Saturday, December 31, 2016

Pengakhiran tahun 2016

Assalamualaikum..

Masa bergerak begitu pantas...hari ni merupakan pengakhiran bagi tahun 2016.Banyak benda yang berlaku sepanjang tahun 2016.Suka..duka..gembira..tangisan..Dan ia menjadikan perjalanan tahun 2016 terasa penuh dengan pengisian & cabaran..

2016 dibuka dengan perjalanan karier yang mencecah angka 2 tahun..yang penuh dengan kesabaran,tekanan,gembira,kemudahan..
Memiliki sebuah pasukan yang saling bantu membantu antara satu sama lain & kesefahaman bukan satu perkara yang mudah..dikelilingi dengan majoriti yang bukan beragama Islam adalah satu cabaran yang sangat mencabar..setiap aspek perlu diteliti..alhamdulillah memiliki rakan sekerja yang memahami antara satu sama lain & keadaan sekeliling yang sangat membantu bagi melancarkan perjalanan karier yang masih banyak perlu diperbaiki..

Rahsia hati yang masih menjadi tanda tanya..belajar untuk menerima & melupakan apabila seseorang yang kita suka itu bukan untuk kita..bukan mudah untuk kita melupakan tapi percayalah setiap perancangan Allah itu sangat indah...doa,usaha & tawakal☺

Masih terus mencuba untuk menyempurnakan pengajian profesional yang masih berbaki satu "paper"..bukan satu perjalanan yang mudah bila bekerja sambil belajar..memerlukan banyak kesabaran,pengorbanan masa..walaupun kegagalan itu perit tapi ia bukan alasan..kena terus berusaha untuk mencapai apa yang kita dah mulakan..aku percaya dengan hikmah yang Allah kurniakan atas apa yang terjadi..

Perakhiran tahun 2016 yang penuh dengan warna warni..

Cabaran & dugaan 2017 harus ditempuhi dengan penuh kesabaran & ketenangan..jangan mengalah atau melatah dengan halangan masa depan..


Sunday, September 25, 2016

Bercakap tanpa ilmu itu sia-sia

Assalamualaikum..

Pernah tak kita jumpa orang yang bercakap seolah-olah dia yang betul..tapi sebenarnya kata-kata dia adalah atas pagar je..ya semua orang boleh bercakap itu dan ini,tapi bercakap tanpa isi itu sia-sia...bila seseorang yang cetek ilmunya akan mempercayai bulat-bulat apa yang diperkatakan tanpa mengkaji terlebih dahulu...

Orang yang bercakap tanpa ilmu itu sia-sia....sebelum berkata-kata itu,sediakan dengan ilmu & rujukan☺

Friday, September 2, 2016

Jangan putus asa

Assalamualaikum...

Siapa kata tak penat bila kita dah banyak kali mencuba tapi hasilnya tetap sama. Memang niat hati tu nak berhenti dari terus mencuba tapi bila fikir balik kenapa nak berhenti sekarang..mungkin percubaan kali ni ada silap di mana-mana. Mungkin bila berjaya, kita akan jadi sombong. Mungkin kegagalan kali ini ada sebabnya yang kita sendiri tak tahu..

Ya..memang penat tapi biarlah...penat itu hanya sementara dan bila kejayaan itu tiba ia pasti bermakna & manis..tak salah untuk terus belajar cuma kejayaannya itu lama..

Jalan yang panjang untuk berjaya bukan bermakna kita kalah atau gagal tapi jalan yang panjang itu mengajar kita supaya bersabar & kenang kesilapan lalu..

Muhasabah atas segalanya..jangan putus asa & terus berjuang.

Saturday, August 27, 2016

Perasaan

Assalamualaikum...

Kadang- kadang kita tak tahu apa perasaan kita...perasaan ni satu yang unik yang Allah beri kepada semua orang..

Kadang-kadang perasaan ni boleh menipu kita..bila kita rasa betul kadang-kadang benda tulah yang salah sebenarnya..

Kadang-kadang perasaan itu boleh buat kita terbuai dengan fantasi yang kita reka sendiri..fantasi yang mungkin boleh jadi realiti atau hanya tinggal kenangan..

Jika kita keliru dengan perasaan kita,jadikanlah Allah itu sebagai yang utama..minta pertolongan & harapan hanya kepadaNya..

Nota kaki:Jangan pernah ragu dengan segala perancangan Allah..jangan pernah mempersoalkan kenapa percaturan hidup kita begini..segalanya telah diaturkan..

Tuesday, March 15, 2016

Ilmu itu luas

Assalamualaikum..

Ilmu itu luas...jangan pencilkan diri kerana seseorang itu tidak berpelajaran tinggi.Bukan semua orang ada peluang tuk melanjutkan pelajaran ke menara gading..tanpa segulung ijazah pun kita masih boleh berjaya..

Tapi dunia sekarang memandang setinggi mana kamu belajar kamu dihormati..orang terpelajar akan dipandang mulia..mereka yang hanya belajar hanya tahap SPM pasti akan merendah diri..jangan pernah merendah diri kerana kita semua sama di sisi Pencipta.

Ilmu itu luas..sebab itu manusia kena belajar pelbagai ilmu..tak rugi untuk kita terus belajar.Jangan pernah mengalah terhadap sesuatu ilmu yang dipelajari..jangan pernah menyesal terhadap sesuatu yang kita pelajari.

Dengan ilmu,kesungguhan dan kebijaksaan kita mampu mengubah persepsi dan stigma masyarakat yang beranggapan mereka yang tiada ijazah,master itu pemalas.Jangan melabelkan mereka begitu cuma mereka tiada peluang tuk belajar seperti orang lain..mereka juga boleh berjaya seperi orang dengan  syarat mereka harus berubah demi masa depan mereka.


Sunday, January 31, 2016

Usaha

Usaha tangga kejayaan...

Tiada kejayaan itu datang dengan mudah..kejayaan itu datang dengan pelbagai cabaran & dugaan. Alhamdulillah setakat ni aku bersyukur dengan apa yang aku ada.Keluarga yang selalu ada masa aku susah senang..kawan-kawan yang "sporting"..kerjaya yang semakin meningkat..

Jujur aku katakan aku berkerja kerana Allah..selain aku nak bantu mak abah,keluarga,agama & bangsa..Insya-allah.

Rasa segala penat lelah selama ni terbalas bila penat lelah kita orang hargai.Walaupun masih banyak lagi cita-cita & harapan yang aku masih belum capai,insya-allah atas berkat doa & usaha aku pasti boleh capai..formulanya jangan cepat mengalah,kena selalu berdoa & tawakal.Insya-allah kejayaan akan bersama kita.

Syukur atas segala nikmatnya.☺


Tinggal 1

Ni post pertama dalam tahun 2016..dah nak habis Januari...cepat rasanya hari berlalu...lamanya tak conteng-conteng kat sini...rindu☺ 

Tahun ni ramai kawan-kawan yang nak naik pelamin.Rasa masa tu cepat je..tahun ni juga aku dah naik pangkat sebab ramai kawan2 yang nikah tahun lepas, tahun ni dapat "baby".. tahun ni juga "asean 6" tinggal seorang yang masih solo..yang lain dah jadi dan bakal jadi isteri orang..tahniah semua😊

Jodoh itu takkan siapa pun boleh jangka bila..dan sebab itulah jodoh itu rahsia Allah.

Pesanan tuk diri:tahun ni akan lebih nak conteng-conteng kat sini😛