Sunday, November 27, 2011

berubah

" sya, selalu cerita tentang kamu pada mama..."

"cerita apa?" hati dah tak keruan dah ni...apa la yang dia ceritakan pada mama dia...aduhai...

"ye la cerita pasal kamu yang selalu kejutkan sya bangun solat suboh.mama cakap, bagus la macam tu. susah nak jumpa kawan macam tu."

"owh...takde masalah la..memang patut kena kejut pun...(dalam hati mula nak bertanya)...kenapa??
kalau kat rumah mama tak kejutkan sya bangun Suboh ke?"

" kejut tapi tu lah...Mama kejutkan pukul 6 pagi lagi, tapi Sya bangun pukul 7 pagi...Sya memang susah la nak bangun pagi..macam ni..."

"memang pun..patut lah, bila.Iqa kejutkan pukul 6 pagi untuk solat, selalu Sya bangun  pukul 7...suboh gajah dah tu..hihi."

Sya mula menampakkan gigi yang tersusun rapi...

"Apa kata sebelum tidur tu doa supaya dipermudahkan untuk bangun suboh...tepuk la batal tu 3x sambil selawat..mesti terjaga punye...lagi satu bila rasa nak bangun buang air malam tu, apa kata Sya buat solat malam..."nasihat Iqa.

"Dah pernah buat dah tapi tak jadi pun...(Sya nampak bingung)...solat malam tu apa?"

"owh..solat malam tu macam kita buat solat tahajjud, solat taubat, hajat dan witir...kiranya solat masa 1/3 malam la...rugi tau kalau kita dah bangun tapi tak buat solat...banyak kelebihannya tau..misalnya macam ni...cuba bayangkan hanya kita je yang bangun tuk studi masa tu, macam mana kita rasa...macam ilmu tu cepat masuk je kan...samalah macam solat malam ni...hanya kita dengan Tuhan je...mintalah apa pun, ngadulah apa pun..nangis la nak nagis pun...takde orang kisah sebab orang tidur masa tu.."

"owh..tapi Sya tak reti..."

"mudah je...macam kita solat sunat 2 rakaat...cuma niat je la berbeza...Iqa mula pakai tudung sejak kecik lagi ke???"
rasa sedikit hairan dengan soalan yang diajukan.


."yup..sejak tadika lagi...ingat lagi, kalau nak keluar jalan-jalan ikut abah, mesti kene pakai tudung..kalau tak abah tinggal. kenapa tanya?"

"Saje nak tahu..Sya memang ada niat nak pakai tudung...tapi..."

"Tapi takut orang tak dapat terima..nak berubah ni memang susah...Iqa pernah alaminya..ada je orang cakap..tapi yang penting Sya dah ready ke? Bila dah pakai tudung, kene tutup semua nye..kan aurat perempuan seluruh tubuh badan kecuali muka dan kedua-dua tapak tangan. jangan on off...nak pakai biar consistent...siapa kata perempuan bertudung tak boleh cantik...boleh je tapi kene la ikut syarak la...kalau lepas ni Sya terbuka hati nak pakai tudung, Iqa lah orang yang paling seronok sekali...doalah pada Tuhan agar dibukakan hati tuk berubah."



"tq Iqa..."

"welcome dear".




nota: Iqa dan Sya adalah dua watak yang direka...tapi ni memang berdasarkan cerita sebenar...siapa dia biarlah menjadi rahsia...hanya berdoa agar ia menjadi realiti..:-)






50 sen vs RM50

Pada suatu hari , duit syiling 50sen bertemu dengan kawan lamanya duit kertas RM50. Dek kerana terlalu sibuk musafir sana sini, bertukar-tukar tangan, mereka jarang bersua.

Apa tidaknya, wang kertas RM50 itu berjalan sakan,sampailah ke luar negara pun sudah dijelajahnya..Duit syiling 50 sen, khidmatnya terbatas dalam negara sahaja. Wang kertas RM50 yang baru pulang dari Paris ditegur oleh wang syiling 50sen yang dikenalinya itu di satu pesta membeli belah di ibu kota baru-baru ini.

"Assalamualaikum...Apa khabar, lama tak nampak???"

"Wa`alaikumsalam. Alhamdulillah sihat..tetapi penatlah sikit," jawab ringkas wang kertas RM50.

" Kenapa pula penat??"

"Aku ni, serata dunia pergi.Singapura, Indonesia,Eropah dan macam-macam lagi lah.Masuk hotel,pawagam, pasar raya dan banyak lagilah. Hah ko macam mana sekarang ni?lama tak nampak??"tanya  wang kertas RM50.

"Huh..aku macam tu la...masuk masjid, tandas awam, kedai runcit..keluar tandas awam balik, masuk masjid balik. Tak sempat aku nak jelajah dunia macam ko."

" Ooo begitu".

Mereka diam seketika. Sambil itu, mereka memandang gelagat pembeli yang sedang berebut untuk membeli belah.

