Friday, December 17, 2010

Wanita boros, lelaki jimaT????

Hm…betul ke???

Pada aku sama je..lelaki ke wanita ke masing-masing ada sifat jimat @ boros..tak semestinya wanita boros, ada je yang penjimat @ sebaliknya..Wanita ke lelaki ke sama je..masing-masing ada tabiat yang tak boleh nak elakkn..

Aku ada je kawan lelaki yang gila shopping mengalahkan kaum Hawa…dan ada juga wanita yang tak suka shopping macam aku..hihi..nak tengok aku betul-betul shopping masa aku betul-betul rasa nak habiskan duit @ dengan erti kata lain masa tengah tension…kadang-kadang  just beli  pen harga seringgit pun aku dah puas hati…hahaha

Berbalik pada topik…tak dinafikan kebiasaannya  wanita akan menggunakan wangnya untuk kelihatan cantik, bergaya …tapi lelaki kebanyakannya mereka menghabiskan duit ke aksesori kereta la, tambah kelajuan tuk motor la dan yang sewaktu dengannya la…

Sebenarnya kalau nak diikutkan lelaki ke wanita ke sama je…yang membezakannya adalah bagaimana seseorang itu melihat nilai sesuatu barang itu..adakah untuk jangka masa panjang @ bersifat sementara…ye la ada yang sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit sebab fesyen @trend terkini..tapi pernah tak kita terfikir trend @fesyen itu akan lapuk ditelan zaman satu hari nanti…pada aku la tak guna belanja sampai berpuluh ribu ringgit, tapi hanya guna untuk sekali je…tu kan membazir namanya…

Ada orang kata wanita kalau berbelanja ikut perasaan dan tak hiraukan jangka panjang??hm ada yang betul ada yang tak…Wanita ni kan ada 9 nafsu berbanding lelaki…Wanita akan mengikut perasaan dan tak hiraukan jangka panjang bila duit ada beribu-ribu dalam tangan..ye la masa tu ingat nak shopping je..Kaum Hawa ni akan ingat kesan jangka masa panjang bila duit makin berkurangan…huh masa tu la nak mengeluh…sebab aku selalu rasa macam tu..bila duit dalam wallet berkurangan,mulalah mengeluh duit keluar macam air...tapi masa bershopping tak ingat dunia...huhu
banyaknya..kalau dapat ni buat bayar hutang PTPTN..hihi

yes...

setelah lama aku mencari layout yang sesuai dengan jiwa,akhirnya jumpa juga..hahaha

susah juga nak cari..naik juling mata aku cari layout ynag kena dengan jiwa..nasib baik jumpa..niat hati tu memang dah lama nak tukar, tapi masih belajar macam mana nak tukar layout baru..dengan berkat kesabaran dan ketekunan aku(puji diri sendiri),akhirnya berjaya juga..
yahooo..-:)

Thursday, December 9, 2010

Cinta vs Suka


Di hadapan orang yang kita cintai, hati akan berdegup laju… tapi bila  di hadapan orang yang kita sukai , kita akan gembira…

Di hadapan orang yang kita cintai, musim salji yang sejuk dianggap seperti musim luruh yang nyaman…tapi bila di hadapan orang yang kita sukai, musim salji dianggap sangat cantik...

Bila kita melihat mata orang yang kita cintai kita akan menjadi malu…tapi bila kita melihat mata orang yang kita sukai, kita akan tersenyum…

Di hadapan orang yang kita cintai,kita tak mampu untuk berkata-kata…tapi bila  di hadapan orang yang kita sukai kita akan bercerita segala-galanya…

Di hadapan orang yang kita cintai,kita akan menjadi  malu…tapi bila di hadapan orang yang kita sukai, kita akan tunjukkan siapa diri kita yang sebenarnya…

Kita tak boleh melihat mata orang yang kita cintai…tapi kita boleh melihat mata orang yang kita sukai sambil tersenyum kepada kita…

Bila orang yang kita cintai menagis, kita akan menangis deminya…tapi  bila orang yang kita sukai menangis, kita jadi sangat tak selesa…

Perasaan cinta bermula dari mata…tapi perasaan suka bermula dari telinga…
Jadi,jika kita berhenti untuk menyukai seseorang apa yang perlu dilakukan adalah lindungi telinga kita…
TAPI..bila kita mencuba untuk menutup mata, cinta akan bertukar menjadi air mata dan kekal di dalam hati untuk selama-lamanya…

Monday, November 8, 2010

Jika Ku Tak Bangun Esok Pagi...

Ssetiap orang akan merasai mati...jika ku tak bangun esok hari...

