Saturday, July 13, 2019

6 bulan sudah berlalu

Hai...

6 bulan sudah berlalu sejak aku bergelar pelajar semula. Banyak masa terutamanya waktu tidur & waktu bersama keluarga perlu dikorbankan..Pahit & manis bergelar seorang pelajar..

Semester 1 adalah semester pemanas badan & ianya banyak mengubah aku secara keseluruhan...Setiap waktu itu amat berharga & setiap malam itu akan diisi dengan menyelesaikan assignment & presentation yang kebanyakkannya perlu disiapkan & dihantar 2 minggu yang mendatang..tetapi disebabkan setiap subjek itu yang "dateline"nya selang sehari atau dua hari yang membuatkan otak tak berhenti untuk berfikir..penat bekerja pagi & malamnya masa untuk assignment...

Setiap minggu masa akan diisi dengan melakukan tugasan yg perlu disiapkan &  kebanyakkan assignment adalah berkumpulan...

Past 6 months taught me a lot...its teached me how to become strong person & patiencr..its also teached me how to handle with stress & how to control the stress..

I still have another 1 and half year to finish..wish me luck😉


Friday, March 8, 2019

Jadi pelajar semula

Hai semua...

Tahun ni merupakan tahun aku jadi pelajar semula...kelas pertama adalah kelas pemanas badan dan bukan satu permulaan yang baik sebab dah lama tinggalkan zaman pergi kelas...☺

Jadi pelajar setelah beberapa tahun meninggalkan zaman belajar adalah satu cabaran tapi aku yakin aku mampu untuk hadapinya...

Assignment, presentation dan discussion adalah biasa untuk yang bernama pelajar...tapi kali ni lebih mencabar kerana kelas hanya sekali dalam setiap minggu dan sebagai pelajar "master" & bekerja pada masa yang sama adalah dua benda yang tidak mudah dan perlukan banyak pengorbanan..

Masa bersama keluarga & diri adalah terhad tapi itu bukan penghalang untuk aku teruskan...Insya allah semuanya akan berjalan dengan lancar & aku perlu mencari momentum belajar itu kembali..

Tuesday, January 29, 2019

Belajar untuk menerima

Bila seseorang itu telah membuat suatu keputusan, kita harus belajar menerima walaupun keputusan itu membuatkan kita kecewa...sebagai seseorang yang manusia, kita tidak boleh pentingkan  diri walaupun kita mahu lakukan...

Mungkin keputusan itu adalah yang terbaik untuk seseorang itu.Walaupun perit untuk menerima, tapi kita harus redha dan belajar untuk menerimanya.

Bila kita redha dan belajar untuk menerima, Insya Allah segalanya akan dipermudahkan dan hati akan menjadi tenang :-)

Saturday, January 12, 2019

Permulaan tahun 2019

Assalamualaikum...

Lamanya tak menulis dalam ni...


Permulaan tahun 2019 yang berjalan dengan lancar...tahun 2019 yang akan menjadi tahun yang mencabar kerana tahun ni aku akan kembali menjadi seorang pelajar sarjana selain membina kerjaya...

Akan menjadi tahun yang sibuk & penuh dengan warna warni...aku harus terima segala cabaran dalam melaksanakan tugasan hakiki aku dan sebagai pelajar..

Semoga segalanya berjalan lancar dan akan ada lagi cerita untuk tahun ni☺