Saturday, December 31, 2011

tahun berganti tahun..

rasanya macam sekejap je dah nak menjengah tahun baru..2012...dah meningkat dah usia aku..berapa????rahsia..hihi
.
rasa macam banyak lagi yang belum tertunai tapi itulah kehidupan..masih banyak benda yang harus difikirkan dan cabaran kian mencabar...aku harus kuat tuk menempuhi segala cabaran yang akan datang...

bila masuk tahun baru, semua sibuk nak berazam tapi azam tahun-tahun sudah dah terlaksana ke??? bila orang tanya apa azam aku, aku akan cakap nak jadi yang lebih baik...nampak macam klise tapi itulah yang harus aku lakukan...sebenarnya nak jadi yang terbaik di kalangan terbaik tak susah..kene usaha lebih sikit...chaiyok...^_ ^

dalam mengejar azam tahun baru jangan dilupakan juga azam yang belum tertunai...

p/s:berusaha utuk menunaikan segala azam yang tergendala...:-)

Thursday, December 29, 2011

cyberbully aka buli dalam talian

hari ni aku menoton satu cerita (orang putih la) tapi sangat membuka mataku dan mangajar aku...

cyberbully aka buli dalam talian...ingatkan takde, rupanya itulah fenomena yang berlaku kini...memang kita tak sedar tapi itulah realiti yang berlaku..=)

kisah bermula bila ada seorang gadis yang mengenali seorang lelaki dalam talian..ala macam facebook jugak la..gadis terlalu percayakan laki ni dan ceritakan semuanya pasal dia kat laki ni...dah nama dalam talian, jadi macam2 la boleh cerita...dan laki ni pun bawa cerita yang tak elok didengar oleh si gadis tu...ala macam kita kata orang dalam facebook..tak pun tulis status yang nak sindir sape2..dari suka-suka, jadi semakin melarat bila ada yang balas komen tu yang bersifat menyindir jugak...apa jadi kat gadis tu???

gadis tu mengalami tekanan yang amat sangat ye la mana taknya..bila pergi sekolah je kene ejek dan dipulaukan...dan yang mengejutkan, laki yang selalu dicurahkan perasaan tu sebenarnya kawan baik gadis tu...kawan dia yang reka watak laki dalam talian tu dan dia lah orang yang bertanggungjawab yang mereka-reka cerita...rasa sangat sedih bila kawan yang dianggap tempat untuk mengadu, tikam dari belakang..bayangkan sebab fitnah, hilang kawan, hilang kepercayaan orang...apa tindakan gadis tu???

gadis tu bawa kes dia ni ketengah..bawa ke media...sebab kaunselor dia pernah cakap"siapa lagi yang nak bawa ketengah kalau bukan kita"...tapi tu adalah last resort..apa yang perlu dilakukan adalah block je orang yang mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati takpun delete je post tu...dan gadis tu bawa kes dia ke media selepas banyak usaha dilakukan termasuk bawa  ke pihak kerajaan tapi gagal...selepas kes dia dibawa ke media, pihak kerajaan mula meminda akta mengenai buli di talian...kekuatan tuk kembali ke sekolah dan mula berdepan dengan masalah...

tapi bahagian yang paling best adalah bila gadis tu pertahankan hak dia bila rakan yang lain mula mencaci...katanya " sebaiknya kamu yang kene malu sebab menulis sebegitu dan kamu sepatutnya yang ada masalah..bukan saya"...

moral cerita ni: berani berdepan dengan segala masalah yang ada dan sokongan terutam ibubapa sangat penting...jangan bertindak bodoh dan mintalah pertolongan dari yang Maha Esa...

tapi cerita ni memang sangat bagus kerana ia membuka mata dunia bahawa buli dalam talian adalah sesuatu yang serius...

Sunday, December 18, 2011

apa yang hebat sangat???

apa yang hebat sangat kalau ilmu di dada hanya secubit tapi mengutuk orang tak tentu pasal...


apa yang hebat sangat kalau harta yang banyak digunakan ke arah maksiat...


apa yang hebat sangat kalau suara sedap tapi tak mengalunkan kalam-kalam Allh tapi sibuk menghiburkan manusia...


apa yang hebat sangat kalau rupa yang cantik tapi sebab bersolek...sebabnya nak tunjuk pada semua orang yang si pulan tu cantik...


apa yang hebat sangat kalau bijak tapi riak dengan ilmu yang tak seberapa...


