Friday, March 13, 2015

Tahun orang makan nasi minyak

Tahun 2015 ni memang orang buat kerja kahwin...dan rakan-rakanku adalah mereka yang tidak terkecuali.

Aku dah mulakan misiku untuk meraikan rakan-rakanku sejak bulan Februari lagi.Dalam masa orang lain bercuti Raya Cina, aku ke Kota Bahru meraikan rakanku, Alia dan Basyir (akhirnya mereka bersatu..alhamdulillah)...Lepas tu selang satu hari, ke Arau untuk meraikan rakanku Shida dan pasangan (walaupun sampainya malam, tapi yang penting aku datang...hihihi)


Badan memang terasa sangat penat...Bila dihitung-hitung 40 jam aku dalam perjalanan dari Johor Bahru-Kota Bahru-Jitra-Arau-Putrajaya.Dari selatan naik ke pantai timur naik lagi ke pantai baran turn semula ke selatan...Tapi demi untuk meraikan hari bahagia mereka,aku gagahkan jua..:-)

Dan misi seterusnya bulan Mei nanti..awal bulan,tengah bulan dan hujung bulan...Terengganu,Kedah,Kelantan...rasanya kena naik belon tapi tak 'book' tiket lagi..hihihi

Semoga segalanya dipermudahkan...perjalanan aku sentiasa dirahmati dan diberkati..:-)




*harapanku untuk rakan-rakanku:-)



*dulu tak boleh nak buat macam ni,sekaranf dah halal boleh..so sweet:-)

Berubah kerana apa?

Assalammualaikum dan salam jumaat...

Sebelum kita pergi ke tajuk yang utama, rasanya macam dah kurang post-post blogger yang selalu aku ikut..mungkin mereka tiada masa untuk "update" atau mungkin kerana perkembangan teknologi contohnya instagram dan twitter (mungkin ada lagi tapi aku tak tahu apa dia..hiihihi)


Perubahan...mungkin nampak mudah je perkataannya..tapi perubahan itu sangat lah mencabar dan susah.Satu persoalan akan timbul,berubah kerana apa???Aku juga pernah mengalami fasa perubahan yang pada aku sangat menguji diri..Yang paling susah ialah Istiqamah dalam erti kata lain, berterusan dalam melakukan sesuatu...Perubahan itu dilakukan dari yang tak berapa baik kepada lagi baik kan???Tak kisah lah nak berubah untuk apa,dari segi pakaian ke, perangai ke, atau apa-apa je lah...

Masa mula-mula dulu,subhanallah rasa susah sangat dan aku mula berfikir aku berubah kerana apa???Jujur aku katakan aku dulu berubah sebab cabaran seseorang tapi bila lama-kelamaan, aku mula yakin yang aku berubah kerana Allah dan Allah yang membuka hati aku untuk berubah..Walaupun perubahan kecil, tapi ia sangat bermakna...Dan Alhamdullilah aku berjaya melalui fasa itu.

Kini, ramai artis wanita yang dah mula berhijrah..Alhamdullilah kerana Allah yang telah membuka hati mereka untuk bertudung misalnya.Kalau dah bertudung, tak boleh nak pakai pakaian yang seksi lagi kan...Semua gambar yang dulunya tak bertudung dan berimej seksi haruslah dibuang (ini pandangan aku lah..tapi terpulanglah) :-)

Rakan-rakanku juga telah ramai yang dah menuju ke arah yang lebih baik.Bukan kata mereka tak baik sebelumnya, tapi adalah sana sini yang kena ubah...Kalau dulu pakai tudung suka simpang-simpang,sekarang dah labuh lepas dada. Kalau dulu, pakai baju senteng, sekarang dah labuh sampai punggung.Kalau dulu tak bertudung,sekarang dah bertudung. Alhamdullillah...Aku doakan yang terbaik untuk mereka dan semoga terus instiqamah...

Berubah kerana apa????

