Saturday, December 31, 2011

tahun berganti tahun..

rasanya macam sekejap je dah nak menjengah tahun baru..2012...dah meningkat dah usia aku..berapa????rahsia..hihi
.
rasa macam banyak lagi yang belum tertunai tapi itulah kehidupan..masih banyak benda yang harus difikirkan dan cabaran kian mencabar...aku harus kuat tuk menempuhi segala cabaran yang akan datang...

bila masuk tahun baru, semua sibuk nak berazam tapi azam tahun-tahun sudah dah terlaksana ke??? bila orang tanya apa azam aku, aku akan cakap nak jadi yang lebih baik...nampak macam klise tapi itulah yang harus aku lakukan...sebenarnya nak jadi yang terbaik di kalangan terbaik tak susah..kene usaha lebih sikit...chaiyok...^_ ^

dalam mengejar azam tahun baru jangan dilupakan juga azam yang belum tertunai...

p/s:berusaha utuk menunaikan segala azam yang tergendala...:-)

Thursday, December 29, 2011

cyberbully aka buli dalam talian

hari ni aku menoton satu cerita (orang putih la) tapi sangat membuka mataku dan mangajar aku...

cyberbully aka buli dalam talian...ingatkan takde, rupanya itulah fenomena yang berlaku kini...memang kita tak sedar tapi itulah realiti yang berlaku..=)

kisah bermula bila ada seorang gadis yang mengenali seorang lelaki dalam talian..ala macam facebook jugak la..gadis terlalu percayakan laki ni dan ceritakan semuanya pasal dia kat laki ni...dah nama dalam talian, jadi macam2 la boleh cerita...dan laki ni pun bawa cerita yang tak elok didengar oleh si gadis tu...ala macam kita kata orang dalam facebook..tak pun tulis status yang nak sindir sape2..dari suka-suka, jadi semakin melarat bila ada yang balas komen tu yang bersifat menyindir jugak...apa jadi kat gadis tu???

gadis tu mengalami tekanan yang amat sangat ye la mana taknya..bila pergi sekolah je kene ejek dan dipulaukan...dan yang mengejutkan, laki yang selalu dicurahkan perasaan tu sebenarnya kawan baik gadis tu...kawan dia yang reka watak laki dalam talian tu dan dia lah orang yang bertanggungjawab yang mereka-reka cerita...rasa sangat sedih bila kawan yang dianggap tempat untuk mengadu, tikam dari belakang..bayangkan sebab fitnah, hilang kawan, hilang kepercayaan orang...apa tindakan gadis tu???

gadis tu bawa kes dia ni ketengah..bawa ke media...sebab kaunselor dia pernah cakap"siapa lagi yang nak bawa ketengah kalau bukan kita"...tapi tu adalah last resort..apa yang perlu dilakukan adalah block je orang yang mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati takpun delete je post tu...dan gadis tu bawa kes dia ke media selepas banyak usaha dilakukan termasuk bawa  ke pihak kerajaan tapi gagal...selepas kes dia dibawa ke media, pihak kerajaan mula meminda akta mengenai buli di talian...kekuatan tuk kembali ke sekolah dan mula berdepan dengan masalah...

tapi bahagian yang paling best adalah bila gadis tu pertahankan hak dia bila rakan yang lain mula mencaci...katanya " sebaiknya kamu yang kene malu sebab menulis sebegitu dan kamu sepatutnya yang ada masalah..bukan saya"...

moral cerita ni: berani berdepan dengan segala masalah yang ada dan sokongan terutam ibubapa sangat penting...jangan bertindak bodoh dan mintalah pertolongan dari yang Maha Esa...

tapi cerita ni memang sangat bagus kerana ia membuka mata dunia bahawa buli dalam talian adalah sesuatu yang serius...

Sunday, December 18, 2011

apa yang hebat sangat???

apa yang hebat sangat kalau ilmu di dada hanya secubit tapi mengutuk orang tak tentu pasal...


apa yang hebat sangat kalau harta yang banyak digunakan ke arah maksiat...


apa yang hebat sangat kalau suara sedap tapi tak mengalunkan kalam-kalam Allh tapi sibuk menghiburkan manusia...


apa yang hebat sangat kalau rupa yang cantik tapi sebab bersolek...sebabnya nak tunjuk pada semua orang yang si pulan tu cantik...


apa yang hebat sangat kalau bijak tapi riak dengan ilmu yang tak seberapa...


apa yang hebat sangat dengan pangkat, darjat kalau diri tu sebenarnya sama je tarafnya...takde yang sempurna pun....


apa yang hebat sangat kalau terkenal tapi sombong...


apa yang hebat sangat kalau muka cantik, tapi mulut tak reti nak berlapik bila bercakap...main redah je tanpa fikiran perasaan orang lain...


apa yang hebat sangat kalau ada segulung ijazah tapi tak gunakan ke jalan yang betul..


apa yang hebat sangat belajar sampai luar negara, kalau terikut-ikut dengan budaya barat...


apa yang hebat sangat kalau seseorang itu berharta kalau  guna ke jalan maksiat...


apa yang hebat sangat ada gaji yang besar kalau kedekut nak bersedekah...


apa yang hebat sangat mengata orang kalau diri sendiri tak betul... 


apa yang hebat sangat jadi sempurna padahal manusia tak pernah hidup dalam kesempurnaan..mesti akan ada kekurangan dalam hidup...


apa yang hebat sangat kalau orang kenal tapi tak tahu nak hormat orang tua...


apa yang hebat sangat bila orang yang tak mahu terima kritikan kalau hati tu memang tak nak langsung terimanya...


apa yang hebat sangat pakai pakaian berjenama kalau nak riak...


