Friday, February 18, 2011

Bila bapa mengazankan ke telinga si anak..

Bismillah...Assalamulaikum..

Rasanya macam dah lama tak update blog...tuntutan sebagai student yang selalu menghalang tuk update blog ni..tapi disebabkan hati ini sudah mula berkata-kata maka terbitlah nukilan ini...

Hari ini terbaca Harian Metro pasal tangisan seorang bapa bila mendendangkan azan ke telinga anak ekoran dari program motivasi yang dikelolakan oleh sebuah institusi..Bila membacanya,fikiran mula membayangkan apabila abah mendendangkan azan ke telinga si anak gadisnya..Hati mula sayu dan air mata mula merembes keluar..Dulu masa bayi,tak mengerti apa-apa maksud disebaliknya...Kini pabila dewasa mula mengerti maksud yang tersirat...Rasa sayu bila si bapa mendendangkan azan ke telinga si anak..

Apabila membacanya artikel berkenaan, rasa si bapa seperti berada di sisi anak gadisnya. Betapa sayunya dan rindunya saat-saat itu...:-)

 

Thursday, February 10, 2011

Hanya sementara..

Semuanya hanya sementara..

Nikmat sihat,pandai,bijak,cantik dan kelebihan adalah kurniaan DariNya...semua itu hanya sementara...tiada yang akan kekal abadi...
semua kelebihan,kepandaian  hanya sementara dan hanya pinjaman...
jika semua itu ada di depan mata, jangan riak dan bangga dengan apa yang ada itu...jangan jadi kacang lupakan kulit...jangan sombong dan takbur...itu hanya sementara...

semua yang ada di dunia hanya pinjaman...



Wednesday, January 26, 2011

Broga hill is wonderful...

rasanya macam dah lama je aku tak update..sebabnya busy dengan aktiviti uni...

Masa cuti thaipusam kelmarin, aku dan rakan-rakan naik lah ke Broga Hill..Ala tempat Dato Sheikh Muzaphar & Dr Halina buat pre- wedding tu..Tapi sebelum nak ke tempat yang nak dituju tu, memang banyak halangan la...hm biasa la kalau takde halangan tak mencabar la..Punya la semangat nak tengok matahari terbit kat Broga Hill tu, sampai sanggup keluar malam. Hari Rabu dalam pukul 11mlm dah keluar dari kolej. Tidur pun kat dalam kereta dan bertolak ke Broga dalam pukul 3pagi..Sanggup tak tidur tu..hihi...

And suprising tersangat la ramai yang nak naik Broga Hill sampaikan park kereta pun kat keluar...nak sampai ke puncak tu lebih kurang 2 jam sebab jaraknya tak la jauh mana pun..cuma 1.7km je tapi yang buat payahnya sebab ramai sangat nak naik..huhu

Niat hati memang nak naik sampai puncak, tapi apa kan daya sebab ramai sangat nak naik nya dan yang menggerunkan ada yang nak turun tu macam turun gelongsor.Dari ambik risiko baik la tak payah kan..huhu:-(

indahnya:-)

-
-
-
-
-
-
-
walaupun tak dapat naik sampai puncak, gambar pun jadi la:-)
-
-
-
-
-
-
-
-
skrol lagi
-
-
-
-
-

matahari nak muncul...subhanallah, cantik sangat
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

lalang pun cantik:-)


Sebenarnya ciptaan Allah itu amatlah sempurna:-)

Wednesday, January 5, 2011

Back to School...:-)

Rasanya masih belum terlewat lagi nak wish pada semua selamat kembali sebagai seorang pelajar. Tak kiralah pelajar sekolah ke, universiti ke, kolej ke namanya pelajar selamat kembali.

Memori masa tadika sekolah rendah ,menengah tetap dalam ingatan. Rasa cepat masa berlalu. Tup tup dah menjangkau umur 20-an. Masa sekolah dulu banyak memori yang masih terpalit dalam ingatan. Masih ingat lagi masa tadika kene kejar dengan orang gila. Ha apa lagi lari tak cukup tanah la sampai sembunyi dalam dapur..takut punya pasal..hihi


Sekolah rendah pulak macam ragam. Bayangkan pakai kain sekolah main kejar-kejar la,lubang tikus la…tapi budak-budak zaman sekarang,mainnya game FB…ish2…hilang nikmat zaman kecik-kecik dulu. Bila cerita pada budak umur 9 tahun pasal permainan masa zaman sekolah dulu semua terlopong…best sebenarnya jadi budak kecik ni. Yang tahu main anak patung...


