Tuesday, January 29, 2019

Belajar untuk menerima

Bila seseorang itu telah membuat suatu keputusan, kita harus belajar menerima walaupun keputusan itu membuatkan kita kecewa...sebagai seseorang yang manusia, kita tidak boleh pentingkan  diri walaupun kita mahu lakukan...

Mungkin keputusan itu adalah yang terbaik untuk seseorang itu.Walaupun perit untuk menerima, tapi kita harus redha dan belajar untuk menerimanya.

Bila kita redha dan belajar untuk menerima, Insya Allah segalanya akan dipermudahkan dan hati akan menjadi tenang :-)

Saturday, January 12, 2019

Permulaan tahun 2019

Assalamualaikum...

Lamanya tak menulis dalam ni...


Permulaan tahun 2019 yang berjalan dengan lancar...tahun 2019 yang akan menjadi tahun yang mencabar kerana tahun ni aku akan kembali menjadi seorang pelajar sarjana selain membina kerjaya...

Akan menjadi tahun yang sibuk & penuh dengan warna warni...aku harus terima segala cabaran dalam melaksanakan tugasan hakiki aku dan sebagai pelajar..

Semoga segalanya berjalan lancar dan akan ada lagi cerita untuk tahun ni☺