*buat apa nak berasa hebat depan orang...biarlah diri hebat di mata Allah...yang  menilai nanti bukan manusia...

bila pena bertemu

bila pena dah bertemu dengan pasangannya, mulalah tangan membuka langkah untuk memulakan bicara...bila dah lama tak memulakan bicara, otak pun mula berkarat dan tak tahu nak tulis apa...

bila dah berkarat, mulalah nak merapu tak tentu pasal...tapi bila dah mula, bagai mencurah-curah idea..bagai ladang gandum dilanda banjir coklat..hihi

menulis menjadikan diri lebih mula berfikir dan sentiasa berfikir...menulis juga mampu menenangkan jiwa...tulis je apa yang kita nak tapi jangan ter"over" pulak...berbicara biar berhemah..

bila pena bertemu pasangannya, tak sabar rasanya nak mulakan cerita...nak membina momentum bukan senang..kene ada keinginan yang kuat baru boleh hasilkan bicara yang baik...

Friday, December 9, 2011

salah siapa

manusia ada pelbagai watak dan ragam..

baik, bengis, rendah diri...

tapi ada satu watak manusia yang paling dibenci

HIPOKRIT...

depan kita bukan main lagi baik, tapi bila belakang kita, bukan main lagi...pijak semut pun nak mati...

satu lagi BUSUK HATI...




bila lihat kejayaan seseorang, mulalah pelbagai suara yang dengar.."ala tu nasib dia je".."boleh la die pandai , bijak"...lepas tu mula la sampaikan benda tak elok tentang individu terbabit...
bukan ke kejayaan seseorang itu terletak pada usah...kalau usaha lebih dapat lebih..tapi kalau tak berjaya juga, mungkin bukan rezki lagi...kadang-kadang sedar atau tidak, muka je nampak cantik tapi sikap tak serupa dengan rupa yang cantik...



jadi nak salah kan siapa???...nak kata tak diberi didikan, rasa dah cukup dah didikan yang mak ayah bagi...tapi kenapa harus berlaku....fikirkan...



Saturday, December 3, 2011

apa tu sex???

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'..

Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.


Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..



Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni...seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..



NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:.......... 

p/s:mula la kene belajar dari sekarang...^-^

pesan mak...

tut..telefon bimbit ku berbunyi seperti mesej masuk..


memang mesej masuk pun...dari abah...masa tu baru bangun dari tidur sebab tidur sebelum solat...antara kandungan nya:


salam...tengah buat apa??
aku pun balas....baru bangun tidur...
ya allah...dah solat belum???
aku balas lagi..belum..akak nak pergi solat la ni...nanti akak mesej..

lepas solat..mesej masuk lagi...cuba teka dari siapa..abah!!...tapi bukan abah la mesej..mak yang mesej sebenarnya..hihi^^

kalau Allah nak tarik nyawa tak sempat nak solat macam mana???tahun hijrah dah meningkat...

agak tersentap la kat situ...

p/s:walau seletih mana pun kita, solat mesti diutamakan...




Sunday, November 27, 2011

berubah

" sya, selalu cerita tentang kamu pada mama..."

"cerita apa?" hati dah tak keruan dah ni...apa la yang dia ceritakan pada mama dia...aduhai...

"ye la cerita pasal kamu yang selalu kejutkan sya bangun solat suboh.mama cakap, bagus la macam tu. susah nak jumpa kawan macam tu."

"owh...takde masalah la..memang patut kena kejut pun...(dalam hati mula nak bertanya)...kenapa??
kalau kat rumah mama tak kejutkan sya bangun Suboh ke?"

" kejut tapi tu lah...Mama kejutkan pukul 6 pagi lagi, tapi Sya bangun pukul 7 pagi...Sya memang susah la nak bangun pagi..macam ni..."

"memang pun..patut lah, bila.Iqa kejutkan pukul 6 pagi untuk solat, selalu Sya bangun  pukul 7...suboh gajah dah tu..hihi."

Sya mula menampakkan gigi yang tersusun rapi...

"Apa kata sebelum tidur tu doa supaya dipermudahkan untuk bangun suboh...tepuk la batal tu 3x sambil selawat..mesti terjaga punye...lagi satu bila rasa nak bangun buang air malam tu, apa kata Sya buat solat malam..."nasihat Iqa.

"Dah pernah buat dah tapi tak jadi pun...(Sya nampak bingung)...solat malam tu apa?"

"owh..solat malam tu macam kita buat solat tahajjud, solat taubat, hajat dan witir...kiranya solat masa 1/3 malam la...rugi tau kalau kita dah bangun tapi tak buat solat...banyak kelebihannya tau..misalnya macam ni...cuba bayangkan hanya kita je yang bangun tuk studi masa tu, macam mana kita rasa...macam ilmu tu cepat masuk je kan...samalah macam solat malam ni...hanya kita dengan Tuhan je...mintalah apa pun, ngadulah apa pun..nangis la nak nagis pun...takde orang kisah sebab orang tidur masa tu.."

"owh..tapi Sya tak reti..."

"mudah je...macam kita solat sunat 2 rakaat...cuma niat je la berbeza...Iqa mula pakai tudung sejak kecik lagi ke???"
rasa sedikit hairan dengan soalan yang diajukan.


."yup..sejak tadika lagi...ingat lagi, kalau nak keluar jalan-jalan ikut abah, mesti kene pakai tudung..kalau tak abah tinggal. kenapa tanya?"

"Saje nak tahu..Sya memang ada niat nak pakai tudung...tapi..."

"Tapi takut orang tak dapat terima..nak berubah ni memang susah...Iqa pernah alaminya..ada je orang cakap..tapi yang penting Sya dah ready ke? Bila dah pakai tudung, kene tutup semua nye..kan aurat perempuan seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan. jangan on off...nak pakai biar consistent...siapa kata perempuan bertudung tak boleh cantik...boleh je tapi kene la ikut syarak la...kalau lepas ni Sya terbuka hati nak pakai tudung, Iqa lah orang yang paling seronok sekali...doalah pada Tuhan agar dibukakan hati tuk berubah."