Janganlah bersedih wahai kekasih hati dan jangan ditangisi pemergian ini…aku bukan ditakdirkan bersama dengan mu hingga ke akhir hayat ini…aku tak mampu untuk melawan ketentuan Ilahi…aku tak bisa untuk menjaga dan membelai mu…andai ini ketentuanNya terima lah wahai sayangku…

Jika ku tak bangun esok pagi…

Janganlah engkau menyesalinya dan aku bersyukur kerana Tuhan memberi aku kesempatan untuk menyayangi mu walau untuk seketika..aku bersyukur kerana dikurniakan seseorang yang sepertimu…aku berharap agar dirimu bahagia bila aku tiada di sisimu…redhalah atas pemergianku…jangan lupa pada ku jika aku tak bangun esok pagi…doa-doamu itu akan menjadi bekalan untuk ku di sana nanti…

Jika tak bangun esok pagi by Yusry KRU

Jika ku tak bangun esok pagi
Sayangku kau jaga lah diri
Sentiasa ingatkan hati
Dirimu amatku cintai

Andainya dihimpit kesusahan
Sujud dan mohon pada tuhan
Agar diberikan bimbingan
Meniti hidup bersendirian

(c/o)
Bila terasa sejuk...
Pejamkan mata
Bayangkan dalam dakapanku
Bila terasa rindu...
Pejamkan mata
Kita bersua dalam lena

Kalau ada yang sudi mengganti
Sayang...
Lepaskan lah ku pergi
Kerna sayang seistemewamu
Berhak tuk dicinta dalam hidup

(sayang,tiada apa yang kekal dalam dunia ini,
namun yang pasti,senyumanmu ku tiada ganti,
cintamu kan kekal abadi)

Repeat (c/o)

Ku berharap kau tak akan lupa,
mengirimkan bekalan doa,
Kita jumpa lah di sana nanti...
Jika ku tak bangun.....(esok pagi)
Jika ku tak bangun esok pagi....

p/s:lagu ini dituju untuk mereka yang kehilangan seseorang yang amat dikasihi dan dicintai…bagaimana perasaan seseorang apabila kehilangan sesuatu dalam diri lebih-lebih lagi seseorang itu amat bermakna dalam diri…jika ini yang terjdi usah bersedih..iringan doa menjadi pengganti..diri ini juga pernah merasai kehilangan...memang sangat sakit dan perit...tapi itulah ketentuan dari Nya...

Tuesday, November 2, 2010

Terlalu besar tanggungjawab yang dipikul

Terasa berat apabila memegang tanggungjawab ini...Ya Allah bantulah hambaMu yang lemah ini..

Setiap orang perlu ada keazaman diri tuk jadi yang lebih baik. Tahun-tahun yang akan datang akan menjadikan aku lebih kuat tuk menghadapi segala rintangan. Aku tahu sebagai seorang manusia kita tak akan lari dari masalah dan cabaran. Aku harus selalu memperingati diri ini yang aku masih ada tanggungjawab yang belum tertunai dan aku harus berusaha menunaikannya. Aku perlu bertanggungjawab kepada pelajaranku, ibu bapaku, adik -beradikku. Aku perlu sempurnakan hasrat ibu bapaku yang mahukan aku dan adik-adik berjaya dan menjadi orang berguna. Aku harus memastikaan adik-adik dan diriku sendiri berjaya tuk menunaikan tanggungjawab.

Aku perlu tuk terus berusaha. Aku tak boleh menoleh ke belakang. Aku mesti mara ke hadapan. Aku mesti menjadi yang terbaik di kalangan adik-adikku. Aku mesti jadi contoh kepada adik-adikku. Aku tau itu satu amanah yang berat yang harus aku laksanakan. Sebagai anak, aku mesti lakukan yang terbaik. Ya aku mesti lakukan yang terbaik. Aku tak boleh putus asa, aku harus kuat semangat. Aku tak boleh jadi lemah walaupun cabaran dan dugaan datang. Aku harus bersedia menghadapinya. Aku harus berani menghadapinya dan jangan mengelak.

Aku harus ingat bahawa cabaran dan dugaan yang datang itu ada hikmah disebaliknya. Aku tak mahu jadi manusia yang tak de cabaran dalam hidup. Ia menjadikan aku lebih kuat lagi. Allah memberi manusia cabaran dan dugaan kerana Dia sayangkan umat-Nya dan tak mahu kita lalai dengan dunia. Aku sedar Dia beri aku pelbagai cabaran tuk jadikan aku lebih kuat kerana Dia tahu cabaaran yang akan aku terima dapat aku tangani dengan seeloknya.

“Ya Allah berilah hambamu ini kekuatan agar dapat menerima segala dugaan dan cabaran dengan tenang. Hamba-Mu ini masih memerlukan diri-Mu tuk aku mengadu. Hanya pada-Mu aku memohon. Engkaulah yang memberi jalan yang benar kepada hamba-Mu ini.”

Monday, November 1, 2010

Abah!!!maafkan akak..

satu hari abah call aku nak bertanya mengenai broadbad...

ini adalah perbualan dengan aku n abah  pada suatu petang...

 Abah: assalamualaikum...akk tgh buat apa???

 Aku: waalaikumsalam..akk baru lepas mandi...ada apa abah call..

 Abah: tadi abah pergi survey broadband..celcom 50 ringgit sebulan. promosi tu abis bulan ni je...maxis   48 ringgit sebulan tapi  1.5 G limit...akak nak mana satu...

Aku: ala nanti-nanti la abah..akak taknak guna lagi buat masa ni...

