Friday, December 17, 2010

Wanita boros, lelaki jimaT????

Hm…betul ke???

Pada aku sama je..lelaki ke wanita ke masing-masing ada sifat jimat @ boros..tak semestinya wanita boros, ada je yang penjimat @ sebaliknya..Wanita ke lelaki ke sama je..masing-masing ada tabiat yang tak boleh nak elakkn..

Aku ada je kawan lelaki yang gila shopping mengalahkan kaum Hawa…dan ada juga wanita yang tak suka shopping macam aku..hihi..nak tengok aku betul-betul shopping masa aku betul-betul rasa nak habiskan duit @ dengan erti kata lain masa tengah tension…kadang-kadang  just beli  pen harga seringgit pun aku dah puas hati…hahaha

Berbalik pada topik…tak dinafikan kebiasaannya  wanita akan menggunakan wangnya untuk kelihatan cantik, bergaya …tapi lelaki kebanyakannya mereka menghabiskan duit ke aksesori kereta la, tambah kelajuan tuk motor la dan yang sewaktu dengannya la…

Sebenarnya kalau nak diikutkan lelaki ke wanita ke sama je…yang membezakannya adalah bagaimana seseorang itu melihat nilai sesuatu barang itu..adakah untuk jangka masa panjang @ bersifat sementara…ye la ada yang sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit sebab fesyen @trend terkini..tapi pernah tak kita terfikir trend @fesyen itu akan lapuk ditelan zaman satu hari nanti…pada aku la tak guna belanja sampai berpuluh ribu ringgit, tapi hanya guna untuk sekali je…tu kan membazir namanya…

Ada orang kata wanita kalau berbelanja ikut perasaan dan tak hiraukan jangka panjang??hm ada yang betul ada yang tak…Wanita ni kan ada 9 nafsu berbanding lelaki…Wanita akan mengikut perasaan dan tak hiraukan jangka panjang bila duit ada beribu-ribu dalam tangan..ye la masa tu ingat nak shopping je..Kaum Hawa ni akan ingat kesan jangka masa panjang bila duit makin berkurangan…huh masa tu la nak mengeluh…sebab aku selalu rasa macam tu..bila duit dalam wallet berkurangan,mulalah mengeluh duit keluar macam air...tapi masa bershopping tak ingat dunia...huhu
banyaknya..kalau dapat ni buat bayar hutang PTPTN..hihi

yes...

setelah lama aku mencari layout yang sesuai dengan jiwa,akhirnya jumpa juga..hahaha

susah juga nak cari..naik juling mata aku cari layout ynag kena dengan jiwa..nasib baik jumpa..niat hati tu memang dah lama nak tukar, tapi masih belajar macam mana nak tukar layout baru..dengan berkat kesabaran dan ketekunan aku(puji diri sendiri),akhirnya berjaya juga..
yahooo..-:)

Thursday, December 9, 2010

Cinta vs Suka


Di hadapan orang yang kita cintai, hati akan berdegup laju… tapi bila  di hadapan orang yang kita sukai , kita akan gembira…

Di hadapan orang yang kita cintai, musim salji yang sejuk dianggap seperti musim luruh yang nyaman…tapi bila di hadapan orang yang kita sukai, musim salji dianggap sangat cantik...

Bila kita melihat mata orang yang kita cintai kita akan menjadi malu…tapi bila kita melihat mata orang yang kita sukai, kita akan tersenyum…

Di hadapan orang yang kita cintai,kita tak mampu untuk berkata-kata…tapi bila  di hadapan orang yang kita sukai kita akan bercerita segala-galanya…

Di hadapan orang yang kita cintai,kita akan menjadi  malu…tapi bila di hadapan orang yang kita sukai, kita akan tunjukkan siapa diri kita yang sebenarnya…

Kita tak boleh melihat mata orang yang kita cintai…tapi kita boleh melihat mata orang yang kita sukai sambil tersenyum kepada kita…

Bila orang yang kita cintai menagis, kita akan menangis deminya…tapi  bila orang yang kita sukai menangis, kita jadi sangat tak selesa…

Perasaan cinta bermula dari mata…tapi perasaan suka bermula dari telinga…
Jadi,jika kita berhenti untuk menyukai seseorang apa yang perlu dilakukan adalah lindungi telinga kita…
TAPI..bila kita mencuba untuk menutup mata, cinta akan bertukar menjadi air mata dan kekal di dalam hati untuk selama-lamanya…