"tq Iqa..."

"welcome dear".




nota: Iqa dan Sya adalah dua watak yang direka...tapi ni memang berdasarkan cerita sebenar...siapa dia biarlah menjadi rahsia...hanya berdoa agar ia menjadi realiti..:-)






50 sen vs RM50

Pada suatu hari , duit syiling 50sen bertemu dengan kawan lamanya duit kertas RM50. Dek kerana terlalu sibuk musafir sana sini, bertukar-tukar tangan, mereka jarang bersua.

Apa tidaknya, wang kertas RM50 itu berjalan sakan,sampailah ke luar negara pun sudah dijelajahnya..Duit syiling 50 sen, khidmatnya terbatas dalam negara sahaja. Wang kertas RM50 yang baru pulang dari Paris ditegur oleh wang syiling 50sen yang dikenalinya itu di satu pesta membeli belah di ibu kota baru-baru ini.

"Assalamualaikum...Apa khabar, lama tak nampak???"

"Wa`alaikumsalam. Alhamdulillah sihat..tetapi penatlah sikit," jawab ringkas wang kertas RM50.

" Kenapa pula penat??"

"Aku ni, serata dunia pergi.Singapura, Indonesia,Eropah dan macam-macam lagi lah.Masuk hotel,pawagam, pasar raya dan banyak lagilah. Hah ko macam mana sekarang ni?lama tak nampak??"tanya  wang kertas RM50.

"Huh..aku macam tu la...masuk masjid, tandas awam, kedai runcit..keluar tandas awam balik, masuk masjid balik. Tak sempat aku nak jelajah dunia macam ko."

" Ooo begitu".

Mereka diam seketika. Sambil itu, mereka memandang gelagat pembeli yang sedang berebut untuk membeli belah.

"Engkau bila lagi nak masuk masjid???tiba - tiba wang syiling 50sen bertanya memecahkan kesunyian.

Wang kertas RM50 menoleh memandang wang syiling 50sen, kelu seketika.

"Kenapa tanya aku, tanyalah orang yang membeli-belah tu".

serentak mereka tersenyum...

p/s:bila mendera di masjid, jangan hanya bagi duit syiling saja. jangan samakan nilai sedekah yang ingin diberi dengan nilai perkhidmatan tandas awam yang selalu kita guna. Apa salahnya jika sekali-sekala hulur pula duit kertas...




aku telah jatuh cinta

entri macam menarik...


aku memang telah jatuh cinta...

tak dapat aku bendung rasa cinta itu...

jangan tersalah tafsir...aku jatuh cinta pada majalah Solusi...

cintaku bermula sewaktu cuti pertengahan semester isu 36...rasa macam ada tarikan magnet yang membuat ku nak membaca...pada mulanya baca hanya sekali lalu untuk lihat isi kandungan yang ada, tapi tiba-tiba sampai ke helaian yang menarik aku untuk terus mebaca....

tajuk dia Sabar Itu Indah...aku terus membaca...ye memang sabar itu sangat indah dan tajuk itu sangat membantu ku sehingga ke hari ini... tapi pada mulanya aku tertanya boleh ke aku bersabar dari mengadu masalah kepada seseorang??? bersabar dari memberitahu bahawa kita sakit???sabar bila menghadapi masalah dengan tak menunjuk masalah kita pada orang??Boleh kah????

kerana bila aku ada masalah, aku selalu ingin ,mencari seseorang yang akan mendengar keluh kesah aku...tak kira lah sape pun..tapi yang selalu pendengar setia aku adalah Wan (teman sebilik aku), Ayu (sahabat baik ku) dan Mak...

setelah beberapa kali mencuba, akhirnya aku berjaya juga...caranya??? mengadu pada yang Esa...memang Dialah pendengar yang baik kerna setiap apa yang diadukan pasti didengariNya...rasa sangat tenang dan persaan itu memang sangat indah...Subhallah...

Firman Allah surah Yusuf ayat 86, maksudnya: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihan, malah aku mengetahui daripada Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya."

Majalah ini bukan sahaja majalah ilmiah tapi ia lengkap dengan motivasi, nasihat, panduan can pendek kata apa yang manusia mahu, semua ada dalam satu majalah...

setiap bulan pasti ada isu yang menarik tuk aku terokai...misalnya isu 37 mengenai Jangan Biarkan Dosa Bersarang di Facebook...tapi topik yang paling aku suka ialah Kita Merancang, Allah juga Merancang...


Solusi memang banyak mengajar, mendidik dan memotivasikan diri...:-)













Wednesday, November 16, 2011

Tidak sempat

Ya Allah masa berlalu sangat pantas...Tidak sedar rupanya pergantian siang dan malam begitu pantas berlaku...pejam celik pejam celik dah masuk bulan baru dan nak hampir kepada peperiksaan akhir...tahun silih berganti sepantas jam tang berdetik dan usia semakin meningkat..


hidup di dunia memang terasa pendek kerana merasakan masih banyak perkara yang belum sempat tuk dilakukan..ramai yang akan bercakap"Alamak ,aku tidak sempat nak buat ibadah"...Belum cukup amalan aku...


lebih baik:


~tidak sempat nak buat maksiat sebab sibuk dengan ibadah dan taat
~tidak sempat mazmumah singgah dalam hati sebab mahmudah yang menguasai segenap ruang hati
~tidak sempat terpesona dengan harta haram sebab sibuk mengumpulkan harta halal
~tidak sempat membazir sebab sibuk bersedekah
~tidak sempat terlajak suboh sebab sibuk mengejar keberkatan bangun awal dan beribadah saat fajar menyingsing
~tidak sempat mensia-siakan masa sebab sedang sibuk dengan agenda sebagai hamba dan khalifah
~tidak sempat buat jahat kepada manusia dan makhluk sebab sibuk menyebarkan kasih sayang



berlambak rupanya kebaikan yang kita boleh pungut jika selalu tidak sempat membuat kemungkaran dan keburukan...

