Saturday, January 21, 2012

biarlah begini

biarlah begini...tak payah nak fikir tentang siapa yang bakal menjadi suami aku...fokus sekarang belajar...
biarlah orang nak bertanya itu dan ini...kadang kala rimas juga...orang kata kena berusaha untuk mencari..tapi pada aku biarlah...


teman-teman ramai yang dah berpunya dan bohong aku katakan aku tiada perasaan tuk disayangi...manusia kan diberi persaan dan nafsu dan tu lumrah manusia...tapi bila difikirkan balik, memang aku tak mahu untuk bercouple...ramai yang cakap sebab aku terpengaruh dengan novel...pada mulanya aku rasakan begitu, tapi itu bukan sebabnya...sebabnya aku mahu hak itu lelaki yang bernama suami aku kelak...

memang ramai yang kata tak perlu nak bercouple tapi kenali hati budi..nak kenal hati budi tak salah tapi biarlah ia di landasan yang betul..aku rasa aku selesa dengan keadaan aku sekarang...aku percaya cinta selepas nikah...insyallah...

biarlah kata cinta itu ditujukan kepada lelaki yang bernama suami..biarlah panggilan "sayang", "abang" itu tuk lelaki yang akan bergelar suami...














kredit:ayat-ayat cinta:-)





























Friday, January 20, 2012

jangan mengadili manusia tanpa mendengar penjelasan

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa-gesa selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak
hospital.. dia menukar pakaian dan terus meluru ke blok pembedahan..
dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya.. apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak.. 
"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..?
kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang nie..?? kamu x ada rasa bertanggungjawab ke..??" doktor tersebut tersenyum dan berkata : 
"sy minta maaf, saya berada di luar hospital & sy datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu.. dan sekarang, saya harap anda bertenang.. jadi, saya dapat buat kerja saya.." "bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik 2 skrang nie, bolehkah kamu bertenang..? kalau anak kamu mati sekarang nie apa yg kamu buat..??
kata si ayah dgn marah.. 
si doktor tersenyum lagi & berkata : " saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali".. doktor x mampu utk memanjangkan hayat seseorang.. Insya-Allah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.." 
"memberi nasihat bila kita x mengalaminya memang senang..!" kata si ayah..
pembedahan tu mengambil masa beberapa jam.. x lama kemudian, si doktor keluar
dgn gembira.. " alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah "kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!" "kenapa doktor tu sombong sangat..?! x boleh ke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tnya beberapa soalan tentang anak saya..?! "komen si ayah selepas melihat jururawat..
jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya. Dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik. Dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya..
 
" Moral : Never judge anyone because you never know how their life is

Monday, January 9, 2012

stress

stress bukan untuk dihapus tapi untuk diurus...
dalam beberapa keadaan manusia memerlukan stress...sedikit stress diperlukan untuk untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan produktif..
Namun jangan berlebihan, ia akan menyebabkan masalah...(solusi isu 39)

kadang-kadang stress buat manusia lebih fokus dan berusaha...

Panggilan yang amat berharga

telefon aku memainkan irama yang aku sendiri pun tak tahu..hihi

abah rupanya....

abah cuma nak tanya aku periksa pukul berapa??aku pun jawab la pukul 9 pagi...abah tanya lagi dah makan ke???tengah buat apa???

tapi sebelum akhiri perbualan, abah sempat pesan dan pesan abah tu buat aku tersentuh..."buat yang terbaik eh"
rasa nak jatuh air mata tapi aku tahan..hihi...

itulah pesanan yang menjadi kekuatan aku sekarang...setiap kali nak periksa mesti telefon mak dan abah mintak ampun dan restu supaya dapat jawab...alhamdulillah berhasil dan Tuhan selalu beri jalan...

Panggilan dari mak abah buat aku tenang...:-)

wajah-wajah gembira bila lihat anak-anak berjaya..terima kasih mak abah atas sokongan..love you:-)


abah & mak...kembar yang tak berapa nak kembar..:-)

konvo diploma...wajah gembira..

ayum n eqin tak ikut..:-(

konvo adik..kredit pada aku la...photographer hari tu..:-)

mak & abah lagi..

couple...:-)