apa yang hebat sangat dengan pangkat, darjat kalau diri tu sebenarnya sama je tarafnya...takde yang sempurna pun....


apa yang hebat sangat kalau terkenal tapi sombong...


apa yang hebat sangat kalau muka cantik, tapi mulut tak reti nak berlapik bila bercakap...main redah je tanpa fikiran perasaan orang lain...


apa yang hebat sangat kalau ada segulung ijazah tapi tak gunakan ke jalan yang betul..


apa yang hebat sangat belajar sampai luar negara, kalau terikut-ikut dengan budaya barat...


apa yang hebat sangat kalau seseorang itu berharta kalau  guna ke jalan maksiat...


apa yang hebat sangat ada gaji yang besar kalau kedekut nak bersedekah...


apa yang hebat sangat mengata orang kalau diri sendiri tak betul... 


apa yang hebat sangat jadi sempurna padahal manusia tak pernah hidup dalam kesempurnaan..mesti akan ada kekurangan dalam hidup...


apa yang hebat sangat kalau orang kenal tapi tak tahu nak hormat orang tua...


apa yang hebat sangat bila orang yang tak mahu terima kritikan kalau hati tu memang tak nak langsung terimanya...


apa yang hebat sangat pakai pakaian berjenama kalau nak riak...


*buat apa nak berasa hebat depan orang...biarlah diri hebat di mata Allah...yang  menilai nanti bukan manusia...

bila pena bertemu

bila pena dah bertemu dengan pasangannya, mulalah tangan membuka langkah untuk memulakan bicara...bila dah lama tak memulakan bicara, otak pun mula berkarat dan tak tahu nak tulis apa...

bila dah berkarat, mulalah nak merapu tak tentu pasal...tapi bila dah mula, bagai mencurah-curah idea..bagai ladang gandum dilanda banjir coklat..hihi

menulis menjadikan diri lebih mula berfikir dan sentiasa berfikir...menulis juga mampu menenangkan jiwa...tulis je apa yang kita nak tapi jangan ter"over" pulak...berbicara biar berhemah..

bila pena bertemu pasangannya, tak sabar rasanya nak mulakan cerita...nak membina momentum bukan senang..kene ada keinginan yang kuat baru boleh hasilkan bicara yang baik...

Friday, December 9, 2011

salah siapa

manusia ada pelbagai watak dan ragam..

baik, bengis, rendah diri...

tapi ada satu watak manusia yang paling dibenci

HIPOKRIT...

depan kita bukan main lagi baik, tapi bila belakang kita, bukan main lagi...pijak semut pun nak mati...

satu lagi BUSUK HATI...




bila lihat kejayaan seseorang, mulalah pelbagai suara yang dengar.."ala tu nasib dia je".."boleh la die pandai , bijak"...lepas tu mula la sampaikan benda tak elok tentang individu terbabit...
bukan ke kejayaan seseorang itu terletak pada usah...kalau usaha lebih dapat lebih..tapi kalau tak berjaya juga, mungkin bukan rezki lagi...kadang-kadang sedar atau tidak, muka je nampak cantik tapi sikap tak serupa dengan rupa yang cantik...



jadi nak salah kan siapa???...nak kata tak diberi didikan, rasa dah cukup dah didikan yang mak ayah bagi...tapi kenapa harus berlaku....fikirkan...



Saturday, December 3, 2011

apa tu sex???

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'..

Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.


Sesuai dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan tertinggal dlm arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan juga dengan kisah percintaan antara mummy dan daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..



Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan jawabannya pendek saja ni...seraya meyerahkan buku latihan yang tertulis kat depannya (cover)..



NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:.......... 

p/s:mula la kene belajar dari sekarang...^-^

pesan mak...

tut..telefon bimbit ku berbunyi seperti mesej masuk..


memang mesej masuk pun...dari abah...masa tu baru bangun dari tidur sebab tidur sebelum solat...antara kandungan nya:


salam...tengah buat apa??
aku pun balas....baru bangun tidur...
ya allah...dah solat belum???
aku balas lagi..belum..akak nak pergi solat la ni...nanti akak mesej..

lepas solat..mesej masuk lagi...cuba teka dari siapa..abah!!...tapi bukan abah la mesej..mak yang mesej sebenarnya..hihi^^

kalau Allah nak tarik nyawa tak sempat nak solat macam mana???tahun hijrah dah meningkat...

agak tersentap la kat situ...

p/s:walau seletih mana pun kita, solat mesti diutamakan...