Friday, November 11, 2011

11.11.11

rasa nak bercerita, tapi cerita itu seperti disekat...tak tahu kenapa...

masa nak bercerita, ada je halangan nye..ni bila dah boleh bercerita, rasa tak tahu nak cerita apa...

bila hati dah berdetik nak berkata-kata, mesti tak kesampaian...

mood sekarang ni, bercampur baur...

sedih sebab nak balik...
gembira sebab  dapat duduk kat rumah...
syukur sebab Tuhan bagi kesempatan untuk melihat dunia lagi...
resah sebab balik ni ada presentation, test dan assignmnt...

Ya Allah...jauhkan hambaMu ini dari segala keresahan..

Saturday, October 29, 2011

kata-kata hikmah

Kadang-kadang cinta itu memang menyakitkan...tetapi kerana cinta juga kamu selalu temkan dirimu tanpa alasan..

Ketika dia yang kamu cinta meninggalkanmu, jangan menggunakan matamu menangisi dirinya...lebih baik gunakan tuk mencari dia yang lebih baik..

Hidup akan selalu indah meskipun seberapa beratnya masalah jika kamu tetap berbuat baik...

tidak ada alasan tuk tidak mensyukuru nikmat Tuhan...dengan bersyukur hidup akan menjadi lebih indah..


Tak da yang mungkin selagi kamu yakin...jangan pernah ragu dengan kemampuan yang ada..berusaha dan berdoa

Jangan remehkan diri sendiri..tak seorang pun biasa-biasa saja..yang ada hanyalah mereka yang tidak menyedari betapa luar biasanya dia...

Apa yang engkau ingikan tak selalu engkau dapat...tapi Tuhan selalu beri apa yag kau perlukan..kadang-kala lebih dari apa yang kau bayangkan...

kredit to:gen22.blogspot.com...

p/s: indah kata-kata dan memberi seribu satu erti....

Orang boleh bercakap

bila orang mula bercakap yang buruk pasal kita / mengata...

kita mesti mula muak...
kita mesti mula gelisah...
kita mesti rasa nak marah...
kita mesti rasa nak cili-cili mulut orang mengata pasal kita...
kita mesti rasa nak berdepan dengan orang itu...
kita mesti nak cerita kat semua orang yang kita marah pada orang tu...



comelkan budak ni...



TAPI satu yang kita selalu lupa...

IAITU pohon lah kepada Yang Esa agar dibuka pintu taubat bagi orang yang suka mengata itu supaya dia berubah dan bermaafan sesama kita...jangan ada sengketa...

perginya seorang yang bernama sahabat

salam semua...

Semalam aku dikejutkan dengan satu berita yang amat mengejutkan...pemergian ke rahmatullah seorang sahabat ketika sekolah rendah dahulu...walaupun tak rapat, tapi aku pernah belajar dalam satu kelas yang sama walaupun zaman persekolahan telah lama ditinggalkan...

Pernah suka sama-sama,belajar sama-sama...tapi itu hanya tinggal kenangan...kita yang masih hidup harus kuat dalam menempuhi hari yang mendatang...

Al-Fatihah...


Friday, October 21, 2011

rindu....

rindu...


Ungkapan yang sering kali orang ucapkan...tak kiralah pada mak ayah, kawan-kawan, kekasih hati atau sesiapa saje...


rindu...


Aku merindukan kenangan masa kecil dulu...aku rindukan zaman persekolahan dulu dan yang paling aku rindukan tempat yang mengajar aku erti kehidupan aka UiTM , Dungun...


Universiti pertama aku dan pertama kali berjauhan dengan keluarga...bukan aku tak biasa, tapi bila melangkah kaki ke pintu gerbangnya, satu perasaan yang pelik terus muncul...aku pun tak tahu apa dia...tempat yang banyak mengajar aku segalanya...tempat aku mengenali ramai orang dan aku dapat belajar sesuatu yang sangat asing bagi ku...


Aku sangat rindukan kenanagan-kenangan itu...akan ku jadikan kenangan itu sebagai cerita untuk anak-anak ku....insyallah...:-)

"kalau" yang selalu membelengu diri

persoalan kalau selalu membelengu diri semua orang...kalau jadi macam ni nak buat macam mana?? kalau lah aku pandai????kalau lah aku macam ko???


kenapa mesti ada perkataan itu...KALAU...perkataan yang mungkin boleh berlaku dan mungkin tak boleh berlaku...kalau yang selalu dibiar sepi tanpa jawapan....perkataan yang selalu orang guna...

dugaan yang telah berjaya

Assalamualaikum...


Minggu lepas merupakan satu minggu yang sangat mencabar untukku dengan assignments yang seperti gunung yang sedang menanti untuk ditarah...memang minggu tu hari menyiapkan semua assignments yang diberi pensyarah...sebenarnya due datenya lambat lagi, tapi suka aku nak serabutkan kepala aku untuk siapkan jugak..


Pada aku cabaran nak siapkan semua assignments semuanya datang dari diri sendiri...dengan takde mood la, malas la, dan yang paling utama godaan-godaan yang sepatutnya dielakkan tapi tak dapat nak mengelak jugak..bila berbicara pasal assignments memang tak lari la dari kehidupan bergelar pelajar aka mahasiswa...mesti akan rindu zaman-zaman macam ni bila dah habis belajar nanti...


