..aku terfikir di mana salahnya??tak berusahakah aku???tapi aku positifkan minda dan mula muhasabah diri...mungkin ada silap kat mana-mana yang aku tak tahu...segalanya telah tertulis..aku redha:-)


Bila aku beritahu pada mak, ni yang mak cakap,
"ni mesti lambat sembahyang...tak jaga hubungan dengan Allah...tu la sebab gagal"...

Mungkin benar apa yang mak cakap...orang berjaya memang akan jatuh dulu..

Terus pandang ke hadapan dan Allah selalu bersama kita...Dia tak turunkan ujian sebab dia tahu kita mampu tuk menghadapinya..:-)


Friday, June 14, 2013

Semuanya berakhir

Alhamdulillah..

Semuanya telah berakhir...atas penat lelah dan usaha, semuanya telah dipermudahkan...
segalanya-galanya telah aku curahkan dan hanya kepadaMu akau memohon agar keputusan yang bakal diterima menggembirakan...

Setiap kali aku berdebar untuk memasuki dewan peperiksaan, Allah ada untuk mengingatkan untuk berdoa kepadaNya..terima kasih Allah...aku akui, peperiksaan kali ini sangat berbeza daripada peperiksaan akhir semasa aku degree dulu...kali ini aku rasa usaha aku 200% dan aku sangat takut akan keputusan yang akan keluar nanti..tapi aku percaya pada setiap usaha yang telah aku lakukan..insyallah..:-)