Sunday, January 31, 2016

Usaha

Usaha tangga kejayaan...

Tiada kejayaan itu datang dengan mudah..kejayaan itu datang dengan pelbagai cabaran & dugaan. Alhamdulillah setakat ni aku bersyukur dengan apa yang aku ada.Keluarga yang selalu ada masa aku susah senang..kawan-kawan yang "sporting"..kerjaya yang semakin meningkat..

Jujur aku katakan aku berkerja kerana Allah..selain aku nak bantu mak abah,keluarga,agama & bangsa..Insya-allah.

Rasa segala penat lelah selama ni terbalas bila penat lelah kita orang hargai.Walaupun masih banyak lagi cita-cita & harapan yang aku masih belum capai,insya-allah atas berkat doa & usaha aku pasti boleh capai..formulanya jangan cepat mengalah,kena selalu berdoa & tawakal.Insya-allah kejayaan akan bersama kita.

Syukur atas segala nikmatnya.☺


Tinggal 1

Ni post pertama dalam tahun 2016..dah nak habis Januari...cepat rasanya hari berlalu...lamanya tak conteng-conteng kat sini...rindu☺ 

Tahun ni ramai kawan-kawan yang nak naik pelamin.Rasa masa tu cepat je..tahun ni juga aku dah naik pangkat sebab ramai kawan2 yang nikah tahun lepas, tahun ni dapat "baby".. tahun ni juga "asean 6" tinggal seorang yang masih solo..yang lain dah jadi dan bakal jadi isteri orang..tahniah semua😊

Jodoh itu takkan siapa pun boleh jangka bila..dan sebab itulah jodoh itu rahsia Allah.

Pesanan tuk diri:tahun ni akan lebih nak conteng-conteng kat sini😛