Suka aku nak berkongsi,bila rakan dalam kesusahan, rakan yang lain membantu tuk meringankan...tu kan satu konsep yang sangat baik bila dalam keadaan serabut...masih segar dalam kotak fikiran ku, bila nak siapkan workshop csp...memang sangat menguji kesabaranku..dengan diri sendiri punye tak siapkan lagi dan pada masa yang sama orang lain meminta pertolongan...ada jugak terdetik perasaan penat dan marah, tapi Tuhan pantas menghilangkan perasaan itu dengan hati selalu berbisik " hari ni hari dia,esok lusa mana tahu hari ko pulak"...maaf jika ada yang terasa...


Tanpa kesabaran dan petunjuk dari Mu, Tuhan, aku rasa segalanya takkan berjaya...Terima kasih atas segala jalan yang Engkau berikan kepadaku....

Saturday, October 8, 2011

Harapan

Assalamualaikum...dah lama tak update kan...

harapan tu sentiasa ada...tapi jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi tuk sesuatu...
berharap tu suatu keperluan tapi jangan terlalu berharap...jangan terlalu yakin dengan sesuatu yang belum pasti..terus berusaha untuk mendapatkan apa yang dihajatkan...

TAPI.....

bila sesuatu melibatkan hati dan perasaan,memang sukar tuk ditafsirkan...kita tak tahu kalau orang yang kita suka / cinta tu benar-benar cinta/ suka kat kita...atau kita hanya bertepuk sebelah tangan..kalau tepuk sebelah tangan memang la tak bunyi kan....(cuba tepuk sebelah tangan,ada bunyi tak???)

lain la kalau dua belah tangan bertepuk...(tapi kalau bukan muhrim,haram bertepuk tau..)...mesti bunyi kan..
jangan berhenti berharap jika ia pasti tuk kita...tapi jika bukan itu takdirnya,lepaskan harapan itu...seorang sahabat bertanya"harus tak aku meletakkan harapan?" dan sahabat itu menjawab " tak"...

lagu Fazli Zainal-Harapan

Doaku agar kaukan selalu bahagia,
Agar kau temui insan tulus menyayangimu,
Lepaskanlah diriku kerna keredhaanmu,
Bukan kerna dendam jua bukan kerna kau terpaksa,
Ku tinggalkan memori bersamamu,
Kuundur diri bersama harapan.
Chorus :
Tidak kesampaian cinta kita,
Kubawa harapan kupendam rahsia,
Ku dikejauhan mendoakan,
Agar kau bahgia tiada lagi duka.
Daku rela mengundur diri,
Ku pasti dikaukan fahami …
Tiada penyesalan kasihku korbankan
Andai telah tertulis kuterima ini bukannya kupinta,
Oh pergilah dikau diiringi keikhlasanku,
Cuma pengalaman mengisi kekosongan mimpiku…

Friday, September 23, 2011

kembali...

Assalamualaikum..

rasa macam lama je tak update...almakmumlah kalau dah duduk kat rumah memang tak dapat nak update blog la...connection kat rumah lambat sikit...tapi tak pe...

Alhamdulillah, Tuhan beri sekali lagi peluang tuk bernafas dan berbakti di bumi milikNya ini tuk seketika..masih banyak lagi yang ingin dikongsi tuk tatapan semua..

kembali....

setelah hampir 3 bulan bercuti, akhirnya kembali lah aku ke dunia pembelajaran dan dunia universiti...tiada apa yang berubah... cuma yang kene diubah adalah cara supaya menjadi lebih baik dan berharap tuk jadi yang terbaik di kalangan yang terbaik...

Wednesday, June 22, 2011

Belum ada rezki..

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah..intersesi dah habis...exam pun dilalui dengan tenang dan dilimpahi ilham...syukur atas kurniaaNya..
tapi dalam tempoh tu, keputusan untuk sem lepas dah keluar...memang pada mulanya taknak check dulu, tapi hati ni macam memberontak nak tahu sebab ramai kawan-kawan yang dah check dan majoriti yang check dapat dekan...dan aku adalah salah seorang calon yang diwar-warkan...hati memang dah berbunga dah..ye la sape yang tak suka kalau dapat dekan...

Tapi bila check, apa yang diwar-warkan tak indah dari khabar..tapi aku still bersyukur sebab lulus dan  semua clear...bila pikir balik ada kawan-kawan yang gagal, rasa diri ini sangat bertuah...mungkin belum ada rezki untuk aku dapat dekan dan aku yakin pasti Dia ada sesuatu yang lebih baik dari ini...

Walaupun ada sekelumit kekecewaan tapi tetap rasa bersyukur atas segala kurniaaNya sebab sepanjang aku menduduki exam, ilham untuk menjawab apa yang disoal sentiasa ada...mungkin usaha aku tak setimpal dengan usaha yang orang dapat dekan...

Semester depan " kata TIDAK kepada B- dan C"...bersabar dan terus bersabar...:-)
                                                          

Friday, June 10, 2011

Palestin...

Assalamualaikum...

Palestin???bagaimanalah keadaan di sana???adakah saudara seislam ku selamat dari keganasan dan kerakusan pihak yahudi...hanya doa menjadi bekalan..

Bila mendengar lagu Maher Zain " Palestin Will be Free"...air mata mengalir tanpa disedari...tiba-tiba terasa berada di Palestin dan melihat keganasan Yahudi untuk menakluk Bumi Palestin dan melumpuhkan umat Islam..tapi sejauh mana pun kekejaman itu, sabar menjadi perisai...mereka tahu pasti akan ada pembalasan buat Yahudi..biarlah meraka berasa menang sekarang, tapi tidak untuk masa-masa akan datang...setiap kali menjamah makanan sering teringat akan nasib kanak-kanak di palestin...bila perut tidak mahu lagi menerima makanan dan niat hati ingin membuang makanan itu,teringat akan kesusahan rakyat Palestin untuk mencari sesuap nasi...sabarlah wahai saudara-saudaraku...pasti akan ada kemenangan suatu hari nanti...