Sekolah menengah ramai musuh sebab jadi head girl...nasib la badan. Pernah tu sampai tak bertegur dengan kawan-kawan sebab ada spotcheck jadi kerjanya merampas barang yang tak patut bawa la...best sebenarnya rampas barang ni tapi kesian jugak la sebab beli dengan duit kan...habis tu barang larangan nak buat macam mana. Orang cakap jangan bawa,jangan pakai nak pakai juga...kene rampas jangan marah saya tapi marah orang yang buat peraturan..hihi....best friend sendiri pun tarik muka...nak buat macam mana,jalankan tugas. Biarlah orang nak cakap skema ke apa ke,yang penting amanah dalam menjalankan apa yang dipikul...tak pasal-pasal kena soal masa di tempat satu lagi( hari akhirat)



Bila tengok adik-adik beli baju sekolah baru,teringat masa sekolah-sekolah dulu.Nak masuk tahun baru je beli baju baru, kasut baru...sekarang ni dah takde dah..seronok tengok adik-adik excited nak masuk sekolah balik...

Friday, December 17, 2010

Wanita boros, lelaki jimaT????

Hm…betul ke???

Pada aku sama je..lelaki ke wanita ke masing-masing ada sifat jimat @ boros..tak semestinya wanita boros, ada je yang penjimat @ sebaliknya..Wanita ke lelaki ke sama je..masing-masing ada tabiat yang tak boleh nak elakkn..

Aku ada je kawan lelaki yang gila shopping mengalahkan kaum Hawa…dan ada juga wanita yang tak suka shopping macam aku..hihi..nak tengok aku betul-betul shopping masa aku betul-betul rasa nak habiskan duit @ dengan erti kata lain masa tengah tension…kadang-kadang  just beli  pen harga seringgit pun aku dah puas hati…hahaha

Berbalik pada topik…tak dinafikan kebiasaannya  wanita akan menggunakan wangnya untuk kelihatan cantik, bergaya …tapi lelaki kebanyakannya mereka menghabiskan duit ke aksesori kereta la, tambah kelajuan tuk motor la dan yang sewaktu dengannya la…

Sebenarnya kalau nak diikutkan lelaki ke wanita ke sama je…yang membezakannya adalah bagaimana seseorang itu melihat nilai sesuatu barang itu..adakah untuk jangka masa panjang @ bersifat sementara…ye la ada yang sanggup berbelanja beribu-ribu ringgit sebab fesyen @trend terkini..tapi pernah tak kita terfikir trend @fesyen itu akan lapuk ditelan zaman satu hari nanti…pada aku la tak guna belanja sampai berpuluh ribu ringgit, tapi hanya guna untuk sekali je…tu kan membazir namanya…

Ada orang kata wanita kalau berbelanja ikut perasaan dan tak hiraukan jangka panjang??hm ada yang betul ada yang tak…Wanita ni kan ada 9 nafsu berbanding lelaki…Wanita akan mengikut perasaan dan tak hiraukan jangka panjang bila duit ada beribu-ribu dalam tangan..ye la masa tu ingat nak shopping je..Kaum Hawa ni akan ingat kesan jangka masa panjang bila duit makin berkurangan…huh masa tu la nak mengeluh…sebab aku selalu rasa macam tu..bila duit dalam wallet berkurangan,mulalah mengeluh duit keluar macam air...tapi masa bershopping tak ingat dunia...huhu
banyaknya..kalau dapat ni buat bayar hutang PTPTN..hihi

yes...

setelah lama aku mencari layout yang sesuai dengan jiwa,akhirnya jumpa juga..hahaha

susah juga nak cari..naik juling mata aku cari layout ynag kena dengan jiwa..nasib baik jumpa..niat hati tu memang dah lama nak tukar, tapi masih belajar macam mana nak tukar layout baru..dengan berkat kesabaran dan ketekunan aku(puji diri sendiri),akhirnya berjaya juga..
yahooo..-:)

Thursday, December 9, 2010

Cinta vs Suka


Di hadapan orang yang kita cintai, hati akan berdegup laju… tapi bila  di hadapan orang yang kita sukai , kita akan gembira…

Di hadapan orang yang kita cintai, musim salji yang sejuk dianggap seperti musim luruh yang nyaman…tapi bila di hadapan orang yang kita sukai, musim salji dianggap sangat cantik...

Bila kita melihat mata orang yang kita cintai kita akan menjadi malu…tapi bila kita melihat mata orang yang kita sukai, kita akan tersenyum…

Di hadapan orang yang kita cintai,kita tak mampu untuk berkata-kata…tapi bila  di hadapan orang yang kita sukai kita akan bercerita segala-galanya…

Di hadapan orang yang kita cintai,kita akan menjadi  malu…tapi bila di hadapan orang yang kita sukai, kita akan tunjukkan siapa diri kita yang sebenarnya…

Kita tak boleh melihat mata orang yang kita cintai…tapi kita boleh melihat mata orang yang kita sukai sambil tersenyum kepada kita…

Bila orang yang kita cintai menagis, kita akan menangis deminya…tapi  bila orang yang kita sukai menangis, kita jadi sangat tak selesa…

Perasaan cinta bermula dari mata…tapi perasaan suka bermula dari telinga…
Jadi,jika kita berhenti untuk menyukai seseorang apa yang perlu dilakukan adalah lindungi telinga kita…
TAPI..bila kita mencuba untuk menutup mata, cinta akan bertukar menjadi air mata dan kekal di dalam hati untuk selama-lamanya…