-sendiri????
-kawan-kawan???
-desakan keluarga???? atau 
-kerana ALLAH???

Biarlah pada mulanya berubah itu kerana faktor luaran tapi pengakhirannya, sedarlah manusia harus berubah kerana Allah kerana Dia yang membuka dan melembutkan hati kita untuk berubah ke arah yang lebih baik lagi...

Wallahualam...

Wednesday, March 11, 2015

Move on

Rasanya dah berhabuk dah blog ni...Tuannya sangat lah kesuntukan masa untuk meng"update":-)

Bila ada buka "post-post" lama, rasanya memang kena "move on"...Macam tak sesuai je nak luahkan perasaan bagai...Mungkin masa tu aku rasa nak luahkan perasaan yang terbuku kat hati ini...Sekarang no more...

Blog ni akan jadi tempat aku cerita (bila aku rasa nak cerita..tapi bukan "personal" aku )dan bukan perasaan yang terlebih over tu..:-)
Rasanya itu lagi baik...Cuma masa je yang cemburu...huhuhu:-(

Bila fikir balik, buat apa nak meluahkan perasaan bagai dalam blog yang aku sendiri je yang membacanya, baik aku minta pertolongan dan luahkan segala kesedihan pada Allah yang Maha Esa.Itu lagi baik kan???

Betul lah orang sering cakap, manusia tu memang sangatlah lalai dan mudah lupa...


"Allah adalah kekuatan...Untuk mencari kekuatan carilah Allah"

Tapi jangan cari Allah bila masa susah je, masa senang pun kena selalu ingat Allah...


Thursday, January 1, 2015

Mencari kekuatan dalam sebuah perasaan

Assalammualaikum....

Selamat tahun baru 2015...Kedatangan tahun baru akan lebih menjadikan kita lebih baik dari tahun sebelum-sebelumnya...Sekejap je masa berlalu...tahun baru umur pun makin meningkat dan masih banyak lagi tanggungjawab yang harus dipikul..sebagai anak, pekerja dan khalifah di bumi Allah ini...Banyak cabaran yang akan ditempuhi sepanjang tahun 2015...

2014 banyak menyimpan seribu satu suka dan duka...pahit dan manis sepanjang 2014 harus menjadi pemangkin dan iktibar untuk diri bagi persiapan masa depan...2014 menjadi aku lebih tabah dan bersabar apabila diuji terutamanya ujian perasaan...Aku tahu perasaan milik Allah kerana Dia Maha Mengetahui...

Bila kebenaran zahir di depan mata, tak tergambar bagaimana perasaan ini. Dari meraikan perkahwinan seorang rakan kini bertukar kepada ceritera sedih bila kebenaran di depan mata...Perasaan masa itu hanya Allah yang tahu. Rasa nak jatuh air mata ini tapi ditahan jua demi menghormati majlis.Tiada apa lagi yang boleh diungkapkan bila "si dia" telah memilih...aku bukan sesiapa dan hanya dianggap seperti seorang sahabat...Mungkin ada hikmah kenapa Allah beri perasaan itu kepadaku dan Dia Maha Mengetahui...Sehingga kini aku masih belum mampu untuk melupakan "si dia" walaupun aku tahu "si dia" telah memilih siapa yang bertakhta di hati...Ramai yang cakap belum jadi tunangan orang masih ada harapan. Walaupun nampak macam sebuah pengharapan, tapi aku tidak mahu meletakkan sebarang harapan...cukuplah hampir 5 tahun aku memendam perasaan yang aku sendiri tak mampu nak luahkan.

Aku masih mencari kekuatan dan belajar untuk menerima...Aku harus kuat dan aku akan terus meletakkan pengharapan aku kepada Ilahi...Insya-Allah masanya akan tiba...Terus berdoa dan yakin dengan rencana Allah...Siapa pemilik hati ini? Hanya Allah yang tahu...:-)


Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuanMu