Saturday, February 26, 2011

Sebak rasa hati...

Assalamualaikum...

Hari ni merupakan satu hari yang sangat memilukan dalam perjalanan hidup sebagai seorang insan...niat hati pada mulanya hanya untuk membeli keperluan diri tapi ia bertukar kepada suatu yang benar-benar mengajar dan menyedarkan diri ini yang bernama insan...

Sedar atau tidak, diri ini merupakan insan yang sangat beruntung dengan segala nikmat yang telah dikurniakan. Hari ini betul-betul mengajar diri ini akan erti sebuah kehidupan. Ceritanya bermula apabila  aku dan rakan-rakan ke sebuah hypermarket untuk membeli keperluan diri. Setelah selesai menunaikan niat hati, perut mula terasa lapar. Tiba-tiba- sedang menikmati makanan, datang seorang budak dengan membawa seplastik yang berisi kerepek. 

Memang pada mulanya hati ini terdetik untuk melarikan diri tapi bila budak itu datang ke meja kami dan bertanyakan " kak nak beli kerepek???satu RM 3.50 sepeket, 3 peket RM10."Bila mendengarnya, hati terdetik "mahalnya"....tapi bila budak itu datang mendekati aku, hati ini mulai sebak bukan kerana kerana budak itu berseorangan tapi aku terbayangkan jika diri ini seperti budak itu.. Bagaimana budak dalam lingkungan usia 11 tahun itu melakukan semua itu???

Sepatutnya pada usia sebegitu, budak itu menikmati cuti hujung minggu bersama keluarga dan masa dihabiskan dengan melakukan kerja sekolah...tapi apa yang cuba budak itu lakukan amat menyentuh naluri perempuanku. Aku membayangkan jika adik-adikku berada di tempat budak itu. 
Demi meneruskan kehidupan dan amanah keluarga, terpaksa jua dilakukan. Semoga budak itu diberkati selalu. Bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan...:-)

Wednesday, February 23, 2011

Ucapkanlah...

Sedang mendengar mp3, tiba-tiba sampai ke track lagu Ucapkanlah singing by Erra and Yusry KRU…
Lagu ni sememangnya banyak beri penghayatan kepada sesiapa yang mendengarnya lebih-lebih lagi pada mereka yang nak mengucapkan sesuatu pada seseorang tapi tak kesampaian…
Bukan sebab apa tapi mungkin masa belum tiba untuk seseorang itu mengungkapkan kata cinta…
Perlu ke kata cinta itu diucapkan????hm tepuk dada tanya selera dan  bergantung pada seseorang juga…Ada yang sesetengah tu tak nak ungkapkan cinta @ perasaan sendiri sebab malu @ takut..dan ada yang sesetengah tu takut jika tidak diucapkan akan menyesal dikemudian hari…
Tapi masa nya akan tiba jua tapi tidak tahu bila…tapi persoalannya perlu ke kita takut dengan perasaan dan bayang-bayang sendiri..

UCAPKANLAH BY ERRA & YUSRY KRU

Kadangkala ku rasa ingin segala-galanya
Rahsia yang tersimpan di dada lama
Namun kelu terus membisu menatap wajahmu
Daku malu tapi tak mahu kehilanganmu
Ucapkanlah cinta
Ucapkanku saja yang kau perlu setiap waktu
Sepanjang hayatmu
Ucapkan kau rindu
Daku yang kau mahu
Yang kau cari telah kau temui
Ku tidak tertahan lagi untuk mengaku cintamu
Dan kadangkala kita hanya sedar keindahannya
Apabila ia sudah tiada di depan mata
Tidak rela ku lepaskan satu-satunya insan
Yang berikan ku segala makna kehidupan
Ucapkanlah cinta
Ucapkan ku saja yang kau perlu setiap waktu
Sepanjang hayatmu
Ucapkan kau rindu
Daku yang kau mahu
Yang kau cari telah kau temui
Ku tidak tertahan lagi untuk mengaku ku cintakan mu
Andai daku kau terima lebih dari teman biasa
Daku kan setia
Tak ku benarkan kau berair mata
Andai kau terima cintaku
Daku kan belai tanganmu

Di penghujung waktu kau dan aku di dunia

P/s:Perasaan ini bukan untuk pasangan kekasih sahaja tapi cinta kepada kedua ibubapa, kasih kepada Tuhan dan kasih dan cinta itu terlalu subjektif dan sangat sukar untuk ditafsirkan…
Pernah tak kita kelu apabila berdepan dengan ayah @ ibu kita sendiri untuk mengungkapkan kata cinta dan kasih kita pada mereka…Pernah tak kita kelu apabila rakan menyoal adakah kita sayang mereka…Pernahkah kita kelu bila berdepan dengan seseorang yang kita rapat…



Friday, February 18, 2011

Bila bapa mengazankan ke telinga si anak..

Bismillah...Assalamulaikum..

Rasanya macam dah lama tak update blog...tuntutan sebagai student yang selalu menghalang tuk update blog ni..tapi disebabkan hati ini sudah mula berkata-kata maka terbitlah nukilan ini...

Hari ini terbaca Harian Metro pasal tangisan seorang bapa bila mendendangkan azan ke telinga anak ekoran dari program motivasi yang dikelolakan oleh sebuah institusi..Bila membacanya,fikiran mula membayangkan apabila abah mendendangkan azan ke telinga si anak gadisnya..Hati mula sayu dan air mata mula merembes keluar..Dulu masa bayi,tak mengerti apa-apa maksud disebaliknya...Kini pabila dewasa mula mengerti maksud yang tersirat...Rasa sayu bila si bapa mendendangkan azan ke telinga si anak..

Apabila membacanya artikel berkenaan, rasa si bapa seperti berada di sisi anak gadisnya. Betapa sayunya dan rindunya saat-saat itu...:-)

 

Thursday, February 10, 2011

Hanya sementara..

Semuanya hanya sementara..

Nikmat sihat,pandai,bijak,cantik dan kelebihan adalah kurniaan DariNya...semua itu hanya sementara...tiada yang akan kekal abadi...
semua kelebihan,kepandaian  hanya sementara dan hanya pinjaman...
jika semua itu ada di depan mata, jangan riak dan bangga dengan apa yang ada itu...jangan jadi kacang lupakan kulit...jangan sombong dan takbur...itu hanya sementara...

semua yang ada di dunia hanya pinjaman...