Bila hati teringin untuk menikmati KFC, Mc D, Pizza Hut, ketika itulah teringat akan kekejaman Yahudi...setiap yang kita belanjakan di restoran2 tersebut secara tak langsung akan menyumbang pada pendapatan orang Yahudi...walaupun pada mulanya memang sangat susah untuk menerimanya tapi berkat kekuatan hati dan bantuan dariNya akhirnya berjaya juga diatasi...rakan-rakan selalu mengajak untuk ke KFC, MC D, Pizza Hut tapi terpaksa ditolak kerana telah berazam dalam diri..masih banyak makanan lain yang boleh dimakan...memang tak dinafikan banyak produk yang boleh menjana pendapatan kaum yahudi, tapi usaha untuk mengurangkan pendapatan Yahudi itu mesti ada...ada ketika hati memang teringin untuk menikmati fast food tapi apakan daya,tidak sanggup lagi melihat Yahudi terus menindas rakyat Palestin...

satu hari nanti palestin akan bebas...


kecantikan bukan pada wajah..

"Bila saya boleh melihat anak saya" pinta seorang ibu yang baru sahaja melahirkan putera pertama.

" Puan rehat dulu ye. Nanti saya suruh jururawat saya hantarkan anak puan ke bilik puan"kata doktor. 

Setelah beberapa hari si ibu masih belum bertemu dengan si anak. Hati seibu penuh dengan tanda tanya. Tiba-tiba di suatu pagi, seorang jururawat membawa seorang bayi lelaki yang sangat comel.

" Ini bayi puan.Lelaki. Persis muka puan," sambil jururawat menunjukkan si anak ke si ibu. Si ibu tidak sabar untuk melihat puteranya. Dicium,didakap dengan penuh kasih sayang.

Tapi kegembiraan itu hanya sementara, apabila si ibu melihat puteranya mengalami kecacatan pada telinganya. Hati si ibu luluh apabila melihat keadaan si anak. Si ibu tidak mengeluh tapi bersyukur di atas pemberianNya."Ya Allah tidak kiralah bagaimana rupa anakku ini tapi aku redha atas pemberianMu.Tidak ternilai ya Allah.."rintih si ibu di dalam hati. Si ibu memang menginginkan anak kerana telah lama mendirikan rumahtangga tapi masih belum mempunyai anak.Dan bila tiba detiknya si ibu diuji lagi...

Masa berlalu terlalu pantas. Si anak membesar dan terus membesar. Lama kelamaan si anak terus membesar dan selalu diejek rakan-rakan. Si anak berasa malu dan tidak mahu ke sekolah.

"Ibu, Afif tak mahu pegi ke sekolah lagi, Kawan-kawan selalu ejek Afif budak cacat,"rintih si anak.
Hati si ibu sayu bila mendengar rintihan si anak lalu berkata," Afif bukan cacat tapi tersangat istimewa. Afif kene pegi sekolah. Nanti boleh jadi doktor."
Si anak gembira bila si ibu memberi kata-kata perangsang padanya.

Bila si anak meningkat dewasa, si anak berjaya ke universiti dan kini bergelar seorang doktor telinga. Si anak masih teringat akan kata-kata ibunya.

" Secantik mana pun seorang itu, jika akhlaknya tidak secantik wajahnya,tiada gunanya. Cantik bukan terletak pada wajah tapi pada budi pekerti dan tingkah lakunya. Jangan rasa rendah diri atas kekurangan yang ada. Semua manusia sama di sisi Tuhan. Cantik itu subjektif."




KL Gangster

Assalamualaikum semua....hari ni tengok filem KL Gangster...sebenarnya takde dalam perancangan pun nak tengok movie...ni semua sebab pelawaan seorang rakan...

Memang terbaik la cerita ni...kisah mengenai kehidupan gangster yang berlumba-lumba nak dapatkan kawasan kat KL...aku lihat cerita ni ada unsur murninya jugak...sebabnya walaupun seorang gangster tapi perasaan kasih dan sayang terhadap keluarga tetap ada...tanggungjwab seorang abang terhadap adiknya dan palling aku suka dalah perasaan belas kasihan terhadap mereka yang memerlukan..(sebab ada satu scene yg mana Adi Putra ( Jai) bagi duit pada budak yang tidur kat tepi jalan)..dan bagaimana seorang gangster yang terkenal suatu masa dulu, berusaha untuk berubah dan akhirnya kembali ke kehidupan gangster sebentar kerana ingin membalas dendam atas kematian seorang rakan yang banyak membantu dan juga apabila nyawa ibunya terancam...

Setiap scene memang banyak aksi sampai tangan aku sakit sebab kena cengkam dengan Mira...nampak macam dia cengkam perlahan tapi bila dilepaskan cengkaman tu, terasa sakit pulak...Filem ni bukan sekadar sebuah filem aksi tapi diselitkan juga lawak dan juga membuka mata semua orang yang itulah situasi sebenar jika terlibat dengan gangster...jadi jangan sesekali jadi gangster...

thumbs up to director , actors and all team....:-)

Thursday, June 9, 2011

Belum masanya

Hai semua...entry kali ni pasal relationship...

Sekarang ni pergi mana-mana je mesti jumpa couple ni la couple tu la...semua dah berpasangan...dan bila balik rumah, mesti ada yang bertanya " dah ada boyfren ke"??...dan jawapannya still kata " TIDAK"...belum masanya...walaupun ramai yang beranggapan masa paling ideal untuk cari pasangan adalah ketika belajar...mungkin ada betul nya jugak sebab bila dah ada kerjaya sendiri mesti akan sibuk dengan kerja dan mungkin takde masa untuk mencari pasangan...

