Tuesday, May 17, 2011

Hantaran Kasih Tuhan

Assalamualaikum...

Novel ni baru dibeli minggu lepas dan telah habis menelaahnya...hihi..Sebuah cerita yang sarat dengan sifat islamiknya.Membawa pesanan moral, kecintaan, inspirasi makna hidup beragama dan hikmah bermanfaat dijadikan acuan landasan hidup.Karya Noorfadzillah Omar.

Pada mulanya nampak macam boring tapi selepas membaca dari satu mukasurat ke mukasurat lain, hati ini seperti ingin tahu apa yang berlaku pada watak utama Nur Wardah dan Engku Ashraf..Perkahwinan atas dasar pilihan keluarga pada mulanya retak menanti belah, tapi kuasa Tuhan mengatasi segalanya. Teman sepermainan masa kecil dahulu, kini bertukar menjadi pasangan suami isteri...

Nur Wardah....perempuan yang kehilangan ibu semenjak kecil lagi dan dibesarkan dengan kasih seorang ayah. Dididik dengan didikan agama yang sangat cukup, sangat cantik dan muslimah yang sangat diidamkan oleh semua lelaki. Tapi sayang, Nur Wardah, cacat kerana virus polio yang menghadkan untuk bergerak seperti wanita lain. Itu bukan menjadi penghalang tuk wanita yang cekal ni...

Engku Ashraf...seorang lelaki tampan yang memiliki segala-galanya. Kerana desakan kekasih hati, sanggup melabur sehingga RM 1 juta kerana ingin cepat kaya. Tapi pelaburannya tak berjaya dan terpaksa membayar hutang along dan bank. Engku binggung lalu meminta bantuan si bapa. Tapi si bapa meletakkan syarat agar menikahi wanita pilihan keluarganya. Dia binggung dan menerima tawaran itu.Perkahwinan dengan pilhan keluarga amat memeritkan apabila mengetahui si isteri cacat. Segala herdikan dan makian diterima si isteri dengan penuh kesbaran. Tapi kuasa Tuhan mengatasi segalanya...

Hidupnya cinta bukan kerana bahgianya kita...hidupnya cinta bukan kerana rupa...hidupnya cinta bukan kerana kesempurnaan diri....hidupnya cinta bukan kerana hidupnya kita.

Akan ada butiran air jernih mengalir bila membacanya...Selamat membaca:-)

Thursday, May 12, 2011

Manusia sering berbuat silap

Hidup sebagai manusia memang takkan lari dari melakukan kesilapan..Setiap kali kita tersedar akan kesilapan itu, setiap kali itulah kita akan rasa menyesal dengan kesilapan yang dilakukan..Bila kita berfikir untuk berubah, pasti akan ada "pihak ketiga" yang mengganggu.Lumrah bernama manusia..

Kesilapan jangan dibalas dengan kesilapan.Jika itu terjadi buruk padahnya.Pasti akan ada pihak yang terluka..memaafkan adalah cara yang terbaik..

Fikir dulu sebelum bertindak..jangan ada perasaan ingin membalas dendam jika bukan kesalahan kita tapi kita yang terpaksa menanggungnya.Jadikan kesilapan itu sebagai motivasi diri...

Tuesday, May 10, 2011

bihun sup bukan "bahan sup"

Entry ni nampak macam sedap...perut memang tengah lapar dah ni....

Macam-macam lagu dah dalam perut ni...rock.dondang sayang,balada semua ada...

Meh sini nak cerita...

Satu hari aku ajak la kawan aku turun lunch,tapi disebabkan kemalasan yang melampau kawan aku yang sorang ni pesan je makanan...

Mia: saya nak bhn sup...tq...
Aku: ok....

Aku ni dengan bangganya la cakap " dia nak makan bahan sup".Bila kat kedai makan aku pun dengan yakin dan berjayanya ambil la sup sayur satu plastik dan nasi bungkus....Bila sampai bilik kawan aku ni dah menunggu sebab lapar yang terlampau..hihi..Dengan gembiranya si kawan ni membuka bungkusan sup sayur tu..."ni saya punya ke???", tanya Mia..Aku pun dengan bangga dan confidencenya menjawab " kita share"...Si Mia tu dah pening..%$%#$^&^&

Kebetulan pulak sup sayur tu ada suun sama la pulak bentuk dan rupanya macam bihun...Aku  berfikir sejenak..."Betul ke si Mia ni "bahan sup"..Bila aku buka message balik dan difahami kandungannya, baru la aku fahan yang sebenarnya si Mia tu nak BIHUN SUP....Aku punya gelak tak cukup tanah...nasib baik aku belikan nasi bungkus, boleh la jugak makan sup dengan nasi...

p/s:lain kali faham isi kandungan message...

gmbar hiasan-sumber google image