Thursday, January 24, 2013

Aku rindu padamu

Subhanallah...

Rindu sungguh kepada junjungan Nabi Muhammad saw...
12 Rabiul Awal hari lahirnya...begitu lama rasul saw meninggalkan kita...tapi junjungan nabi saw itu sentiasa di hatiku sentiasa...insayallah...

Aku teringin untuk berjumpa Rasulullah saw...
Adakah aku mampu untuk berjumpa baginda?

Jika Rasulullah masih hidup, pasti ramai yang akan mengagumi Baginda...
Rindunya aku ya Allah...

Selawat ke atas jujungan Nabi Muhammad saw....

Allahumma solli a`la ssayyidina muhammad....

Sunday, January 20, 2013

Seorang pelajar


Rasa macam tak percaya je dah jadi pelajar balik...kini saya merupakan pelajar profesional Institute Chartered Secretaries & Administrators(ICSA). Cuma setahun je tapi setahun yang mendebarkan sebab profesional bukan seperti ijazah dulu. Kali ni lebih mencabar tapi itu bukan halangan. Selagi ada usaha,doa dan tawakal, Insya-Allah akan ada sinar kejayaan..amin:-)

Semua orang pernah mengalami kegagalan tapi itu bukan halangan untuk kita berjaya...Tiada yang mustahil untuk berjaya....:-)



belajar dan terus belajar:-)









credit:i luv Islam.com

jalan dan berjalan

assalamualaikum....

Dah tahun baru kan...tapi baru nak update...first entry tuk tahun 2013..hihi:-)

Semalam berjalan di Jalan Tunku Abdul Rahman aka Jalan TAR... ala yang femes dengan baju-baju dan tudung -tudung murah...aku macam biasa seperti tiada nafsu untuk membeli belah. Bukan takde nafsu tapi takde mood lagi nak shopping...tunggulah mood tu sampai, mesti borong punya..hihiihihi:-)

Jalan dan terus berjalan untuk mendapatkan apa yang teringin. Ke Jalan TAR adalah pengalaman pertamaku. Memang `crowded`  sangat sebab barang murah siapa yang tak nak kan????kebetulan hari sabtu ada pasar malam, tu yang nampak sesak...tapi kalau takde pasar malam pun sesak juga..hihihi

Aku memang nak berjalan dan cuci mata dan hasilnya berjalan dan cuci mata tanpa membeli apa-apa selain nasi kerabu..jauh tu beil nasi kerabu sampai ke KL..hahaha:-) Dan pengalaman pertamaku naik keretapi. Murah, jimat masa sebab tak redah `jam`...sekarang ni ada koc baru khusus untuk wanita. Terasa selamat bila masuk koc tu tapi cuma satu je yang tak berkenan ada la beberapa orang yang tak reti bahasa yang koc tu untuk wanita sahaja.Dah terpampang tulis "KOC UNTUK WANITA SAHAJA"...rasanya kalau orang asing pun faham nampak koc tu penuh dengan kaum Hawa. Itu tak kisah sangat tapi yang geramnya ada orang Malaysia yang faham bahasa Melayu dan boleh bercakap Melayu dengan selamba masuk ke koc wanita. Lagi sakit hati bila ada pasangan kekasih tu naik sama dengan 'girlfriend'. Takut sanagt "girlfriend" dia lari...Rasa nak je tegur, "helo sir, this is for women koc. Did you see that.". Tapi masalahnya tak tegur..ish geramnya.



dah tertera untuk wanita dan keluarga...tu pun susah ke nak faham..