Tapi, kalau fikir balik jodoh,pertemuan, ajal dan maut semua di tangan Tuhan..orang kata couple ni akan mengajar seorang itu lagi jadi matang...hm betul ke???Bila berpasangan kita dapat belajar jadi lebih berfikiran terbuka...tapi kalau tak couple pun boleh je jadi matang dan berfikiran terbuka...

Kadang-kadang orang-orang yang ber"couple" ni nak jadi single dan yang "single" nak ada "couple"...senang cerita tak payah ada couple..kalau boleh handle, ok je tapi baik la tak payah la waktu belajar sekarang ni...fokus belajar dulu dan mak selalu kata " belajar dulu, pastu baru fikir nak couple ni"...


Sejujurnya...belum masanya untuk ke arah itu...tak bersedia lagi untuk berpasangan dan biarlah masa yang menentukan...bercinta lepas nikah lagi manis...:-)<3

ayat-ayat cinta

Tuesday, June 7, 2011

Sebulan tak berkata-kata

Assalamualaikum...

Rupanya baru aku sedar yang dah lama tak berkata-kata hati ini...last bila hati ini mula berkata-kata pada 17hb Mei dan kini 7hb Jun...hampir sebulan..sebenarnya banyak yang nak luahkan dan dikongsi tapi....

Novel baru telah dibeli-Bumi Cinta..tapi tak habis baca lagi...ulasan????

Hm..apa yang boleh diucapkan, cerita ni memang sangat best dan banyak pengajaran..memang tak rugi baca...

Nak tahu macam mana jalan cerita Bumi Cinta,tunggu aku habis baca dulu...hihi...tapi memang amazing la jalan ceritanya...

saya mintak maaf...tak sengaja

Rasanya macam dah lama tak update..memang pun..hihi...sangat busy dengan assgnmnt dan event...tapi alhamdulillah semua dapat diuruskan..

ni nak cerita satu hari dalam kelas acc...

Sir: Apa yg awak tulis tu??
Aku: Nak tulis figure la...(nada marah dan tanpa sedar)
Sir:Jangan la marah..saya cuma tanya je...
Aku: I`m sorry sir..tak sengaja...

Lepas tu nak tanya pasal acc, sir dah terketar-ketar...takut kena marah...tapi saya tak sengaja...

SAYA MINTAK MAAF..SAYA TAK MAKSUD PUN...

Tuesday, May 17, 2011

Hantaran Kasih Tuhan

Assalamualaikum...

Novel ni baru dibeli minggu lepas dan telah habis menelaahnya...hihi..Sebuah cerita yang sarat dengan sifat islamiknya.Membawa pesanan moral, kecintaan, inspirasi makna hidup beragama dan hikmah bermanfaat dijadikan acuan landasan hidup.Karya Noorfadzillah Omar.

Pada mulanya nampak macam boring tapi selepas membaca dari satu mukasurat ke mukasurat lain, hati ini seperti ingin tahu apa yang berlaku pada watak utama Nur Wardah dan Engku Ashraf..Perkahwinan atas dasar pilihan keluarga pada mulanya retak menanti belah, tapi kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Teman sepermainan masa kecil dahulu, kini bertukar menjadi pasangan suami isteri...

Nur Wardah....perempuan yang kehilangan ibu semenjak kecil lagi dan dibesarkan dengan kasih seorang ayah. Dididik dengan didikan agama yang sangat cukup, sangat cantik dan muslimah yang sangat diidamkan oleh semua lelaki. Tapi sayang, Nur Wardah, cacat kerana virus polio yang menghadkan untuk bergerak seperti wanita lain. Itu bukan menjadi penghalang tuk wanita yang cekal ni...

Engku Ashraf...seorang lelaki tampan yang memiliki segala-galanya. Kerana desakan kekasih hati, sanggup melabur sehingga RM 1 juta kerana ingin cepat kaya. Tapi pelaburannya tak berjaya dan terpaksa membayar hutang along dan bank. Engku binggung lalu meminta bantuan si bapa. Tapi si bapa meletakkan syarat agar menikahi wanita pilihan keluarganya. Dia binggung dan menerima tawaran itu.Perkahwinan dengan pilhan keluarga amat memeritkan apabila mengetahui si isteri cacat. Segala herdikan dan makian diterima si isteri dengan penuh kesbaran. Tapi kuasa Tuhan mengatasi segalanya...

Hidupnya cinta bukan kerana bahgianya kita...hidupnya cinta bukan kerana rupa...hidupnya cinta bukan kerana kesempurnaan diri....hidupnya cinta bukan kerana hidupnya kita.

Akan ada butiran air jernih mengalir bila membacanya...Selamat membaca:-)

Thursday, May 12, 2011

Manusia sering berbuat silap

Hidup sebagai manusia memang takkan lari dari melakukan kesilapan..Setiap kali kita tersedar akan kesilapan itu, setiap kali itulah kita akan rasa menyesal dengan kesilapan yang dilakukan..Bila kita berfikir untuk berubah, pasti akan ada "pihak ketiga" yang mengganggu.Lumrah bernama manusia..

Kesilapan jangan dibalas dengan kesilapan.Jika itu terjadi buruk padahnya.Pasti akan ada pihak yang terluka..memaafkan adalah cara yang terbaik..

Fikir dulu sebelum bertindak..jangan ada perasaan ingin membalas dendam jika bukan kesalahan kita tapi kita yang terpaksa menanggungnya.Jadikan kesilapan itu sebagai motivasi diri...