Abah: ye abah tahu tapi yang celcom tu ada promosi kalau tak harganya 68ringgit...pastu dah takde dah promosi tu...

Aku: (aku dah mula tinggi suara)...ye akak tahu la..tapi celcom lmbat la kat sini..kita bincang masa akak balik raya la...(sebab aku malas nak pikir pasal broadband lagi..)

Abah: kalau macam tu tunggu ko balik la...

lepas talian dimatikan aku fikir sejenak...Ya Allah apa yang telah aku lakukan...Aku dah tertnggi suara dengan abah orang yang banyak berkorban demi aku dan adik-adik..masa nak letak phone tadi pun aku dengar suara abah yang nampak lain macam je..padahal abah la yang tanggung aku belajar selama ni sebab aku tak ambil mana-mana loan pun...so abah yang tanggung sepenuhnya..kadang-kadang kesian jugak tengok dan sebab tu la aku kene berjimat dan guna duit bila perlu je...

lepas maghrib tu aku memang tak senang duduk dah sebab aku rasa serba salah sangat...aku terus capai phone sms kat abah..

          Salam..abah, akk mintak maaf tadi tertinggi suara...(masa tuair mata aku dah mengalir dah)

p/s: jika sesiapa yang membaca post ini dan yang masih belum memohon kemaafan pada kedua ibu bapa mohonlah keampunan dari mereka sebelum mereka tutup mata dan sebelum terlambat..jangan penyesalan menyelubungi kita...


Jika anda seorang wanita...

Nota ni aku dapat masa baca notes so aku ambil tuk dijadikan panduan...

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.


1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Sunday, October 31, 2010

setem vs stapler...

kisah ni actually aku tak pernah bagitahu pada sesiapa pun walaupun my bestie...oopss sory dear...

kisah ni berlaku masa aku sekolah rendah...

pada suatu hari, tak silap aku lepas maghrib la, aku dengan semangat yang wajanya dan berkobar nak buat kerja sekolah yang cikgu bagi tengah hari tadi...aku pergi ke arah abah yang sibuk menonton berita...dan aku telah mengganggu ketenteraman semua orang...hahaha

Aku: Abah, akak nak stepler. cikgu nak buat seni esok.
Abah:stepler? cuba tengok kat laci tu.

Aku pun dengar semangatnya pergi la ke laci tuk mencari "stepler".Tapi aku hampa bila ia tiada.

Aku:Abah takde la.Ala akak nak cepat ni.Dah la ada homework lain ni.

Aku dah start merengek dan membuat semua orang masa tu pening.Abah apa lagi, tak tahan dengar aku merengek ,tolong la aku mencari "stepler"

Abah:Ni stepler.ko cari guna mata ke guna mulut???
Aku:Bukan la...cikgu tak nak yang itu...ala abah ni tak faham la...Atuk, ada simpan "stepler" tak.

masa tu atuk aku(sekarang dah arwah)sedang membelek surat khabar...kan kau dah kata aku memnag mengganggu kesejahteraan orang...hihi

Atuk:yang abah ko bagi tu la stepler.ko nak stepler yang macam mana???

masa ni aku dah mula melalak la dah..ye la benda yang aku nak tak dapat.

Aku:ala yang tampal kat surat tu...ni bukan "Stepler".aku menunjuk kepada stepler yang ada di tangan abah(dengan esakan).

atuk apa lagi keluarkan lah segala koleksi setem yang ada.dia letak kat depan aku.aku???apa lagi berhenti la melalaknya.Dalam hati aku pun berkata"owh ni la benda yang aku cari"...hahaha

Atuk:ni bukan stepler tapi SETEM tahu tak...

abah, mak dan atuk masa tu ketawa la tak cukup tanah...mana tak nya aku nak setem tapi seboleh-boleh aku kata  stepler.

aku tak tahu la masa tu macam mana persaan mak, abah dan atuk melayan kerenah aku...bila dah besar sekarang ni, apa lagi jadi bahan usikan mak dan abah la...

Mak & Abah: Akak, ko ingat tak dulu yang ko nak setem tapi seboleh-boleh ko cakap ko nak stepler..."nak stepler, nak stepler",mak mengajuk apa yang aku cakap dulu...

bila ingat balik, Ya Allah tak senonoh betul la perangai aku ni...

akhirnya, terbongkar jugak la kisah dulu kala aku...:-)

Saturday, October 30, 2010

for the first time

ini adalah first time aku berblog...hm..
sebenarnya dah lama dah nak ada blog tapi disebabkan kekangan masa dan busy dgn kerja, aku tangguhkan hasrat itu..
akhirnya, dalam umur 20-an ni aku ada jugak blog...hahaha
umur dah meningkat so banyak la yang nak kongsi dan cerita..:-)
minat dirangsang oleh seseorang rakan aku...siapa dia biarlah menjadi rahsia..
aku akan berusaha untuk update blog walaupun pada hakikat yang tak boleh nak tolak lagi yang aku ni amatlah malas untuk membuka laptop n online...

for the first time...
excited jugak rasa..