"Engkau bila lagi nak masuk masjid???tiba - tiba wang syiling 50sen bertanya memecahkan kesunyian.

Wang kertas RM50 menoleh memandang wang syiling 50sen, kelu seketika.

"Kenapa tanya aku, tanyalah orang yang membeli-belah tu".

serentak mereka tersenyum...

p/s:bila mendera di masjid, jangan hanya bagi duit syiling saja. jangan samakan nilai sedekah yang ingin diberi dengan nilai perkhidmatan tandas awam yang selalu kita guna. Apa salahnya jika sekali-sekala hulur pula duit kertas...




aku telah jatuh cinta

entri macam menarik...


aku memang telah jatuh cinta...

tak dapat aku bendung rasa cinta itu...

jangan tersalah tafsir...aku jatuh cinta pada majalah Solusi...

cintaku bermula sewaktu cuti pertengahan semester isu 36...rasa macam ada tarikan magnet yang membuat ku nak membaca...pada mulanya baca hanya sekali lalu untuk lihat isi kandungan yang ada, tapi tiba-tiba sampai ke helaian yang menarik aku untuk terus mebaca....

tajuk dia Sabar Itu Indah...aku terus membaca...ye memang sabar itu sangat indah dan tajuk itu sangat membantu ku sehingga ke hari ini... tapi pada mulanya aku tertanya boleh ke aku bersabar dari mengadu masalah kepada seseorang??? bersabar dari memberitahu bahawa kita sakit???sabar bila menghadapi masalah dengan tak menunjuk masalah kita pada orang??Boleh kah????

kerana bila aku ada masalah, aku selalu ingin ,mencari seseorang yang akan mendengar keluh kesah aku...tak kira lah sape pun..tapi yang selalu pendengar setia aku adalah Wan (teman sebilik aku), Ayu (sahabat baik ku) dan Mak...

setelah beberapa kali mencuba, akhirnya aku berjaya juga...caranya??? mengadu pada yang Esa...memang Dialah pendengar yang baik kerna setiap apa yang diadukan pasti didengariNya...rasa sangat tenang dan persaan itu memang sangat indah...Subhallah...

Firman Allah surah Yusuf ayat 86, maksudnya: "Sesungguhnya hanyalah kepada Allah aku mengadukan kesusahan dan kesedihan, malah aku mengetahui daripada Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya."

Majalah ini bukan sahaja majalah ilmiah tapi ia lengkap dengan motivasi, nasihat, panduan can pendek kata apa yang manusia mahu, semua ada dalam satu majalah...

setiap bulan pasti ada isu yang menarik tuk aku terokai...misalnya isu 37 mengenai Jangan Biarkan Dosa Bersarang di Facebook...tapi topik yang paling aku suka ialah Kita Merancang, Allah juga Merancang...


Solusi memang banyak mengajar, mendidik dan memotivasikan diri...:-)













Wednesday, November 16, 2011

Tidak sempat

Ya Allah masa berlalu sangat pantas...Tidak sedar rupanya pergantian siang dan malam begitu pantas berlaku...pejam celik pejam celik dah masuk bulan baru dan nak hampir kepada peperiksaan akhir...tahun silih berganti sepantas jam tang berdetik dan usia semakin meningkat..


hidup di dunia memang terasa pendek kerana merasakan masih banyak perkara yang belum sempat tuk dilakukan..ramai yang akan bercakap"Alamak ,aku tidak sempat nak buat ibadah"...Belum cukup amalan aku...


lebih baik:


~tidak sempat nak buat maksiat sebab sibuk dengan ibadah dan taat
~tidak sempat mazmumah singgah dalam hati sebab mahmudah yang menguasai segenap ruang hati
~tidak sempat terpesona dengan harta haram sebab sibuk mengumpulkan harta halal
~tidak sempat membazir sebab sibuk bersedekah
~tidak sempat terlajak suboh sebab sibuk mengejar keberkatan bangun awal dan beribadah saat fajar menyingsing
~tidak sempat mensia-siakan masa sebab sedang sibuk dengan agenda sebagai hamba dan khalifah
~tidak sempat buat jahat kepada manusia dan makhluk sebab sibuk menyebarkan kasih sayang



berlambak rupanya kebaikan yang kita boleh pungut jika selalu tidak sempat membuat kemungkaran dan keburukan...

Friday, November 11, 2011

11.11.11

rasa nak bercerita, tapi cerita itu seperti disekat...tak tahu kenapa...

masa nak bercerita, ada je halangan nye..ni bila dah boleh bercerita, rasa tak tahu nak cerita apa...

bila hati dah berdetik nak berkata-kata, mesti tak kesampaian...

mood sekarang ni, bercampur baur...

sedih sebab nak balik...
gembira sebab  dapat duduk kat rumah...
syukur sebab Tuhan bagi kesempatan untuk melihat dunia lagi...
resah sebab balik ni ada presentation, test dan assignmnt...

Ya Allah...jauhkan hambaMu ini dari segala keresahan..