Tuesday, May 10, 2011

bihun sup bukan "bahan sup"

Entry ni nampak macam sedap...perut memang tengah lapar dah ni....

Macam-macam lagu dah dalam perut ni...rock.dondang sayang,balada semua ada...

Meh sini nak cerita...

Satu hari aku ajak la kawan aku turun lunch,tapi disebabkan kemalasan yang melampau kawan aku yang sorang ni pesan je makanan...

Mia: saya nak bhn sup...tq...
Aku: ok....

Aku ni dengan bangganya la cakap " dia nak makan bahan sup".Bila kat kedai makan aku pun dengan yakin dan berjayanya ambil la sup sayur satu plastik dan nasi bungkus....Bila sampai bilik kawan aku ni dah menunggu sebab lapar yang terlampau..hihi..Dengan gembiranya si kawan ni membuka bungkusan sup sayur tu..."ni saya punya ke???", tanya Mia..Aku pun dengan bangga dan confidencenya menjawab " kita share"...Si Mia tu dah pening..%$%#$^&^&

Kebetulan pulak sup sayur tu ada suun sama la pulak bentuk dan rupanya macam bihun...Aku  berfikir sejenak..."Betul ke si Mia ni "bahan sup"..Bila aku buka message balik dan difahami kandungannya, baru la aku fahan yang sebenarnya si Mia tu nak BIHUN SUP....Aku punya gelak tak cukup tanah...nasib baik aku belikan nasi bungkus, boleh la jugak makan sup dengan nasi...

p/s:lain kali faham isi kandungan message...

gmbar hiasan-sumber google image

Saturday, April 23, 2011

eXam kembali

Assalamualaikum....


rasanya dah lama tak update...busy sangat...sekarang ni dalam mood final exam...ni pun amik sikit masa study tuk update blog...sebenarnya banyak yang nak cerita tapi tangguh-tangguh nak update dah terlupa pulak nak cerita pasal apa...hihi


sekarang ni kat rumah selepas berperang dengan emosi sebab tekanan satu semester belajar dan tekanan akan berterusan sebab final exam pulak.. tapi bila balik ke rumah tercinta tekanan itu hilang tuk seketika..rasa lega bila dapat jejak kaki ke tanah kelahiran,,rasa hepi sangat bila lihat wajah mak abah..rasa tenang je..nak studi pun rasa semangat...


paper pun dekat-dekat..rasa takut,nervous semua ada...tapi mak selalu pesan "mesti boleh buat lepas dah usaha..kalau rasa tak boleh buat, kene selalu fikir positif yang aku mesti boleh buat"...kalau tak tido sampai pukul 2-3 pagi memang tak sah sebab nak study..tapi kalau buat solat sunat lepas studi lagi baik..(tuk ingatan diri sendiri)...


insyallah jika ada kesempatan dan waktu akan selalu update blog ni...(mesti kene update)


p/s:selamat berjuang rakan-rakan semua tuk final exam...usaha,doa dan tawakal...

Friday, March 18, 2011

La tahzan

kepada Dia yang memohon ketenangan...






jadikan hari ini sebagai pencetus semangat dan hari semalam sebagai sejarah...


















jangan bersedih...kesat la air matamu dan mohonlah ketenangan dariNya









jangan bersedih..kerana kesedihan itu akan melemahkan manusia..redha dan tawakal akan segala yang berlaku & sentiasa berfikiran positif bagi jiwa & minda yang sihat..:-)

Friday, March 11, 2011

denyut kasih medik..

novel ni baru dibeli minggu lepas...pada asalnya tak nak beli, tapi bila selalu teringat mana la boleh tahan...jalan cerita yang sangat menraik...bukan sekadar cerita tapi juga buku ilmiah..ianya realistik,Islamik,berfakta,evergreen,memotivasi, menyentuh dan juga mendidik...

setiap helaian dan patah perkataan tak sanggup tuk dilepaskan.. tak sabar rasanya tuk tahu apa yang berlaku pada seorang doktor yang ketika itu bergelar doktor pelatih...

novel ini menggabungkan  fiqh perubatan,fiqh wanita dan fiqh cinta...pasti sesiapa yang membaca pasti akan tertarik dengan garapan cerita yang ingin disampaikan...


selamat membaca...:=)

Susah dulu,baru senang

Assalamualaikum...

Mesti kita biasa dengar ungkapan bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian...tula ungkapan yang sering diungkapkan bila ada kesusahan dan itulah yang memotivasikan seseorang.
Maaflah sebab dah lama tak update..sibuk dengan test dan assignment. Minggu lepas merupakan minggu yang sangat stress sebab test banyak, assignment + presentation pulak beratur tuk disiapkan...memang tak tahu nak buat yang mana satu...rasa kepala ni memang tak dapat nak tanggung dah bebanan kerja yang berlambak...tapi berkat sokongan dari mak abah,akhirnya berjaya jua dilalui minggu-minggu yang sangat menyerabutkan...

Rasa lega sangat bila semua kerja dan assignment selesai mengikut jadual. Test???Alhamdulilah,semuanya berjalan lancar...Walaupun tak berapa nak puas hati dengan jawapan test, tapi aku rasa sangat berpuas hati sebab datang dari usaha sendiri bukan sebab meniru @ bawa "toyol". Kadang-kadang tu memang ada niat nak buat, tapi Allah pelihara hati ini agar tidak melakukannya...pada aku buat apa dapat markah tinggi tapi bukan hasil usaha sendiri..biarlah dapat markah sikit, tapi ia hasil usaha kita sendiri...kadang-kadang gagal tu mengajar manusia...

Minggu-minggu sibuk akhirnya berlalu dan berjaya dilalui...kerna sabar la senjatanya...manusia harus bersabar dalam menepuhi segala kesusahan dan masalah...